Malakat Mall - Koperasi PPIM Members

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Malakat Mall - Koperasi Koppim Members

05/07/2026

Saya Mohon Masa

Bismillahirahmannirrahim.

Lama saya nak tulis long post nie.
Setiap kali beberapa orang yang banyaknya menggunakan fake account, some 'influencers' kurang enggagement to account mereka, mereka akan petik nama saya.

Ayat yang sama, kata saya scam tipu orang. Ulang-ulang cerita kegagalan QM yang disangkutkan hampir sepenuhnya kepada saya. Kegagalan Malakat yang dah tutup lebih 2 tahun. Semua bisnes yang saya usahakan mereka ajak orang ramai boikot. Jangan jadi 'enabler' katanya.

Mereka nie sangat berkuasa menggunakan social media dalam usaha membunuh setiap yang saya cuba usahakan. Sampai bank, pegawai kerajaan ambil kenyataan mereka dan percaya yang saya memang seorang scammer yang tak patut dibantu malah kalau boleh matikan sahaja setiap bisnes yang saya ada.

Jadi kali ini saya nak jawab dan perjelaskan semuanya. Bukan untuk mereka tetapi kepada silent reader. Kepada pegawai kerajaan, bank, NGO, pemimpin politik, team saya di Brainy Bunch Group, Ahmads, parents Brainy Bunch, our alumni’s dan kepada mereka yang kenal dan yang belum kenal saya.
Ini cerita siapa saya, dan kenapa saya buat macam-macam. Kenapa tak pernah serik dengan kegagalan.

Nama saya Mohd Fadzil Hashim. Saya dilahirkan pada 27 Disember 1976. Ibu saya berkahwin tanpa restu keluarga. Keluarga ibu berasal dari keluarga yang agak berada di Alor Setar. Arwah ayah kepada Ibu pernah menjadi Exco kerajaan negeri Kedah. Tetapi sebaik sahaja saya di lahirkan di Kedah saya dijaga oleh seorang wanita bernama Sharifah Wan Fadzilah. Beliau lah yang telah memberikan nama Mohd Fadzil kepada saya mungkin ambil berkat nama arwah Ustaz Fadzil Noor yang juga dari Kedah.

Saya dibawa ayah kandung saya ke kuala lumpur yang mendaftarkan kelahiran saya di Pudu Poly Clinic Kuala Lumpur. (ini sahaja cerita yang saya tahu. Mungkin tidak 100% tepat). Ayah saya berbangsa India dan Ibu saya seorang Melayu.

Saya telah diserahkan untuk dijaga kepada keluarga angkat saya yang pada mulanya hanya sebagai baby sitter. Ayah saya seorang wartawan sukan untuk akhbar berbahasa inggeris dan ibu saya pada waktu itu merupakan seorang pemain Tenis. Ibu kemudiannya menjadi Guru Bahasa Inggeris dan melanjutkan pelajaran ke Scotland. Kini masih lagi mengajar.

Saya dibesarkan oleh keluarga angkat saya selepas saya ditinggalkan dengan mereka. Saya tahu saya anak angkat dari kecil sebab saya mempunyai sijil anak angkat. Ayah saya (keluarga angkat) seorang konstabel Polis dan emak suri rumah yang juga menjadi pengasuh kepada anak-anak lain. Dalam keluarga kami, abang dan kakak yang berasal dari emak & abah ada 8 orang.

Saya, Ijam dan Ina adalah 3 anak tambahan yang dibesarkan oleh mak & abah. Kami tinggal di rumah kuarter polis PJ state yang hanya ada 1 bilik asal, 1 bilik tambahan. Kami yang kecil memang tidur di ruang tamu. Port saya bawah meja makan.
Kenapa penting nak cerita semua ini. Kerana saya bukan dibesarkan senang. Harap you all can understand later why i do what i do. Kalau tak faham pun at least tahu sebab i’ve always striving nak buat lebih untuk orang. Bukan untuk saya.

So i grew up dengan cukup Cinta mak abah, kakak dan abang. They love us! Makan cukup, pakai cukup. Mak akan jahit baju raya setiap raya. Tak pernah tak ada. Abah akan bawak balik kampung Abah naik keratapi setiap tahun. Makan mesti mak bagi bekal telur rebus makan dengan kicap. Cukup kenyang. Jimat. Jarang makan luar.

Belajar saya biasa sahaja. Tak lah cemerlang sangat. UPSR 5B, SRP 17, SPM 21, ITM Diploma In Accountancy 3.3 CGPA
Tak lah teruk sangat.

Naik sekolah menengah saya dipindahkan duduk dengan kakak saya sebelum masuk asrama SAAS Kajang. Abang (Ijam) dan pakcik saya (Adzhar aka Ai) masa tuh jadi gangster sekolah. Kakak saya tak nak saya jadi gangster jugak.

Di SAAS saya banyak belajar agama selepas Cikgu Fatimah jadi warden. Saya memang biasa bangun pagi tapi SAAS train saya bangun solat tahajud setiap 5 pagi masa umur 15 tahun. Walaupun banyak juga miss tapi asas agama, jadi imam dan pemimpin banyaknya di SAAS lah.

Bila masuk ITM Cikgu2 sekolah siap sumbang duit sebab mereka semua tahu saya datang dari keluarga yang bukan senang. Tapi sebenarnya cukup. Kak Nor lah sumber belanja bulanan saya. Dia bayar yuran dia bagi duit belanja. Masa sekolah dia bagi RM 30 duit belanja masa ITM dia bagi RM 60. Alhamdulillah cukup sebab masa tuh ITM dah sediakan makan.

Tapi semangat usahawan memang dari kecik. Dari jual sate, sayur kampung di pasar malam hingga jual baju, printing gambar, roti dan macam-macam MLM termasuk Zhulian saya join dan cuba cari pendapatan tambahan. Jarang meminta dan Jarang menyusahkan orang lain tapi ramai orang memang mudah median tengok muka saya. Muka kesian orang kata. Pensyarah selalu bagi saya duit walaupun tak minta. Takkan nak minta duit dengan pensyarah p**ak kan.

Saya membesar dengan niat dan azam nak jadi orang kaya yang beriman dan berjaya bantu orang lain keluar dari kemiskinan. Tak mungkin saya nak hidup dengan nak scam atau tipu orang.

Tahun 2008 saya berhenti kerja dengan Dell Malaysia. Pada waktu itu jawatan saya adalah Public Sector Sales Director. Saya buka company IT Distribution company untuk syarikat Bumi yang tiada financing facilities. Pada masa yang sama saya ambil lesen Business Coaching dengan Action Coach International di US. Saya bayar lesen RM 80k dan Training Fees RM 60k untuk jadi Certified Business Coach di US.

Semangat membara nak tolong orang. Waktu tuh saya dah pun memiliki aset, perniagaan dan pendapatan yang tinggi. Masa di Dell pendapatan purata RM 70k sebulan. Isteri own dan run Avon Franchise sambil-sambil maintain client Unit Trust lama beliau.

2008 juga saya beli Tadika CahayaKu Gemilang selepas ternampak iklan Business For Sale dalam TheStar yang offer income passive RM 10,000 sebulan. Saya beli Tadika dan Taska pada harga RM 150,000. Selepas tuh baru tahu yang guru-guru disana dibayar terlalu rendah. Ada yang Gaji RM 450. Maximum pun RM 700. Tapi mereka ini tetap setiap kerja. Ada yang lebih 7 tahun masih setia.

Saya buat salary adjustment. Kurangkan profit, rombak tadika dari Malay base to Islamic base yang akhirnya jadi Brainy Bunch pada tahun 2010. (cerita nie panjang, nanti tunggu buku lah).

Pada tahun 2008 saya dan Affandi lancarkan Program Rakaniaga MyNasiLemak. Itu lah projek pertama yang mula offer peluang bisnes kepada orang ramai. Niat nak tolong orang berniaga tanpa modal besar. Kami bina kilang nasi lemak, supply nasi lemak ke peniaga lengkap dengan perkakas untuk part timer. Masa zaman arwah Pak Lah promote second income untuk government servant. Bekas niaga kami yang basuh. Arawah Aziz Desa bawa masuk untuk promote dalam TV 9. Percuma. Pakej RM 5k siap dengan kiosk stainless steel. Tapi tak lama. Kena saman, kena sita berulang kali buat saya fikir not worth it. Masa tuh tak ramai melayu mampu berniaga di shop lot. Sekarang kira not bad lah. Dulu boleh kira dengan jari kedai makan Melayu di shop lot.

Anyway, Brainy Bunch grew. Saya stop projek IT sebab tidak mahu terlibat dengan ‘Deal’ pembekalan IT kerajaan. Saya fokus besarkan BB demi anak yang membesar. Saya continue buka Sekolah Rendah Private sampailah dapat beli tanah dari PKNS pada harga RM 17 juta.
Tahun 2018 kami mula operasi sekolah antarabangsa di Cyberjaya. Bangunan yang dibina sendiri kurang 12 bulan hasil kerja kuat team yang diketuai oleh Haji Zul. Saya niatkan bangungnan ini milik Ummah. Mesti digunakan untuk manfaat Ummah. Jika program bukan for profit kami sediakan percuma. Banyak program, Ulama, NGO yang berjaya manfaatkan bangunan BB yang pahalanya kami niatkan agar sampai juga kepada Ibu Ayah, Aunties, Uncles dan staff Brainy Bunch. Kerana mereka lah kami berjaya grow.

Revenue masa tuh dah lebih RM 70 juta setahun. Semangat nak tolong orang Melayu membuak-buak. Staff BB dijaga rapi. Kami hantar mereka ke luar negara. Bercuti sambil belajar ke Perth, Melbourne, US. Hantar ramai untuk tunaikan Umrah. Naikkan Gaji minima. Ada yang mula fresh SPM naik jadi manager. Ramai juga dah capai Gaji lebih RM 5,000. Elaun kereta. Cash insentive. Semua oklah. Alhamdulillah!

Niat saya di Brainy Bunch, kita kena sediakan suasana amal agam sempurna untuk anak-anak Brainy Bunch bila mereka dewasa nanti. Jadi pemikiran yang saya ada kita tak boleh stop hanya dengan Brainy Bunch. Pada masa yang sama, saya melihat Ibu Ayah yang struggle dengan kewangan. Yang berniaga susah nak grow. Funding dan Market access limited. Saya nak sediakan ekosistem ekonomi yang benar-benar jaga agama apabila anak-anak BB jadi dewasa ini.
Saya launch Free Education offer untuk raise fund dan beri peluang parents jimat fees sekolah anak. Saya juga buat program Ayuh Bangkit. Free Business Coaching untuk usahawan sampai lah saya melihat data yang scary untuk negara. RM 110 Bilion saiz pasaran runcit, Bumiputera hanya dapat 8% sahaja. 32% non Bumi dan 60% dikuasai oleh syarikat asing!

Ya, we are talking retail spending! Jual beli keperluan harian dan bulanan! This foreign company benefits directly dari belanja harian kita. Di Ayuh Bangkit 3 saya bentangkan idea Malakat Mall. Bina Pasar yang tiada sewa! Hanya Revenue sharing. Dengan KOPPIM diserahkan kepada saya oleh Toqqi. Dari 60 ahli tidak aktif hingga 28k ahli dalam tempoh kurang 1 tahun. Malakat dilancarkan pada 13 Mac 2020 tapi sempat melihat sedikit kejayaan. 4 hari lebih 24,000 pengunjung. Di awal penubuhan Malakat saya tawarkan kepada rakan-rakan usahawan dalam BRO. Bumiputera Retailer Organisation yang ada all the big Malay retail brand. Malakat bukan pasar untuk orang Islam sahaja. Kami allocate 20% untuk non Muslim tapi no takers.The big brand tak minat nak datang. Hanya Dato Amer Mydin yang support. Dia amik 2 lot buat clearance items. Dia bayar sewa. Jadi kami terpaksa bina lebih 30 jenama untuk siapkan Mall.

Semua simpanan wang digunakan untuk Malakat dengan keyakinan akan berjaya. KOPPIM own 30% dan 70% saya. 5 Solat didirikan setiap hari. Produk Bumi memenuhi Malakat Grocer (asalnya Raudhah Grocer) tapi hanya 4 hari. PKP hari ke 5. Kami yang baru hire lebih 500 staff untuk lebih 30 kedai dan jenama stuck. Gaji tak dipotong. Tetap setiap gaji dibayar.
Covid dan PKP memusnahkan semua asas kewangan yang saya ada. Brainy Bunch recovered tapi masih tak cukup nak selesaikan tunggakan KWSP sederap.

Semasa PKP banyak usaha baru yang saya cuba usahakan. Tapi semua tak berjaya. TeaAmo berjaya dapat dana tapi PKP berterusan. Sambung lagi dengan darurat. Buka tutup. Buka tutup balik.

By the time market open we have not much left. Duit habis. Saya pindah ke Turki. Bina bisnes di sana. Masa inilah saya diperkenalkan kepada QM. Saya tahu ramai yang nak tahu cerita QM saya.

Saya join sebagai customer. Bukan agen. Bisnes tak ada. BB pun collection drop to 50%. Dengan modal yang ada buatlah jual beli Emas QM. Saya pun takut kena scam. Tapi setiap kali jual duit masuk almost immediate. We made millions from QM as a customer. Masa perang Ukraine meletus saya masih di Turki. I’ve sold everything i have in QM dan berjaya untung berjuta jual emas.

Then Malaysia dah mula buka balik the ekonomi. Kami sekeluarga p**ang balik Malaysia dan masa itu barulah saya tahu tentang income komisyen sebagai ahli QM. Masa itu mestilah saya percaya coz i’ve made millions as investor in QM. Check dengan Bank Negara, dan semua badan undang-undang semua kata legit. Walaupun begitu saya percaya yang kita tidak sepatutnya letak kepercayaan 100%. Saya always educate my team ambil risk yang kita sanggup hilang sebab ini syarikat sdn bhd. Anything can happen. Sampai lah bila QM mula buat perkara yang melebihi kemampuan mereka. Dari Platoform jual beli nak jadi Bullion Bank sendiri. Inilah punca QM gagal. Dan ramai yang sangkut modal mereka ketika QM switch dari jual Emas milik Bullion Bank lain ke menjual Emas milik Bullion Bank mereka yang tidak lagi mengikut apa yang mereka tawarkan dahulu.

Saya tak rugi apa-apa dalam QM sebab semua modal dah dapat balik. Tapi ramai juga yang baru join guna modal baru yang belum sempat beri p**angan.

QM bukan milik saya tapi saya tetap ingin ambil tanggungjawab. Jika anda berada dalam team saya dan rugi modal dalam QM, saya akan cuba bantu anda dapatkan balik modal anda. (isi borang yang saya akan buat di komen nanti) Ianya akan ambil masa tapi yakinlah saya tetap akan usaha sampai anda dapat balik modal anda. Team lain kena tanya leader anda lah.

Sebab apa? Niat saya nak bantu orang. Bukan nak ambil kesempatan dari kesusahan orang lain.

Hutang RM 100 juta, kenapa banyak sangat hutang? Tak pandai berniaga tak payah lah susahkan orang lain. Ini kata some of the haters. Takpa lah mereka tak tahu.

Hutang ini banyaknya hutang hartanah. RM 38 juta baki hutang bangunan Brainy Bunch dan 2 tanah Tadika di Ampang dan Putrajaya. Selebihnya shop lot dan hutang 20juta EPF.

Sekarang baki semua hutang dalam RM 89 juta. Nilai Bangunan sekolah saya adalah RM 100 juta. In normal business situation saya boleh refinance. Tapi oleh kerana komen negatif social media, pihak bank takut nak bagi financing. Saya tetap di label sebagai high risk walaupun miliki cash flow business lebih 100 juta.
Pelaburan KOPPIM di Malakat Mall memang telah hangus. Saya rugi lebih RM 100 juta di Malakat Mall. KOPPIM hilang Rm 20juta.

Tapi saya akan terus usaha untuk p**angkan balik pelaburan KOPPIM. Saya telah offer share sekolah Brainy Bunch sebagai ganti pelaburan KOPPIM yang hangus di Malakat Mall. Pihak ALK memerlukan AGM untuk memutuskan tawaran saya.

Setiap ringgit yang pernah dilaburkan kepada bisnes saya akan saya p**angkan Saya cuma minta masa dan beri saya peluang untuk bina semula semua bisnes yang sedang dan yang akan usahakan.

Jika pun tidak mahu menyokong, janganlah minta orang ramai memboikot p**a. Di Brainy Bunch ada lebih 1,300 pekerja. Di Ahmads yang kini kami pemegang 100% saham memiliki lebih 200 pekerja.

Saya ambil tanggungjawab atas semua yang berlaku. Jika saya berhutang saya akan p**angkan semuanya. Untuk QM walaupun bukan syarikat saya, saya akan usahakan sampai berjaya dapatkan balik modal yang hilang (lepas tolak untung yang dah dapat) sampai berjaya untuk team dibawah saya.

Terima kasih kerana berjaya membaca sampai habis. Mohon doa dan sokongan semua.

Coach Fadzil
Yang Terus Berusaha

[FOR SALE] Building 3 storey mall at Cyberjaya Jalan PerdanaFreehold OpenTotal gross floor 165,000 sqft1,200 carpark bay...
26/10/2024

[FOR SALE]

Building 3 storey mall at Cyberjaya Jalan Perdana

Freehold Open
Total gross floor 165,000 sqft
1,200 carpark bays
Ceiling height 14.8'
Kitchen exhaust system
Centralise air conditioning system.

Ground floor : 11 unit shops + lobby
1st floor : 11 unit shops
2nd floor : 10 unit shops
3rd floor : rooftop , office , surau. ( 32,200 sqft)

Suitable for IT mall, International colleage, office space. Shopping mall.

=======================
Asking price RM 90,000,000
=======================

Can open for rental.

For Viewing, Please Contact :

Raziq The Realtor : https://www.wasap.my/60182515750/3StoreyMallJalanPerdanaCyberjaya
IQI Realty

TEMPAT SUJUD LAGIKAN DIKENANG..JUGA TEMPAT PERJUANGAN DI HATI YANG TAK AKAN MATI ( BMF DAILY BMF Territory )

Malakat Mall - Koperasi PPIM Members
Malakat Mall - Koperasi PPIM Members Group

31/07/2024
31/07/2024
31/07/2024
31/07/2024

Address

Malakat Mall Lingkaran Cyber Point Timur
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malakat Mall - Koperasi PPIM Members posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share