01/09/2026
31 Ogos 2026 - hari terakhir Coolblog Sungai Dua.
Hari ni baru betul-betul terasa…
Kami dah tutup.
Sepanjang beberapa tahun di sini, macam-macam benda kita lalui.
Ada hari yang kedai penuh sampai tak menang tangan.
Ada hari yang sunyi, duduk tengok pintu sambil tunggu pelanggan masuk.
Ada masa rasa seronok bila sales cantik.
Ada masa balik rumah dengan kepala penuh fikir macam mana nak survive bulan depan.
Pernah penat.
Pernah stress.
Pernah kecewa.
Pernah rasa nak mengalah.
Tapi dalam semua perit jerih tu, ada juga banyak benda yang buat kami tersenyum.
Gelak dengan staff.
Buat lawak masa kedai tengah sibuk.
Pelanggan yang dah jadi regular.
Pelanggan yang datang balik dan kita dah boleh agak nak order apa.
Ada yang dulu datang seorang, lama-lama datang dengan pasangan.
Ada yang dulu datang dengan anak kecil, sekarang anak dah besar.
Benda-benda kecil macam ni yang sebenarnya kita tak sedar nilainya waktu kita masih di sini.
Kita terlalu sibuk nak survive setiap hari, sampai tak sempat nak fikir yang satu hari nanti semua ni akan berakhir.
Dan akhirnya, hari itu sampai juga.
Kontrak dah tamat.
Pintu kedai dah ditutup.
Barang-barang tengah dikemas.
Tapi kenangan?
Kenangan tak boleh kemas..
Banyak sangat yang akan tinggal dalam kepala.
Terima kasih kepada semua staff yang pernah sama-sama bertahan, sama-sama penat, sama-sama gelak dan sama-sama hadap susah senang sepanjang perjalanan ni.
Dan paling utama, terima kasih kepada semua pelanggan Coolblog Sungai Dua.
Terima kasih sebab pernah singgah.
Terima kasih sebab pernah pilih kami.
Terima kasih untuk setiap repeat order, setiap senyuman, setiap teguran dan setiap sokongan.
Mungkin selepas ni kita takkan jumpa lagi di kedai yang sama.
Tapi kalau satu hari nanti ternampak kami di tempat lain… tegurlah.
Sebab kita pernah berkongsi satu cerita di sini.
Cerita yang ada penatnya.
Ada pahitnya.
Ada manisnya.
Ada jatuh bangunnya.
Dan walaupun cerita itu dah sampai ke penghujung…
kami tetap bersyukur kerana pernah melaluinya.
Selamat tinggal, Coolblog Sungai Dua. 😇
Terima kasih untuk segala-galanya.
31.08.2026
The last day.