09/07/2026
Sebagai penegasan, sekiranya haiwan-haiwan di bawah jagaan kami benar-benar mengalami penderaan atau layanan yang tidak sewajarnya, sudah tentu tingkah laku mereka akan menunjukkan tanda-tanda ketakutan, tekanan atau sifat agresif terhadap manusia. Namun, alpaca dan haiwan-haiwan lain di Rainbow Garden kekal tenang, jinak serta mesra dengan pengunjung. Mereka boleh didekati, disentuh dan berinteraksi dengan orang ramai setiap hari, termasuk kanak-kanak, tanpa menunjukkan tanda-tanda ketakutan yang berlebihan. Keadaan ini mencerminkan bahawa kebajikan, penjagaan dan layanan terhadap haiwan sentiasa menjadi keutamaan di Rainbow Garden.