Napbooks

Napbooks Napbooks Enterprise (CA0289659-K)

Berkongsi seputar maklumat tentang buku dan juga menjual buku.

Ketika dunia menekan kita dari pelbagai arah, al-Quran datang menawarkan cara untuk menyerah.Ketika dunia memaksa kita u...
14/05/2024

Ketika dunia menekan kita dari pelbagai arah, al-Quran datang menawarkan cara untuk menyerah.

Ketika dunia memaksa kita untuk menjadi terlalu peduli dengan semua hal dan peristiwa, al-Quran datang membimbing kita untuk bertenang, dan cintailah diri sendiri sedalamnya.

Ketika dunia menjadi tidak adil, al-Quran memberitahu kita bahawa ketidakadilan di dunia hanya boleh dipatahkan oleh keadilan syurga.

Ketika dunia menyuruh kita berlumba-lumba, al-Quran menyuruh kita untuk berehat dan percaya dengan takdir yang telah disusun buat kita.

Begitulah, sesakit apapun dunia menampar kita, al-Quran sentiasa menawarkan cara untuk kita berbahagia. Dan segala sakit akan sembuh, segala resah akan reda.

Klik: https://s.shopee.com.my/1B0NfG2DYA

Menurut kepercayaan orang Jepun, setiap manusia mempunyai ikigai mereka sendiri - alasan untuk hidup. Dan menurut pendud...
16/04/2024

Menurut kepercayaan orang Jepun, setiap manusia mempunyai ikigai mereka sendiri - alasan untuk hidup. Dan menurut penduduk yang paling lama hidup di dunia dan tinggal di perkampungan Jepun, mereka mendapati bahawa ikigai ialah kunci kepada kehidupan yang lebih bahagia dan lebih lama.

Melalui buku Ikigai ini, penulis Héctor García dan Francesc Miralles telah menemu bual penduduk sentenarian di sebuah perkampungan Jepun dengan peratusan tertinggi penduduk yang berusia lebih setahun tahun – antaranya daripada Zon Biru dunia. Ikigai telah mendedahkan rahsia panjang umur dan kebahagiaan mereka – cara mereka makan, bergerak, bekerja, kerjasama antara komuniti, dan salah satu rahsia terbaik mereka – cara mereka mencari ikigai yang memberikan kepuasan dalam hidup mereka.

Buku ini menyediakan alat praktikal untuk membantu anda menemui ikigai anda sendiri. Kerana siapa sahaja yang tidak mahu mencari kebahagiaan sendiri setiap hari?

Klik: https://shope.ee/6V1BSUbCgp

Dalam buku The Subtle Art of Not Giving a F*ck, Mark Manson mengejutkan pembaca dengan pandangan berbeza tentang kebahag...
27/03/2024

Dalam buku The Subtle Art of Not Giving a F*ck, Mark Manson mengejutkan pembaca dengan pandangan berbeza tentang kebahagiaan. Beliau menasihatkan kita supaya berhenti mencari kesempurnaan dalam hidup dan menerima kekurangan diri.

Manson juga mengajak kita menghadapi segala keterbatasan diri dan ketidakpastian hidup dengan penuh keberanian. Dengan mengakui kelemahan, kita dapat menemukan keberanian, ketabahan, kejujuran, dan nilai-nilai penting dalam hidup tanpa membuang waktu.

Buku ini bukan sekadar panduan, tetapi juga sebuah peringatan tentang realiti dunia berputar. Dengan bahasa yang tajam dan humor, Manson membawa pembaca supaya hanya memilih hal-hal yang benar-benar penting dalam hidup dan melepaskan yang tidak relevan.

Klik: https://shope.ee/8KSJiktVD6

Perubahan Kecil, Hasil Lumayan!Dalam buku ini, seorang penulis dan penceramah yang terkenal dalam topik pembentukan tabi...
21/03/2024

Perubahan Kecil, Hasil Lumayan!

Dalam buku ini, seorang penulis dan penceramah yang terkenal dalam topik pembentukan tabiat, James Clear menjelaskan secara dasar tentang perubahan kecil yang sering kali dianggap remeh tetapi sebenarnya memberikan hasil yang luar biasa dalam kehidupan.

Buku ini juga mengandungi strategi praktikal yang mengajar anda cara yang betul untuk membentuk tabiat baik dan menghentikan tabiat buruk.

Melalui buku ini anda akan pelajari cara:

- meluangkan masa untuk tabiat baharu (walaupun ketika sibuk);

- mengatasi kekurangan motivasi dan kemahuan;

- mereka bentuk persekitaran anda untuk menjadikan kejayaan lebih mudah dicapai;

- kembali ke landasan apabila anda menyimpang keluar;
.. dan banyak lagi.

James Clear juga mendedahkan tiga peringkat perubahan dengan cara yang paling berkesan untuk mengubah tabiat dengan menetapkan identiti diri anda sendiri, bukannya dengan memberi tumpuan kepada apa yang anda ingin capai.

Clear juga memperkenalkan empat Peraturan Perubahan Tingkah Laku untuk membantu mengubah tingkah laku manusia iaitu dengan;

- menjadikannya kelihatan

- menjadikannya menarik

- menjadikannya mudah

- menjadikannya memuaskan

Atomic Habits, sebuah buku yang akan membentuk semula cara anda berfikir tentang kemajuan dan kejayaan serta memberi anda alat dan strategi yang anda perlukan untuk mengubah tabiat anda - sama ada anda pasukan yang ingin memenangi kejuaraan, sebuah organisasi yang berharap untuk mentakrifkan semula industri atau hanya seorang individu yang ingin berhenti merokok, menurunkan berat badan, mengurangkan tekanan, atau mencapai matlamat lain.

Klik: https://shope.ee/3VMvisoRne

Dari kerana pada suatu tahap dalam perkembangan tasawuf beberapa pemuka utama daripada kelompok penulis sufi telah banya...
14/03/2024

Dari kerana pada suatu tahap dalam perkembangan tasawuf beberapa pemuka utama daripada kelompok penulis sufi telah banyak meminjam dan menyerap faham serta kosa kata falsafah hinggakan sebahagian daripada pembahasan tasawuf layak digelar tasawuf falsafi. Bahkan ada yang mendakwa, sebagaimana S. M. Naquib al-Attas, seorang guru dan pemikir besar bangsa kita—bangsa Jawi—pada abad lepas dan kini, bahawa hanya tasawuf yang sesungguhnya layak digelar sebagai falsafah Islam."

Apa itu Tasawuf?—sebagaimana terzahir pada judul dan ukurannya—sebuah buku berupa pengantar. Namun ramai pembaca yang berhajat kepada sebuah buku kecil yang memberi tinjauan serba ringkas yang mudah difahami perihal ajaran ruhani Islam barangkali akan segera menyedari, sebaik membaca baru beberapa halaman daripada bab pertamanya, bahawa mereka sudah terpedaya dengan rupa zahirnya. Kerana buku ini tidak sesuai sebagai bacaan ringan bagi melayani hobi membaca sambil bersantai di kedai kopi. Sebaliknya, pengarangnya menuntut daripada pembaca sesuatu yang tiada kurang daripada “perhatian yang mendalam serta bersungguh-sungguh kepada benda bersifat ruhani.” Bahkan kesungguhan pengarang sendiri jelas kelihatan daripada ayat pembukaan bab pertama lagi yang tanpa bertangguh-tangguh menarik pembaca untuk terus terjun menyelam ke dasar persoalan ini tanpa memperkenal barang sedikit pun latar sejarah atau keagamaannya. Dengan lain kata, Apa itu Tasawuf? mengundang pembaca tetapi pada waktu sama menidakkan ramai pembaca.

Klik: https://shope.ee/20Xve4XlU8

Setelah pulang berpetualangan di bumi Inggeris ke tanah air, Saari Sungib meneruskan kerja-kerja dakwah dalam suasana da...
11/03/2024

Setelah pulang berpetualangan di bumi Inggeris ke tanah air, Saari Sungib meneruskan kerja-kerja dakwah dalam suasana dan cabaran baru yang jauh lebih kompleks berbanding di United Kingdom. Di samping membina kerjaya dan keluarga pada masa yang sama, usaha-usaha dakwah diteruskan dengan membangun sebuah wadah baharu yang menghimpunkan aktivis-aktivis dakwah serata dunia terutamanya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Mesir, Jordan dan lain-lain. Pelbagai mehnah dan tribulasi dihadapi sama ada daripada faktor dalaman mahupun luaran tidak mematahkan semangat beliau dan rakan-rakan dalam misi dakwah dan gerakan mereka melalui prinsip “fastabiqul khairat”.

Buku ini adalah siri ke-3 daripada keseluruhan lima jilid autobiografi Saari Sungib, "Menuju Puncak Redha".

Klik: https://shope.ee/603znMKD1s

Kita sering merasakan apa yang kita miliki sekarang tidak cukup. Jika ditambah, ada sahaja perkara lain yang kita ingink...
09/03/2024

Kita sering merasakan apa yang kita miliki sekarang tidak cukup. Jika ditambah, ada sahaja perkara lain yang kita inginkan dan perlukan. Gajet baru, baju baru, gaji tinggi. Jika tidak dapat, kita sedih,kecewa dan murung. Jika dapat, kita gembira, namun kemudian...

Kita akan mencari lagi dan lagi–yang lebih baru, yang lebih cantik, yang lebih hebat. Duit, masa dan tenaga yang dilaburkan semakin banyak, tetapi kita masih belum puas hati.

Tanpa sedar, kita terperangkap dalam satu kitaran berbahaya.

“Aku nak lagi.”
“Apa yang aku ada belum cukup.”
“Aku perlukan semua ini.”

Mengapa kita berada dalam situasi ini?

Sebenarnya, apakah perkara yang kita betul-betul perlukan? Adakah wujud satu “produk” di dunia ini yang boleh mengisi kekosongan dalam diri itu?

Menerusi buku ini, Fakhri Fadzli menjelaskan kepada kita bahawa punca segala masalah yang timbul akibat keinginan berterusan ini adalah kerana kehilangan rasa bahagia dengan apa yang ada. Dengan tulisan yang santai, penulis mengajar kita cara membina kekayaan jiwa melalui qanaah–berasa cukup dan reda dengan susunan Allah SWT.

“Jika engkau memiliki hati yang berasa cukup, engkau dan raja dunia sama sahaja.”

Klik: https://shope.ee/50BPrD8Ebl

Ibadah puasa adalah antara ibadah utama dalam Islam. Puasa Ramadan termasuk dalam rukun Islam yang terdiri daripada lima...
26/02/2024

Ibadah puasa adalah antara ibadah utama dalam Islam. Puasa Ramadan termasuk dalam rukun Islam yang terdiri daripada lima asas. Puasa-puasa sunat amat digalakkan oleh syarak untuk dilakukan oleh umat Islam. Seboleh-bolehnya puasa sunat dilakukan setiap bulan, bahkan paling baik lagi diamalkan setiap minggu, iaitu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Ibadah yang utama seperti puasa ini amat penting bagi kaum Muslimin untuk menguasai ilmunya terutama cara pelaksanaannya yang sempurna dan memenuhi kehendak syarak.

Klik: https://shope.ee/9UdVh0SdpL

Buku ini terhasil daripada kajian yang dilakukan secara mendalam dan dalam tempoh yang panjang, berdasarkan penyelidikan...
15/02/2024

Buku ini terhasil daripada kajian yang dilakukan secara mendalam dan dalam tempoh yang panjang, berdasarkan penyelidikan di lapangan dan melibatkan ratusan sumber rujukan dari abad ke-16 hingga yang terkini.

Menerusi buku ini, pengarang menjejaki antara lain pengaruh para ulama Kurdi terhadap perkembangan Islam di Nusantara, kitab kuning, tarekat dan ilmu tasawuf.

Buku ini turut membentangkan analisis terhadap pelbagai jenis kitab kuning yang digunakan di Nusantara, selain memberikan gambaran menyeluruh tentang peranan pesantren (atau pondok), tarekat dan guru-guru tarekat dalam masyarakat dan politik, khususnya di Indonesia.

Menerusinya pembaca dapat memahami dinamika dan sebahagian penting sejarah Islam tradisional sebagai aliran tertua dan paling berpengaruh di Nusantara.

Klik: https://shope.ee/4AbiWbPuo0

Buku ini merupakan rujukan yang padat tentang fiqh darah wanita. Ia membahaskan secara lengkap tentang hukum-hakam dan d...
22/01/2024

Buku ini merupakan rujukan yang padat tentang fiqh darah wanita. Ia membahaskan secara lengkap tentang hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan.

Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah, lengkap dengan gambar dan jadual untuk menjelaskan secara terperinci isu yang dibincangkan.

Haid adalah fitrah kejadian dan ketentuan Allah ke atas setiap wanita.

Mengetahui dan memahami tentang haid, nifas dan istihadhah adalah kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.

Buku "Untukmu Wanita" membahaskan terperinci hukum-hakam fiqh darah haid, nifas & istihadhah menurut mazhab As-Syafie.

- Merangkumi 8 bahagian utama

- Pengisian secara ringkas dan mudah difahami

- Berwarna, ada gambar dan jadual lengkap

- Buku panduan wajib setiap muslimah

Klik: https://shope.ee/99zlmnkLBq

Sejarah Umat Islam - Edisi Kemas Kini adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam. Buku ini tid...
14/01/2024

Sejarah Umat Islam - Edisi Kemas Kini adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam. Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muahmmad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia, dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya.

Klik: https://shope.ee/3py1wPRbiE

Dunia sering menjelaskan kepada masyarakat seolah kemajuan dan kehebatan saban abad hanya dibangunkan oleh golongan ekst...
05/01/2024

Dunia sering menjelaskan kepada masyarakat seolah kemajuan dan kehebatan saban abad hanya dibangunkan oleh golongan ekstrovert. Malah yang lebih parah, golongan introvert juga seakan selesa dengan sterotaip ini dan membiarkan ia menindas hakikat kejayaan yang memerlukan kedua-dua golongan.

Introvert Juga Mampu Berjaya adalah sebuah buku dorongan dan penjelasan definisi serta fungsi introvert dalam komuniti masyarakat maju. Setiap personaliti mampu menempa kejayaan dengan cara tersendiri. Personaliti tidak perlu diubah, permahaman dan pegangan yang wajar difahami dengan betul. Ya, introvert sememangnya mampu berjaya.

Klik: https://shope.ee/8pMUB0hB4O

Address

Bentong
28700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Napbooks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Napbooks:

Share

Category