Pembekal barangan Makkah dan Madinah

Call Directions

Pembekal barangan Makkah dan Madinah Kami membekalkan barangan daripada tanah haramain seperti sejadah,sejadah raudah,wangian raudah,miny

SI GILA WALI ALLAHSyeikh Junaid Al Baghdadi adalah seorang Sufi terkemuka.Pada suatu waktu beliau keluar Kota Baghdad be...
22/12/2020

SI GILA WALI ALLAH

Syeikh Junaid Al Baghdadi adalah seorang
Sufi terkemuka.

Pada suatu waktu beliau keluar Kota Baghdad bersama dengan beberapa muridnya, Syeikh Junaid Al Baghdadi bertanya tentang Bahlul.

Muridnya menjawab, “Ia adalah orang gila." Mereka bertanya kepada Syeikh Junaid, “Apa yang Guru perlukan darinya?”

“Cari dia, aku ada keperluan dengannya.” Kata Syeikh Junaid.

Murid muridnya lalu mencari Bahlul dan bertemu dengannya di gurun, mereka lalu menghantar Syeikh Junaid kepadanya.

Ketika Syekh Junaid mendekati Bahlul, beliau melihat Bahlul sedang gelisah sambil menyandarkan kepalanya ke tembok. Syeikh Junaid kemudian menyapanya, Bahlul menjawab dan bertanya kepadanya, “Siapakah engkau?”

“Aku adalah Junaid Al Baghdadi” kata Syeikh Junaid.

“Apakah engkau Abul Qasim?” Tanya Bahlul.

“Ya” Jawab Syeikh Junaid.

“Apakah engkau Syeikh Baghdadi yang memberikan petunjuk rohani kepada ramai orang?” Tanya Bahlul lagi.

“Ya” jawab Syeikh Junaid.

“Apakah engkau tahu bagaimana cara makan?” Tanya Bahlul.

Syeikh Junaid lalu menjawab, “Aku mengucapkan Bismillah, aku makan yang ada di hadapanku, aku menggigitnya sedikit, meletakkannya di sisi kanan dalam mulutku dan perlahan mengunyahnya, aku tidak menatap suapan berikutnya, aku mengingat Allah sambil makan, apapun yang aku makan aku ucapkan Alhamdulillah, aku cuci tanganku sebelum dan sesudah makan."

Bahlul berdiri mengibaskan pakaiannya dan berkata, “Kau ingin menjadi Guru Rohani di dunia tapi kau bahkan tidak tahu bagaimana cara makan.” Sambil berkata demikian ia kemudian berjalan pergi.

Murid Syeikh kemudian berkata, “Wahai Syeikh, Demi Allah dia adalah orang gila."

Syeikh Junaid berkata, “Dia adalah orang gila yang cerdas dan bijak, dengarkan kebenaran darinya."

Bahlul mendekati sebuah bangunan yang telah ditinggalkan lalu dia duduk, Syeikh Junaid pun datang mendekatinya. Bahlul kemudian bertanya “Siapakah engkau?"
“Saya Syeikh Junaid yang tidak tau bagaimana cara makan.” jawab Syeikh Junaid.

“Engkau tidak tau bagaimana cara makan, tapi tahukah engkau bagaimana cara berbicara?” Tanya Bahlul.

“Ya” jawab Syeikh Junaid.“

Bagaimana cara berbicara?” Tanya Bahlul.

Syeikh Junaid kemudian menjawab, “Aku berbicara tidak kurang tidak lebih dan apa adanya, aku tidak terlalu banyak bicara, aku berbicara agar pendengar dapat mengerti. Aku mengajak orang orang kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, aku tidak berbicara terlalu banyak agar orang tidak menjadi bosan, aku memberikan perhatian atas kedalaman pengetahuan dzahir dan bathin.”

Kemudian ia menggambarkan apa saja yang berhubungan dengan sikap dan akhlak.

Lalu Bahlul berkata, “Lupakan tentang makan, kerana kau pun tidak tahu bagaimana cara berbicara.”

Bahlul pun berdiri mengibaskan pakaiannya dan berjalan pergi.

Murid murid Syeikh berkata, “Wahai Syeikh, Syeikh lihat dia adalah orang gila, apa yang Syeikh harapkan dari seorang gila?”

Syeikh Junaid menjawab, “Ada sesuatu yang aku perlukan darinya, kalian tidak tahu."

Syeikh Junaid lalu mengejar Bahlul lagi hingga mendekatinya. Bahlul lalu bertanya, “Apa yang engkau inginkan dariku, kau yang tidak tahu cara makan dan berbicara, apakah kau tau bagaimana cara tidur?”

“Ya aku tahu” jawab Syeikh Junaid.

“Bagaimana caramu tidur?” Tanya Bahlul.

Syeikh Junaid lalu menjawab, “Ketika aku selesai Solat ‘Isyak dan membaca do’a, aku mengenakan pakaian tidurku.” Kemudian Syekh Junaid menceritakan cara cara tidur sebagaimana yang lazim dikemukakan oleh Para Ahli Agama.

“Ternyata kau juga tidak tahu bagaimana caranya tidur” kata Bahlul seraya ingin bangkit dari duduknya.

Tapi Syeikh Junaid menahan pakaiannya dan berkata, “Wahai Bahlul aku tidak tahu. Demi Allah ajarkan aku."

Bahlul pun berkata, “Sebelumnya engkau mengaku bahawa dirimu berpengetahuan dan berkata bahawa engkau tahu, maka aku menghindarimu. Sekarang setelah engkau mengakui bahawa dirimu kurang berpengetahuan, maka aku akan mengajarkan padamu.

Ketahuilah, apapun yang telah engkau gambarkan itu adalah permasalahan bukan yang utama, kebenaran yang ada di belakang memakan makanan adalah, bahawa kau memakan makanan halal. Jika engkau memakan makanan haram dengan cara seperti yang engkau gambarkan, dengan seratus sikap pun tidak akan bermanafaat bagimu melainkan akan menyebabkan hatimu hitam."

“Semoga Allah memberimu pahala yang besar” kata Syeikh Junaid.

Bahlul lalu melanjutkan, “Hati harus bersih dan mengandungi niat baik sebelum kau mulai berbicara. Percakapanmu haruslah menyenangkan Allah. Jika itu untuk duniawi dan pekerjaan yang sia sia maka apapun yang kau nyatakan akan menjadi malapetaka bagimu. Sebab itulah mengapa diam adalah yang terbaik. Dan apapun yang kau katakan tentang tidur, itu juga bernilai tidak utama. Kebenaran darinya adalah hatimu harus terbebas dari permusuhan, kecemburuan dan kebencian. Hatimu tidak boleh tamak akan dunia atau kekayaan di dalamnya. Dan ingatlah Allah ketika akan tidur."

Syeikh Junaid kemudian mencium tangan Bahlul dan berdo’a untuknya.

MasyaAllah. Dari kisah di atas jangan lah kita semua memandang hina pada sesiapapun waima seorang gila. Janganlah menganggap diri kita lebih baik dan hebat dari orang lain.

Ini adalah 3️⃣ masjid yang terletak sangat dekat dengan Masjid Nabawi di Madinah.1️⃣ Masjid GhamamahMasjid al-Ghamamah (...
17/12/2020

Ini adalah 3️⃣ masjid yang terletak sangat dekat dengan Masjid Nabawi di Madinah.

1️⃣ Masjid Ghamamah
Masjid al-Ghamamah ( مسجد الغمامة) terletak kira-kira 300m ke arah barat daya Masjid Nabawi. (Berdekatan pintu No 6).

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Eid. Menurut beberapa riwayat, Nabi ﷺ menunaikan solat Aidilfitri di sini selama empat tahun terakhir hidupnya. Masjid ini juga merupakan lokasi di mana Nabi ﷺ menunaikan Solat Istisqa (solat khusus untuk memohon hujan). Kata Ghamama bermaksud awan yang tiba-tiba muncul dan membawa hujan setelah Nabi ﷺ telah menunaikan solat.

2️⃣ Masjid Abu Bakar: Abu Bakar RA menunaikan solat Aidilfitri di sini semasa kekhalifahannya. Di lokasi masjid ini juga dahulunya berdiri rumah kediaman Abu Bakar As Siddiq RA.

3️⃣ Masjid Ali: Masjid serba putih, Masjid Ali Bin Abi Talib di kota Madinah, dibina di tanah bekas rumah khalifah Ali Bin Abi Talib dan isteri tercinta Fatimah Az-Zahra yang juga anak perempuan Rasulullah S.A.W.

Tapak bersejarah di Kota Suci Makkah:1) Rumah Umm Hani 2) Jabal Ajyad  3) Rumah Al Nadwah4) Rumah Al Arqam Ibn Al Arqam ...
16/10/2020

Tapak bersejarah di Kota Suci Makkah:

1) Rumah Umm Hani
2) Jabal Ajyad
3) Rumah Al Nadwah
4) Rumah Al Arqam Ibn Al Arqam
5) Jabal Al Safa
6) Tanah Perkuburan Al Shabkiyah
7) Rumah Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid
8) Rumah kelahiran Baginda Rasulullah SAW
9) Jalan Al-Hajar
10) Jabal Omar
11) Jabal Al-Shamiyah
12) Rumah Abu Bakar Al-Siddiq
13) Perkampungan kaum kerabat keluarga Bani Hashim .

Sumbar: Pencinta Al-Haramain Makkah & Madinah

04/10/2020

Terbaik,anak Melayu serba boleh!!

Rupanya inilah "SUARA EMAS" dalam penerbangan Qatar Airways dan 8 negara Arab yang selalu kita dengar masa naik pesawat.Terbaik suara Dato Tuan Asmawi.

04/10/2020

Alhamdulillah
Tepat jam 12 tgh malam tadi, umrah 1442H bagi Fasa 1 bermula. Dalam Fasa 1 ni, hanya rakyat Saudi dan ekspatriat bermastautin di Saudi sahaja diberi kebenaran mengerjakan umrah..

Sama-samalah kita doakan semoga doa para dhuyufurrahman terawal ini dimakbulkan dan kita akan menyusur selepas ini sebagai dyufurrahman seperti mereka.

Amin.


01/10/2020

"RUSIA BERSHOLAWAT"
Di dalam Surat Al-Ahzab ayat 56 Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Artinya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selalu bershalawat kepada Nabi Muhammad. Wahai orang-orang yang beriman bershalawatlah kalian kepadanya dan bersalamlah dengan sungguh-sungguh.”



Rindu Wangian Raudah.Sesiapa sahaja yg pernah sampai ke Raudhah dan berjaya masuk ke dalamnya sudah tntu dpt mencium aka...
29/09/2020

Rindu Wangian Raudah.
Sesiapa sahaja yg pernah sampai ke Raudhah dan berjaya masuk ke dalamnya sudah tntu dpt mencium akan keharumannya...

Alangkah seronoknya kalau dpt cium lagi wangian itu semasa di tanah air sndri..

Sekurang-kurangnya dapat lah mengubati kerinduan kepadanya.. BERMINAT dgn wangian ORIGINAL raudhah dari Madinah
bleh PM sya SEKARANG..
Harga istimewa menanti anda😎..

http://www.wasap.my/60196004823/WangianRaudhah

25/09/2020

﷽
Salam Jumaat yang penuh Barakah.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Doaku dihari Jumaat penghulu segala hari..Aamiin
22/09/2020

Doaku dihari Jumaat penghulu segala hari..Aamiin

RINDU BAITULLAHPasti masih tergian ngian di telinga Haji haji & Hajah hajah kan seperti laungan azan dan suara suara per...
21/09/2020

RINDU BAITULLAH

Pasti masih tergian ngian di telinga Haji haji & Hajah hajah kan seperti laungan azan dan suara suara persekitaran masjidil haram makkah🕋

Semua itu sekarang sudah menjadi kenangan manis buat kita semua🥰

Semoga kita semua dapat menjadi tetamu pilihannya dan dapat ziarah Baginda Rasulullah SAW...

Aamiin..

Address

Bota
32610

Telephone

+60196004823

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembekal barangan Makkah dan Madinah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share