Shana Ismail

Shana Ismail Authorized Agent Ashh&Annas® Scarves And Maza Scarves....Instagram Ashhannas_shana and noorsana_sha

Salam Kasihsayang...Selamat pagi semua 😀😍Semoga dipermudahkan urusan, dibukakan semua pintu rezeki dan sentiasa dalam Ra...
15/09/2022

Salam Kasihsayang...
Selamat pagi semua 😀😍
Semoga dipermudahkan urusan, dibukakan semua pintu rezeki dan sentiasa dalam Rahmat Kasih Allah SWT.
Aamiin...





15/03/2022

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
‏ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Salam Kasihsayang...
REBUT KEISTIMEWAAN DI BULAN SYAABAN 🌙

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW. Hari berganti hari, pejam celik pejam celik, kita dah masuk pertengahan bulan Syaaban. Namun, ramai antara kita yang masih terleka bagi merebut kesempatan ini dengan membiarkan diri berterusan dalam keadaan maksiat (melakukan dosa), sehinggakan disebut dalam hadis Rasulullah SAW iaitu:

Usamah Ibnu Zaid r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, mengapa saya melihat engkau tidak berpuasa pada mana-mana bulan seperti engkau berpuasa dalam bulan Syaaban. Baginda menjawab: Di antara Rejab dengan Ramadan, bulan Syaaban merupakan bulan yang kebanyakan manusia lalai. Ia juga merupakan bulan yang mana amalan diangkat kepada Tuhan pentadir alam dan aku s**a amalan diangkat dalam keadaan aku berpuasa.”

(HR al-Nasaie, hadis hasan)








18/10/2021

Salam Kasihsayang
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi semua sahabatku😊

DOA..
Ya Allah, jadikanlah kami insan yang s**a berkongsi manfaat kepada insan yang lain tanpa rasa gusar, s**a berkongsi tanpa rasa dengki, s**a berkongsi tanpa rasa risau semakin berkurang, s**a berkongsi tanpa mengharapkan balasan. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Nikmat.
Aamiin....

Nak Berjaya kena jaga Adab/Manners
Jaga Sikap/Attitude
Jaga Tabiat/Habits

BE A PERFORMER...
🌴 Sentiasa ada
Winning Mentality .
🌴Sentiasa Awal daripada orang lain.
🌴Sentiasa Semangat.
🌴 Sentiasa Komited.
🌴Sentiasa checklist.

Korang dapat sesuatu pagi ini?

&Annas®Scarves
.0
.0










11/10/2021

Salam Kasihsayang
Salam Sejahtera dan Selamat pagi semua sahabatku😊🥰

DOA...
Ya Allah, Engkau permudahkanlah setiap urusan kami hari ini dan jua hari mendatang...bersama Redha dan KasihsayangMu.
Iman ini seperti pohon, iaitu perlu disiram dengan amal agar terus subur.
Aamiin..

Nak Berjaya dalam bisnes atau dalam kehidupan, matlamat atau impian anda itu kena jelas kerana setiap tindakan yang anda ambil akan membawa anda ke suatu tahap yang lebih tinggi dari sebelum ini agar anda mudah capai apa yang anda impikan.

Kejayaan anda juga di dalam sesuatu perkara bukan hanya dengan usaha anda sahaja,

Bahkan Kejayaan yang anda kecapi ada Doa-doa dari orang sekeliling anda terutama Mak/Ayah..

Anda USAHA LEBIH, anda DAPAT LEBIH.
Anda USAHA SEDIKIT, anda DAPAT SEDIKIT.

Usaha selagi ada masa sehingga anda dapat capai apa yang anda Impikan.
InShaaAllah..

Korang dapat sesuatu daripada perkongsian pagi ini?












08/10/2021

Salam Kasihsayang
Selamat Pagi jumaat yang barakah dan Salam Sejahtera semua..

Marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mendapat Syafaat dan Keberkatan yang menghadirkan sinar Kebahagiaan untuk kita semua ...InShaaAllah

DOA...
Ya Allah, Permudahkanlah urusan kami hari ini dan limpahkanlah dengan rezeki yang barakah..
Jadikanlah yang lembut itu Hati. Yang tebal itu Iman.Yang tajam itu Akal. Yang baik itu Sifat. Yang manis itu Senyuman.
Aamiin...

Jadilah Wanita Yang Hebat!

Wanita yang hebat adalah wanita yang tetap kuat menghadapi semua masalah.

"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat." (HR. Bukhari)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah. mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q.S Al-Baqarah:218)

Semoga menfaat sharing kak Shana pagi ni buat kita semua. Alhamdulillah....












27/09/2021

Salam Kasihsayang
Selamat Pagi Isnin semua Sahabatku.
Semoga hari ini,
Awalnya membawa Rahmat, Pertengahannya memberi Nikmat dan penghujungnya dipenuhi Berkat...

DOA...
Ya Allah Ya Razzaq, Engkau permudahkanlah urusan kami dalam berbisnes diwaktu sekarang ini. Berikanlah rezeki yang tak putus-putus kepada kami semua...Aamiin

KITA SEMUA ADA MATLAMAT..
KITA SEMUA ADA IMPIAN...
UNTUK BERJAYA BUKAN MUDAH...
TAPI BOLEH CAPAI YANG PASTINYA ADA KESANGGUPAN.

Ada yang kata, BERJAYA itu bila kita kaya. betul tak?

Masing-masing kita mempunyai erti/maksud kejayaan yang berbeza.
Kalau kita dok kejar "Kejayaan"
tetapi, kita sendiri tidak tahu apa erti kejayaan pada diri kita sendiri, maka tak guna juga.

So, Langkah pertama adalah untuk fahami dan tahu apakah ERTI Kejayaan bagi diri kita sendiri.

Boleh-boleh...

Korang dapat sesuatu pagi ni?












25/09/2021

Salam Kasihsayang

Untuk peminat tudung Maza Scarves Cotton Voile..
Nantikan kemunculan NEW DESIGN bulan OCTOBER!!!

Stay Tuned !!!

Salam Kasihsayang..Ashh&Annas Scarves..Koleksi Duchess Series 2.0Dah ada ke belum koleksi ni?Kalau nak follow instagram ...
25/09/2021

Salam Kasihsayang..

Ashh&Annas Scarves..
Koleksi Duchess Series 2.0

Dah ada ke belum koleksi ni?
Kalau nak follow instagram saya

Jangan lupa boleh terus wasap shana
http://wasap.my/60108913419

Salam KasihsayangAlhamdulillah..Selamat Menyambut HARI MALAYSIAHari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun unt...
16/09/2021

Salam Kasihsayang
Alhamdulillah..
Selamat Menyambut HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak bagi membentuk Malaysia sebagai sebuah negara.

Perpaduan rakyat berbilang kaum dan bangsa di negara ini sememangnya sudah lama terbina dengan harmoni. Pencapaian yang kita kecapi selama ini adalah usaha kita bersama. Kita tidak akan berhenti di sini sahaja. Kita akan terus mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara demi tanah air tercinta ini.

Ayuh terus bersatu hati bersama kita majukan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan disegani. Ayuh bangkit Bangsa Malaysia!

Selamat Hari Malaysia daripada kami Usahawan Maza Scarves 🥰😇












15/09/2021

Salam Kasihsayang
Alhamdulillah..
Selamat Pagi semua sahabatku😊

DOA...
Ya Allah, Jadikan hari ini sebagai Pembuka Rezeki dan Keberkatan pintu Kebaikan, Kesihatan, Keselamatan dan pintu Syurga bagi kami semua...Aamiin

Tiada sesiapa yang akan memberi Kejayaan kepada kita...
Hanya kita sahaja yang boleh mengejar Kejayaan sendiri...

Kekuatan tidak datang dari kemampuan Fizikal.
Ianya datang dari Semangat yang tidak pernah Mengalah...

Cari peluang disebalik setiap masalah.
Jangan cari alasan diatas setiap peluang.

🌾Semakin banyak kita Belajar, semakin banyak kita dapat melakukan Tindakan Luar Biasa!

🌾Untuk Berjaya, kita mesti percaya bahawa kita BOLEH💪💪

Korang dapat sesuatu daripada sharing kak Shana pagi ni?












13/09/2021

Salam Kasihsayang
Selamat Pagi Isnin semua sahabatku yang saya Kasihi dan Sayangi🥰

DOA..
Ya Allah, Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu..
Kecantikannya Kecantikan-Mu..
Keindahannya Keindahan-Mu...
Kekuatanya Kekuatan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu..

Ya Allah, Jika rezeki kami masih di Langit, turunkanlah.. Jika di Bumi, keluarkanlah...Jika Sukar, Permudahkanlah.. Jika Haram, Sucikanlah...Jika Jauh, Dekatkanlah...

Berkat waktu Dhuha, Kecantikan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan-Mu, Kekuasan-Mu, Limpahkan kepada kami segala yang Engkau telah limpahkan kepada Hamba-hamba-Mu yang Soleh....
Aamiin..

Alhamdulillah..
Pagi-pagi lagi hujan membasahi bumi.
Area korang hujan tak, macam area akak Cheras?












10/09/2021

Salam Kasihsayang
Alhamdulillah...
Selamat Pagi Jumaat yang Barakah buat kita semua sahabatku..
Selawat dan Salam kepada junjungan Rasulullah saw... Semoga kita semua dalam Rahmat Kasih Allah swt...
Aamiin ...

DOA..
Ya Allah, Bukakanlah untuk kami, Pintu Kebaikan, Pintu Keselamatan, Pintu Kesihatan, Pintu Nikmat, Pintu Keberkatan, Pintu Kekuatan, Pintu Cinta Sejati, Pintu Kasihsayang, Pintu Rezeki, Pintu Ilmu, Pintu Keampunan dan Pintu Syurga.
Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Aamiin

"Sesungguhnya Allah swt, senang melihat hambaNya bersusah payah dalam mencari rezeki yang Halal."

Ingat mengingati bersama...
Korang dapat sesuatu sharing akak pagi ni?












Address

Cheras, Cheras
Cheras, Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shana Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shana Ismail:

Shortcuts

Share