Pena Mukmin

Pena Mukmin Budaya Ilmu

24/08/2026
08/08/2026

YAHUDI CERDIK TAPI MENIPU, NASRANI BAIK TAPI NAIF

Ayat ketujuh surah al Fatihah, kalimah al maghdub (yang dimurkai) merujuk kepada yahudi manakala ad dollin (yang sesat) merujuk kepada nasrani.

Yahudi cerdik, pandai baca kitab, tahu kebenaran tetapi menyembunyikannya daripada nasrani.

Nasrani yang baik tapi lemah akalnya dimanipulasi Yahudi untuk mendapat habuan dunia.

Tugas guru adalah melahirkan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Ini dasar pendidikan yang sangat baik.

Ramai yang cerdik tapi zalim, akhirnya mereka makan rasuah (menjadi penghuni neraka). Ramai yang baik tapi naif, akhirnya menjadi tangga untuk dijijak oleh yang zalim bagi naik ke atas.

Kesimpulannya, jadilah insan muslim yang baik akhlaknya dan tajam akalnya.

------------------------------------------

Dapatkan Buku Rujukan Rumi Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Hubungi : https://wa.me/601118687980

Pena Mukmin
-Budaya Ilmu-




24/07/2026

MUNAFIK BERJALAN DALAM CAHAYA KILAT

(يَكَادُ ٱلۡبَرۡقُ يَخۡطَفُ أَبۡصَـٰرَهُمۡ‌) (hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka) iaitu hampir-hampir api itu melenyapkan penglihatan orang kafir. Sedemikian juga penjelasan (hujah al-Quran), ia bertujuan melenyapkan pandangan kesesatan mereka.

(كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوۡاْ فِيهِ) (setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu) iaitu di bawah naungan kilat itu. (وَإِذَآ أَظۡلَمَ عَلَيۡهِمۡ قَامُواْ‌) (dan apabila gelap menimpa mereka, mereka berhenti) maksudnya, mereka kekal tergamam di dalam kegelapan. Demikianlah orang munafik, apabila mereka (berpura-pura) beriman, mereka dapat berjalan bebas dalam kalangan orang beriman kerana keimanan (zahir) mereka diterima (di dunia). Namun apabila mereka mati kelak, mereka akan kekal terperangkap di dalam kegelapan alam kubur.

(وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمۡعِهِمۡ وَأَبۡصَـٰرِهِمۡ‌) (Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia menghilangkan pendengaran mereka (melalui dentuman guruh) dan penglihatan mereka (melalui pancaran kilat)). Demikian juga sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia telah melenyapkan pendengaran orang munafik dan kaum Yahudi melalui herdikan ancaman dan amaran keras yang ada di dalam al-Quran, serta melenyapkan penglihatan mereka melalui penjelasan hujah yang nyata.

(إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ ) (sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu) termasuklah dalam hal melenyapkan pendengaran dan penglihatan ini.

Sekiranya kilat itu menyinari mereka, maka mereka pun berjalan di bawah sinar itu. Maksudnya, apabila harta mereka banyak dan anak-anak mereka sejahtera kerana memperoleh ghanimah (harta rampasan perang), atau kerana meraih kemenangan dalam sesuatu peperangan, mereka pun berkata, “Sungguh, agama Muhammad ketika ini benar.” Mereka pun konsisten dalam menjalankan agama. Namun, apabila kegelapan menimpa mereka, mereka pun berkata, “Ini tidak lain hanyalah disebabkan agama Muhammad.” Mereka menjadi murtad dan kafir.

------------------------------------------

Dapatkan Buku Rujukan Rumi Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Hubungi : https://wa.me/601118687980

Pena Mukmin
-Budaya Ilmu-




Buku Teks Pendidikan Islam 100% Jawi. Anak Tak Pandai Jawi, Macam Mana Nak Belajar?​Bukan anak malas, bukan anak tak min...
23/07/2026

Buku Teks Pendidikan Islam 100% Jawi. Anak Tak Pandai Jawi, Macam Mana Nak Belajar?

​Bukan anak malas, bukan anak tak minat subjek Agama. Tapi mereka tercantas sbb tak pandai baca tulisan Jawi dalam buku teks sekolah. Akhirnya, anak makin ketinggalan dan hilang keyakinan diri.

​💡 Solusinya: E-Book Rujukan Pendidikan Islam (RUMI) Tahun 1 - 6
​Kami mudahkan kerja anak anda! Nota lengkap mengikut silibus KPM ini ditukarkan sepenuhnya ke dalam Tulisan Rumi.
​100% Rumi: Anak boleh baca, faham, dan ulang kaji sendiri tanpa stres.

​Silibus Lengkap (Darjah 1 hingga 6): Semua nota penting dihimpunkan dalam satu fail PDF.
​Format PDF: Boleh dibaca di telefon/tablet atau dicetak (print) bila-bila masa.

​Sesuai Untuk Exam: Bantu anak kuasai topik penting dengan cepat untuk skor markah.

​"Jangan biarkan anak tercicir subjek agama hanya disebabkan dinding tulisan Jawi."

​Bantu anak anda faham subjek Pendidikan Islam hari ini dengan pelaburan ilmu yang sangat mampu milik.

​👉 Klik link di bawah untuk dapatkan file PDF sekarang:
https://wa.me/601118687980

20/07/2026

07 TADABBUR KALAM ALLAH

16/07/2026

MUNAFIK NAK HIDUP SENANG TAPI TOLAK KEBENARAN

(مَثَلُهُمۡ) (perumpamaan mereka) maksudnya perumpamaan orang-orang munafik yang berada di samping Nabi Muhammad SAW. (كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسۡتَوۡقَدَ نَارًا) (adalah seperti orang yang menyalakan api) dalam kegelapan malam, supaya keluarga, harta dan dirinya merasa aman.

(فَلَمَّآ أَضَآءَتۡ مَا حَوۡلَهُ) (maka setelah api itu menerangi sekelilingnya) maksudnya setelah api itu terang menyala, dan dia dapat melihat sekelilingnya, dia merasa selamat dengan cahaya api itu ke atas dirinya, keluarganya, dan hartanya. Tiba-tiba api itu terpadam. Demikianlah sikap orang-orang munafik. Mereka mengaku beriman kepada Nabi Muhammad dan al-Quran agar mendapat jaminan keselamatan ke atas nyawa, harta benda, dan keluarga mereka daripada menjadi tawanan perang dan dibunuh. Namun, apabila mereka mati ;

(ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمۡ) (Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka) iaitu cahaya daripada manfaat keimanan tadi. (وَتَرَكَهُمۡ فِى ظُلُمَـٰتٍ) (dan membiarkan mereka dalam kegelapan) maksudnya dalam bencana dan huru-hara alam kubur. (لَّا يُبۡصِرُونَ) (tidak dapat melihat) kesenangan setelah itu.

Terdapat satu lagi pendapat yang menyatakan bahawa perumpamaan ayat ini sebenarnya ditujukan kepada sikap kaum Yahudi terhadap Nabi Muhammad SAW. Keadaan mereka diumpamakan seperti sekumpulan tentera yang sedang kalah bertaburan di medan perang. Tiba-tiba, muncul seorang panglima yang menegakkan sebatang panji sebagai simbol perlindungan dan tempat berkumpul. Tentera yang ketakutan itu pun bergegas lari mendapatkan panji tersebut untuk menyelamatkan diri. Namun, sebaik sahaja tiba, mereka sendiri yang bertindak menterbalikkan dan meruntuhkan panji keselamatan itu. Kesannya, lenyaplah segala manfaat dan perlindungan yang sepatutnya mereka nikmati.

Sedemikian itulah analogi bagi kaum Yahudi. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, mereka sentiasa berdoa memohon kemenangan ke atas musuh-musuh mereka (seperti suku Aus dan Khazraj) dengan menyebut-nyebut nama baginda serta Al-Quran yang bakal turun. Namun, sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW benar-benar diutuskan dengan membawa kebenaran, mereka dengan angkuh menolak dan mengkufurinya.

Oleh sebab itu, Allah melenyapkan cahaya daripada hidup mereka dengan cara mencabut rasa mahu beriman serta menghalang mereka daripada mendapat manfaat iman. Hal ini berlaku kerana pada asalnya mereka mendakwa mahu beriman kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi apabila peluang itu tiba, mereka sendiri yang menolaknya. Akhirnya, Allah membiarkan mereka terus tersesat dalam kegelapan doktrin Yahudi yang batil, dalam keadaan mata hati mereka buta dan langsung tidak mampu melihat cahaya petunjuk.

------------------------------------------

Dapatkan Buku Rujukan Rumi Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Hubungi : https://wa.me/601118687980

Pena Mukmin
-Budaya Ilmu-




Address

5129, Lorong 1, Taman Janggus
Bukit Mertajam
13500

Telephone

+601118687980

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pena Mukmin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pena Mukmin:

Shortcuts

Share