Pasar Tani Ayer Hitam Batu Pahat

Directions Website

Pasar Tani Ayer Hitam Batu Pahat Pasar Tani merupakan ruang pasaran bagi petani/pengeluar mengeluarkan hasil keluaran mereka terus kepada pengguna. Hari: Rabu
Waktu: 7.00-12:00 tgh hari

Pusat Pengeluar Hasilan Tani Bertemu Pelanggan. Osem beb!!!!!

D.U.I.T YONG TAU FOO D(doa), U(usaha), I(ikhtiar), T(tawakal)….tu diaa...jempol ke tak jempol motivasi si usahawan muda ...
23/12/2017

D.U.I.T YONG TAU FOO

D(doa), U(usaha), I(ikhtiar), T(tawakal)….tu diaa...jempol ke tak jempol motivasi si usahawan muda dari Kg. Sungai Nibong, Semerah nih.. inilah perangsang utama Ellina Kasimin, beliawanis yang manis berusia 33 tahun ni yang menjual yong tau foo panas di PTAH dan paso2 tani serta pasar malam sekitar batu pahat. Patut di cuba yong tau foo dia yang bule di makan setiap waktu…dengan moto bisnes dia “man jadda wajadda” Ellina sedia menanti u ols di PTAH untuk u ols dapatkan yong tau foo halal dan sedap. Nak dia datang ke majlis2 keramaian u ols?? Bule jer…tipon atau wasap ke 019-7761250. Senang u ols nak kawtim harga sekali. Paling best bila tetamu u ols s**a dapat jamu selera yong tau foo halal. Betul tak? Jadi tunggu apa lagi cepat2 la tipon dia untuk tempahan. Mesti meriah majlis u ols bila tengok hidangan istimewa nih.

“SESUNGGUHNYA SEDEKAH ITU MEMADAMKAN KEMARAHAN TUHAN DAN MENCEGAH KEMATIAN YANG BURUK”-(Hadith riwayat Thabrani) Masjid ...
13/12/2017

“SESUNGGUHNYA SEDEKAH ITU MEMADAMKAN KEMARAHAN TUHAN DAN MENCEGAH KEMATIAN YANG BURUK”-(Hadith riwayat Thabrani)

Masjid Bandar Seri Impian, Kluang kini masih memerlukan dana yang banyak untuk dibangunkan di tapaknya. Jadi, untuk merealisasikan harapan saudara seagama kita yang sangat2 memerlukan masjid di kejiranan mereka, sudilah kiranya u ols untuk menyumbang derma dan wakaf sebagai saham akhirat. InshaaAllah akan ada ganjaran yang akan menanti kita di sana nanti. Bule hubungi wakil masjid seperti yang tertera di leaflet bawah tu untuk penerangan lanjut. Pada yang sudah menyumbang dan akan menyumbang, kami doakan u ols dimurahkan rezki, kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa di dalam rahmat Allah. Aamiin.

RAJA MUSANG TAK ADE…TAPI MUSANG KING ADE….Musang King, monthong, telur buaya, duri hitam, perghh…. Makin canggih nama de...
17/11/2017

RAJA MUSANG TAK ADE…TAPI MUSANG KING ADE….

Musang King, monthong, telur buaya, duri hitam, perghh…. Makin canggih nama derian zaman moden sekarang ni…maklum ler, jenis klonlah katakannnn. Selain tu ada juga longan, manggis, jambu, bidara, mangga, cempedak, nangka…macam2 lagi ler u ols..datang jer ke PTAH ni jumpa Ruslan Muhammad, 23 tahun dan makciknye Maimon Jusoh, 53 tahun. Klon anak2 benih pokok buah2an, herba, bunga2an dan baja pokok yang dijual diorang memang ngetop. Setiap hari Rabu diorang berdua akan datang dari Taman Siswajaya 2, Parit Raja ke PTAH ni membawa pelbagai jenis pokok untuk u ols tanam sendiri. Nak nasihat??? Jangan risau…..nasihat percuma akan diberikan untuk pokok yang u ols s**a. Nak tahu lebih lanjut??...tipon jer atau wasap ke no 013-7483438 atau 013-7808393. Ye lah..mana tau kan, u ols nak banyak benih pokok untuk ditanam di dusun atau kebun u ols.
Dengan moto “Tumbuh Terus Berkembang” mereka berharap dan berdoa yang pokok2 yang u ols beli nanti akan hidup subur untuk u ols merasa hasilnya. Lagi2 musang king…mahal wooo sekarang..jadi, kalau nak murah, kenalah tanam sendiri…tak gitu… Jangan cepat mengalah, dan terus bertawakal pada Allah adalah pegangan utuh pada usahawantani ini untuk terus maju dan komited membekalkan benih2 pokok yang terbaik untuk u ols. Jadi tunggu apa lagi…jom tanam pokok….

17/11/2017
HASIL KEBUN TERUS KE PTAH        Hasil kebun seperti keledek, ubi, keladi, jagung, jambu dan petai yang dijual oleh usah...
30/10/2017

HASIL KEBUN TERUS KE PTAH
Hasil kebun seperti keledek, ubi, keladi, jagung, jambu dan petai yang dijual oleh usahanita dari taman Machap Indah, Simpang Renggam ini memang bagus untuk u ols buat kerepek ker, direbus, dikukus atau di goreng. Makan yang segar2 tanpa ada perisa tambahan amat bagus untuk tubuh kita. Tak caya? Cer tengok nenek2 atuk2 kita. Umur dah lanjut pun masih gagah berkebun, bertani dan berjalan sana sini….susah nak dapat penyakit zaman moden yang mudah generasi sekarang dapat…. Tak gitu. Jadi nak dapat hasil kebun yang segar bule jer jumpa tokey kat PTAH ni iaitu Rosnani bt. Yaakob dan somi kesayangannya. Selain tu pasangan yang gigih berusahawan nih bule juga ditemui di pasao2 tani dan paso hari disekitar simpang renggam dan ayer hitam. Senang sikit u ols nak cari ubi2an dan hasil kebun orang kampung yang lain. Nak order banyak dari diorang pn bule…tipon jer 013-7351247.Nak wasap pun bule.
Jadi u ols, meh luangkan masa u ols setiap hari Rabu pukul 7 hingga 11 pagi untuk datang ke paso tani Ayer Hitam ni…. Dan dapatkan keperluan dapur serta hasil tani yang lainnya. Pasti u ols puas hati. Bule juga u ols merayap j*p kat paso Rabu tuh kot2 nak beli baju ker, tudung ker, kain ker, seluar ker…eh macam2 lah. Tapi yang pasti PTAH sentiasa menanti kunjungan u ols dengan paso terbuka…cewahhh…

NASI LEMAK HARUM SAMBAL PEKATNak tau harum ke dak nasi lemaknye, meh sini ke PTAH untuk merasai nasi lemak buatan belia ...
21/09/2017

NASI LEMAK HARUM SAMBAL PEKAT

Nak tau harum ke dak nasi lemaknye, meh sini ke PTAH untuk merasai nasi lemak buatan belia 41 tahun ni, Johan bin Masiran, orang Kampung Tengah, Renggam. Semua bahan2 dia cukup...memang syok sarapan nasi lemak nih. Johan juga seorang usahawan bakeri yang aktif membuat tart nenas dan biskut, pelbagai kek dan cupcake seperti coklat, cheese, lobak, muffin, puding roti dan macam2 lagi produk bakeri. Kalau nak tempah untuk u ols punye majlis keraian ataupun nak sedekah banyak2 nasi lemak kerr, bule tipon dia ni di no 011-10740093. nak wasap pun bule,....In shaa Allah layanan mesra akan diberikan sebab Johan ni ikhlas berniaga...barulah berkat, tak gitu. Dan gerenti, makanan buatannya dibuat dengan penuh kasih sayang demi u ols.... macam tagline dia 'baked with luv..fresh from oven'...U ols makan pun nanti rasa macam nak luv...luv gitu...ahak.

MEE KUNING DAN KUETEOW IKHWANYang s**a masak menu guna mee dan kueteow, memang patut sangat guna jenama IKHWAN ni sebab ...
09/09/2017

MEE KUNING DAN KUETEOW IKHWAN

Yang s**a masak menu guna mee dan kueteow, memang patut sangat guna jenama IKHWAN ni sebab harganya yang berpatutan dan semestinya 100% buatan muslim. Usahawan yang menjualnya di PTAH ni namanya adalah Wak Mislan Kandon, 56 tahun dari Taman Bertuah 1, Kluang. Panggilnya Wak Lan, lebih mesra gitu....Selain mee dan kueteow, ada juga kek/bebola ikan, tauhu keping, sos cili/tomato/tiram, kicap, bihun dan lain2 yang dijual oleh Wak Lan di paso2 tani sekitar Kluang. Kalu u ols nak pakai banyak, bule jer tipon Wak Lan di no. 013-7048762 untuk dapatkan produk keluaran IKHWAN nih. Maklum la cuti sekolah dah nak dekat... jadi banyak ler kenduri kendara u ols nak buat kan...yang usahawan kedai makan pun lagilah.... nak guna banyak kan...kan..kan... cepat2 ler tipon Wak Lan untuk dapatkan bekalan yang segar. In shaa Allah Wak Lan sudi melayan u ols nanti....Sebab warga emas sorang ni amat gigih dalam mengusahakan makanan yang suci dan halal untuk kita semua. Matlamat Wak Lan, berniaga adalah satu jihad dan bukan mengejar keuntungan semata2. Giteww......jempollll

CENDAWAN GORENG by ADZA ADZA adalah cap mohor untuk cendawan yang di goreng oleh pemiliknya iaitu Nuradzarila bt. Baseri...
28/08/2017

CENDAWAN GORENG by ADZA

ADZA adalah cap mohor untuk cendawan yang di goreng oleh pemiliknya iaitu Nuradzarila bt. Baseri, 43 tahun dari Jalan Minyak Beku, batu pahat ini….. Yezzzaaa…. Cendawan pun ada cap mohor u ols…don’t play play…hahaha…sangat rangup dan sedap di makan dengan pencicah. Bukan tu jer Adza juga ada menjualnya secara segar sebab cendawan jualannya adalah yang di tanam sendiri. Jadi tak de masaalah nak dapat yang segar..segar untuk lauk hidangan yang berkhasiat. Harganya memang sangat berpatutan. U ols akan puas hati punye…jadi kena datang ke PTAH atau di paso2 tani di sekitar Batu Pahat. Nak syok lagi bule kawtim dengan dia untuk menu istimewa kenduri-kendara u ols. Mesti gempak punyelah kenduri u ols. Ni no. tipon Adza…016-7711541… cepat2lah tipon , nanti kena chup dengan orang lain…u ols jugak yang gigit jari…. Jari u ols gak yang sakit. Lebih baik gigit cendawan goreng, bule ngap terusss…muahaha…

APAM BALEK KIAS FANSURIAda apa dengan apam balek??? Ada inti kacang jagung, pulut hitam kelapa, coklat, keladi…. Yang ap...
21/08/2017

APAM BALEK KIAS FANSURI

Ada apa dengan apam balek??? Ada inti kacang jagung, pulut hitam kelapa, coklat, keladi…. Yang apam ‘crispy’ pun ada…rangup dan lemak manis rasanya. Tu dia, zaman sekarang dah macam2 inti dalam apam balek. Kalau dulu sejenis ajer kan…sekarang bila dah dapat sentuhan dan idea orang muda ni…. Macam2 benda baru kita dapat ye tak.. dan orang muda yang kreatif mempelbagaikan makan tradisi kita adalah usahawan Muhammad Ali bin Moh. Nor, 27 tahun dari kampung Parit Lapis Semarang, Parit Raja. Apam balek istimewa dia bule didapati di pasar2 tani, pasar malam dan pasar lambak sekitar kawasan Parit Raja dan Ayer Hitam. Jadi kalau balik dari paso tuh memang patut bawak sekali apam balek..baru la dinamakan pegi paso, tak gitu?..hehehe… bukan takat tu jerr…kalau nak meriahkan lagi majlis2 u ols..bule la panggil dia ni ke majlis u ols untuk menjamu tetamu dengan apam balek sebab apam balek Muhammad Ali ni memang syiokkkk dan mablesss.. Jadi kena tipon/wasap belia ni di nombor 013-7233432 untuk tempahan APAM BALEK KIAS FANSURI okay….. Muhammad Ali sedia untuk bersilat di depan dapur apam baleknya untuk kepuasan selera tetamu majlis keramaian u ols…..oraittt…apam balek crispy 10 biji…. Tapaw yerrrr….

USAHAWAN MUDA TAKKAN MENGALAHWalaupun baru 22 tahun, tak bermakna tak bule jadi usahawan  tani. PTAH cukup bertuah bila ...
15/07/2017

USAHAWAN MUDA TAKKAN MENGALAH

Walaupun baru 22 tahun, tak bermakna tak bule jadi usahawan tani. PTAH cukup bertuah bila ada orang2 muda yang gigih berniaga. Maknanya kita ada generasi pelapis yang berani menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan. salah sorangnya ialah Muhammd Aidil bin Abu Bakar dari Kampung Shahri, Simpang Renggam. Sayur2an segar terutamanya sayuran kampung adalah produk jualan utamanya di pasar2 tani sekitar Kluang dan Batu Pahat. Maknanya tak perlu risaulah tentang stok barang dapur u ols....sentiasa ada di pasar tani..sebab dia nih amat mengutamakankan kepuasan pelanggannya... so u ols bule ler datang ke PTAH yerr... psst..psst..nak usha dia jadi calon menantu pun bule u olss...ahak...

Address

(Landmark: MK Curtain Sdn Bhd) Ayer Hitam
Batu Pahat
86100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasar Tani Ayer Hitam Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category