SRI AlMunawarrah

SRI AlMunawarrah Sekolah Rendah Islam Al Munawarah (SRI AlMunawarrah) telah ditubuhkan pada Tahun 1998.Perletakan Bat

๐ŸŒ™ TABUNG DANA PEMBANGUNAN ๐ŸŒ™Sekolah Rendah Islam Al-MunawwarahAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Bersempena dengan...
25/05/2026

๐ŸŒ™ TABUNG DANA PEMBANGUNAN ๐ŸŒ™
Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersempena dengan Hari Arafah, hari yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala yang besar, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini untuk meningkatkan amal kebajikan.

Pihak sekolah sedang mengadakan Tabung Dana Pembangunan bagi menyokong keperluan serta pembangunan Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah demi keselesaan dan masa depan anak-anak kita.

Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat yang berterusan dan diberkati Allah SWT.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan dengan mudah melalui imbasan QR DuitNow yang disediakan.

๐Ÿคฒ Semoga segala amalan kita pada hari yang mulia ini diterima dan dilipatgandakan ganjarannya.

โ€œSedekah tidak akan mengurangkan harta, bahkan menambah keberkatan.โ€

Sekian, terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.

PENDAFTARAN TAHUN SATU SESI 2027SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MUNAWWARAHAssalamualaikum dan salam sejahtera,Didoakan Ibubapa s...
25/05/2026

PENDAFTARAN TAHUN SATU SESI 2027

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MUNAWWARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Didoakan Ibubapa sentiasa dalam rahmat Allah.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu 2027 telah dibuka.

2. Permohonan adalah melalui online atau walk-in ke sekolah.

LINK PENDAFTARAN
https://asis.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=asis0001

3. Sila baca syarat-syarat permohonan dengan teliti, dan sertakan

Dokumen-dokumen berikut kepada email sekolah

๐Ÿ“ง [email protected]
atau hantar terus dokumen berikut ke pejabat sekolah.

โœ… Sijil kelahiran/Sijil Anak Angkat pemohon ( *anak yang lahir 1/1/2020 hingga 1/1/2021 sahaja* )
โœ…Mykid pemohon
โœ…Mykad Bapa/ Penjaga pemohon
โœ…Mykad Ibu/Penjaga pemohon
โœ…Gambar berukuran passport

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi/whatsapp pejabat sekolah
*(waktu pejabat 8 pagi - 2.00 petang ; ISNIN - JUMAAT sahaja)* ditalian

๐Ÿ“ž 06-5553458 (Pejabat)
๐Ÿ“ž 010-2324655 (Puan Noriah)
๐Ÿ“ž 016-6020332 (Puan Mirani)
๐Ÿ“ž 013-6258701 (Teacher Ummi)

Harap maklum. Sekian, terima kasih

Alhamdulillah pada 21/5/2026 (Khamis)Pihak sekolah telah mengadakan program Haji dan Umrah Cilik Terima kasih kepada pen...
25/05/2026

Alhamdulillah pada 21/5/2026 (Khamis)
Pihak sekolah telah mengadakan program Haji dan Umrah Cilik

Terima kasih kepada penceramah kita Ustaz Abdul Wafi bin Abdul Aziz (Mutawwif KUJDT Travel)
Moga perkongsian ini dapat membantu pelajar memahami lebih mendalam mengenai program Haji dan Umrah Cilik ini.

๐ŸŒธ SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2026 ๐ŸŒธ๐Ÿ“… Tarikh: 4 Mei -  13 Mei 2026๐Ÿ“ Dari: Warga SRI AL-MUNAWWARAHSemoga se...
03/05/2026

๐ŸŒธ SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2026 ๐ŸŒธ

๐Ÿ“… Tarikh: 4 Mei - 13 Mei 2026
๐Ÿ“ Dari: Warga SRI AL-MUNAWWARAH

Semoga semua murid dapat memjawab dengan penuh fokus dan tenang.
Percayalah pada diri sendiri, berusaha bersungguh-sungguh, dan jangan lupa berdoa. ๐ŸŒŸ

๐Ÿ’ชโœจ Selamat maju jaya buat semua murid tahun ini!๐Ÿ‘
Warga SRI AL-MUNAWWARAH sentiasa mendoakan kejayaan kalian dunia dan akhirat. ๐Ÿ’š

30/04/2026

AllahuAkbar...SH2-44 dikenali sebagai Sharpless 44 atau IC 4701) adalah sebuah nebula pancaran (emission nebula) yang terletak dalam buruj Sagittarius, ia sangat luas. Objek ini tidak ada bentuk, ia adalah awan gas terletak antara bintang-bintang yang besar dan terdiri daripada hidrogen yang terion ( H II). Ia kelihatan berwarna merah terang terletak pada jarak sekitar 11,900 tahun cahaya dari Bumi,
Bayangkan keluasannya beratus trilion kilometer itu hanyalah satu titik kecil di bentangan langit, terasa betapa teramat sangat kerdil diri hamba di alam sementara ini. Ya Rabb, Kau telah perlihatkan tanda Keesaan, keagungan dan kekuasaanMu. Subahanallah.

ุฑุจู†ุง ู…ุง ุฎู„ู‚ุช ู‡ุฐุง ุจุงุทู„ุง ุณุจุญู†ูƒ ูู‚ู†ุง ุนุฐุงุจ ุงู„ู†ุงุฑ
ูˆุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู…

Alhamdulillah pada pagi ini sekolah telah mengadakan takzirah ringkas mengenai Aqil Baligh bagi pelajar tahap 2.Jumaat (...
24/04/2026

Alhamdulillah pada pagi ini sekolah telah mengadakan takzirah ringkas mengenai Aqil Baligh bagi pelajar tahap 2.
Jumaat (24/4/2026)

Moga perkongsian ilmu ini dapat membantu pelajar untuk mengenal proses aqil baligh dengan lebih baik.๐Ÿ˜„๐Ÿ‘

*KEM CELIK JAWI SIRI 1*Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhDimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan Progr...
10/03/2026

*KEM CELIK JAWI SIRI 1*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan Program Kem Celik Jawi pada:

๐Ÿ“… Hari: Sabtu | 7 Januari 2026
๐Ÿ•˜ Masa: 8.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: SRI Al-Munawwarah

Moga dengan adanya program ini dapat membantu pelajar dalam mempelajari jawi dengan baik.

Objektif:

1.Membantu murid mengenal dan menyebut huruf2 Jawi dgn betul.

2.Boleh menulis perkataan dan ayat mudah ( 2 sukukata) dgn kemas dan betul.

3.Meningkat kemahiran membaca sukukata dan ayat mudah dlm tulisan Jawi.

4.Memupuk kesedaran murid bahawa tulisan Jawi merupakan warisan budaya yg perlu dipelihara.

2 Februari 2026 | IsninMajlis Watikah Pemimpin Murid SRI Al-Munawwarah 2026/2027Pada 2 Februari 2026, Sekolah Rendah Isl...
02/02/2026

2 Februari 2026 | Isnin

Majlis Watikah Pemimpin Murid SRI Al-Munawwarah 2026/2027

Pada 2 Februari 2026, Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah telah mengadakan Majlis Watikah Pemimpin Murid bagi sesi akademik 2026/2027. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada barisan pemimpin murid yang terdiri daripada:

๐Ÿ“Œ Pengawas Sekolah
๐Ÿ“Œ Pengawas Perpustakaan
๐Ÿ“Œ Ketua & Penolong Ketua Kelas

Turut hadir bagi menyempurnakan majlis ini ialah pegawai polis Sarjan Fadzli Bin Khalid (Timbalan Ketua Balai Polis Durian Tunggal), yang memberikan amanat serta peringatan kepada murid-murid tentang kepimpinan, disiplin, dan tanggungjawab.

Semoga para pemimpin murid yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain. Tahniah dan selamat menjalankan tugas!



Majlis Penutup Minggu Transisi Tahun 1 202623/1/2026
26/01/2026

Majlis Penutup Minggu Transisi Tahun 1 2026
23/1/2026

Address

Kg Pulau
Durian Tunggal
76100

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60102395961

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRI AlMunawarrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share