Maktabah Dimasyq

Maktabah Dimasyq Kami membantu mencadangkan anda senarai buku patut milik bersesuaian dengan keperluan dan bajet secara PERCUMA.

Maktabah Dimasyq adalah satu perniagaan dan perkhidmatan untuk memudahkan para pendidik dan pencinta ilmu Islam di daerah Tampin dan khususnya di Gemencheh memperolehi bahan-bahan bacaan terbaik dan berkualiti , in sya ALLAH. Maktabah Dimasyq bukan sahaja menawarkan khidmat jualan kitab dan Bahan Bantu Mengajar untuk pendidikan Islam, bahkan menawarkan konsultasi PERCUMA yang berkaitan kitab dan b

uku untuk sesiapa sahaja ( keluarga, sekolah rendah, sekolah menengah, surau, masjid ). Maktabah Dimasyq menjadikan kedai YAZRI MURNI ENTERPRISE berhadapan SEK MEN DATO TAHA di Pekan Gemencheh sebagai premis jualan utama.

23/02/2025
Diskusi Kitab : Adab-adab Menjadi Imam
11/02/2025

Diskusi Kitab : Adab-adab Menjadi Imam

Israk Wal Mikraj
11/02/2025

Israk Wal Mikraj

AlHamdulILLAH.Selesai hantar buku SIMULASI UPKK terbitan PUSTAKA NADWA ke Sekolah Kebangsaan Intan Perdana Port Dickson....
26/06/2024

AlHamdulILLAH.

Selesai hantar buku SIMULASI UPKK terbitan PUSTAKA NADWA ke Sekolah Kebangsaan Intan Perdana Port Dickson. JazakALLAHu khoiran Ustaz Adam Zurairi serta para Asatizah KAP yang sudi berurusan sebentar tadi.

Bagus ke buku SIMULASI UPKK ini ? :)

AlHamdulILLAH, selesai menghantar pesanan buku-buku berkaitan UPKK yang dibeli Ustaz Ridzuan KAP SK Undang Rembau. Jazak...
26/06/2024

AlHamdulILLAH, selesai menghantar pesanan buku-buku berkaitan UPKK yang dibeli Ustaz Ridzuan KAP SK Undang Rembau. JazakALLAHu khoiran atas kepercayaan membeli Buku Latihan & Pentaksiran serta buku UPKK.

Said Muhammad
PECUTAN AWAL UPKK 2024

Membaca adalah satu kenikmatan pencinta ilmu. Membaca di usia muda memberi kekayaan (kaya bahasa, kaya info, kaya masa b...
27/11/2023

Membaca adalah satu kenikmatan pencinta ilmu. Membaca di usia muda memberi kekayaan (kaya bahasa, kaya info, kaya masa berfaedah).

Berikut adalah buku-buku cadangan untuk bacaan anak -anak dari umur 7 tahun hingga 20 tahun. Jika umur 50 tahun nak baca pun tiada masalah.

BOLEH TEKAN PAUTAN DI RUANG KOMEN

https://blink.onpay.my/order/form/AKADEMIA/36

https://blink.onpay.my/order/form/PreOrderImpiana/36

https://blink.onpay.my/order/form/KOTAKHADIAHBLINK/36

https://blink.onpay.my/order/form/SEAGAMA/36

https://blink.onpay.my/order/form/MERDEKA/36

https://blink.onpay.my/order/form/IMPIANA/36

https://blink.onpay.my/order/form/FAKTAPEDIA/36

https://blink.onpay.my/order/form/KOMIKGAZAASILALACARTE/36

https://blink.onpay.my/order/form/PAKEJKOMIKGAZA/36

https://blink.onpay.my/order/form/KhusyukSolat/36

Kami bungkus dan pos buku dari gudang kami di Nilai, Negeri Sembilan.  Setiap pembelian akan dibuat penghantaran pada keesokan harinya. (Kecuali Sabtu dan Ahad)

Assalamu'alaikum wa RahmatuLLAH,Saya nak tawarkan tuan-tuan set buku komik sejarah ini untuk bacaan seisi keluarga.GAZA ...
12/11/2023

Assalamu'alaikum wa RahmatuLLAH,

Saya nak tawarkan tuan-tuan set buku komik sejarah ini untuk bacaan seisi keluarga.

GAZA - 8 buah komik bersiri tentang perjuangan Palestin.

ASIL - 3 buah komik bersiri tentang Kerajaan Islam terakhir di Dunia, Turki Uthmaniyyah.

Komik ini menjadikan pembacanya menekuni sejarah dengan FAKTA dalam bentuk santai dan menarik.

Hanya RM 134.60 untuk 11 buah buku bernilai. Stok sangat terhad.

Cepat beli sebelum terlambat.

Boleh jadikan hadiah buat anak anak untuk selepas UPKK nanti.

Boleh juga beli 1 unit sahaja dulu sebagai percubaan.

*Jika dah pernah beli, boleh beli Siri yang belum ada ya* 😊

31/07/2022

Khabar gembira buat para pentadabbur dan pengkaji tafsir ayat al-Qur’an. Cetakan ke-3 dan terkini beserta tambahan terbaru untuk kitab موسوعة التفسير المأثور yang merupakan kitab ensiklopedia terbesar yang menghimpunkan Tafsir Nabi, para Sahabat dan Tabi’en dan Tabi’ Tabi’en yang disandarkan terus kepada kitab sumbernya yang asal.

Bahkan, turut disertakan bersama Tafsir ini adalah Ta’liqat 5 Pentahqiq terkemuka dalam bidang ilmu Tafsir.

Kitab ini disediakan oleh pasukan Markaz adDirasat wal Ma’lumat Qur’aniyyah di Ma’ahad al-Imam asy-Syatibi dan pasukan ini diselia oleh أ.د. مساعد بن سليمان الطيار yang merupakan Pensyarah Pengajian al-Qur’an di Universiti Malik Sa’ud di Riyadh.

Kitab ini adalah cetakan Dar Ibn Hazm, Beirut.

Menariknya , kitab ini adalah satu kitab Tafsir yang menghimpunkan 64,384 Athar Tafsir berdasarkan lebih 1000 kitab bercetak. Jilid pertama kitab ini adalah Madkhol yang berfungsi sebagai kunci bagi memanfaatkan keseluruhan kitab, manakala jilid ke 24 adalah alFaharis.

Istimewanya untuk cetakan ketiga ini, satu jilid tambahan iaitu jilid ke 25 telah disertakan dengan tajuk al-Mustadrak ‘ala Mausu’ah atTafsir alMa’thur sebagai pelengkap dan tambah baik kitab.

Ringkasnya, kesemua 25 jilid kitab ini dijual dengan harga RM 2,290.00 sahaja.

Hubungi kami via WhatsApp untuk dapatkannya +60192377240

19/07/2022

*LENSA MEMORI BERSAMA DR ABDUL MALEK 'ABDURRAHMAN AS-SA'DI* penulis kitab البدعۃ في المفهوم الاسلامي الدقيق
oleh Said Muhammad Jamaluddin bin Imbichi Koyar (2002-2009, Mu'tah)

*Anekdot 1*
Minggu pertama saya di Jordan, saya dan rakan-rakan dipelawa senior ikuti pengajian talaqqi bersama seorang 'Alim terkenal di Universiti Mu'tah yang merupakan mantan M***i Iraq.

Terkesima seketika tatkala melihat Ulamak ini yang datang ke rumah pelajar Malaysia untuk mengajar bukan sebaliknya. Beliau pernah mengulas ringkas kepada kami tatkala ditanya tentang pepatah *ILMU ITU DIDATANGI BUKAN MENDATANGI KITA*. Ujar beliau, pepatah ini bukan merujuk kepada situasi kamu.

*Anekdot 2*
Rumah pelajar Malaysia yang menjadi lokasi bertalaqqi bersama beliau terletak di tingkat 2. Dr. 'Abdul Malek asSa'di tidak pernah sekali pun mengeluh menaiki tangga untuk mengajar kami walaupun sebelah kakinya menanggung sakit.

Kami pernah bertanya simpati tentang kakinya, jawabnya sambil tersenyum : Ini kesan hukuman di penjara Iraq kerana menegur pemerintah.

*Anekdot 3*
Di kelas pertama bersama beliau, saya mengalami kesukaran memahami tutur bicara Dr. Seorang senior yang budiman, Ustaz Zharif rahimahuLLAH telah berkongsi satu tips. Beliau menegaskan bahasa Arab Dr. sebenarnya mudah difahami cuma agak laju sebutannya untuk pendengaran kita yang baru berada di Tanah Arab.

Justeru, beliau menunjukkan perakam kaset beliau yang digunakan semasa kuliah Dr. sebelum itu. Perakam beliau mempunyai fungsi 2x Speed dan Slow Motion.

Ternyata apabila kami memilih Slow Motion, semua butir bicara Dr jelas kedengaran dan mudah difahami.

*Anekdot 4*
Dr pernah menceritakan tentang keluarganya. Beliau menyatakan bahawa Datuknya dari dahulu keluar rumah dan sehingga kini tidak pernah pulang. Kami ketawa kerana jangkakan Dr bergurau.

Rupa-rupanya datuk Dr telah menyertai Perang Dunia I dan termasuk di kalangan tentera yang hilang di medan perang.

*Anekdot 5*
Kelas talaqqi mingguan kami bersama Dr adalah secara PERCUMA. Dr sangat bertegas untuk tidak menerima sebarang hadiah seusai kelas walaupun kuih. Beliau menegaskan memadai gaji yang diterimanya di Universiti. Biarlah gaji kelas Talaqqi dibayar ALLAH pintanya.
.. nantikan sambungannya

MERIAHKAN PENGHUJUNG RAMADHAN DENGAN TINTA EMAS ULAMAKPernah tak rasa menyesal bila balik dari Tanah Syam atau Ardhu Kin...
24/04/2022

MERIAHKAN PENGHUJUNG RAMADHAN DENGAN TINTA EMAS ULAMAK

Pernah tak rasa menyesal bila balik dari Tanah Syam atau Ardhu Kinanah tapi ada banyak kitab atau Kutaib yang kita tak sempat beli ?

Bila di Malaysia nak cari dah la susah, nak kirim pun bukan mudah. Baca secara atas talian tak senikmat membelek helaian kertas dengan bau kitab yang unik tu.

JANGAN RISAU, KAMI SYAWARMA BOOKS ADA SOLUSINYA. KITAB-KITAB SENARAI DI BAWAH TELAH PUN ADA DI MALAYSIA 🙂

Anda hanya perlu :-

1️⃣ Klik salah satu pautan di bawah.
2️⃣ Nyatakan buku pilihan anda berdasarkan senarai di bawah.
3️⃣ Buat bayaran penuh pada no akaun yang diberi.
4️⃣ Tunggu kami beri e-resit bayaran rasmi dan dalam tempoh 10 hari bayaran dibuat, kitab akan sampai ke pintu rumah anda in sya ALLAH.

INGAT ! SELAGI STOK MASIH ADA.

Nak beli tapi bajet bulan ini tak cukup, lambat beli takut melepas. Jangan risau, kami telah fikirkan cara untuk bantu anda.
Jika berminat, cepat mesej kami :-

Ustaz Said :
http://www.wasap.my/60192377240/NakBeliKitabArabdiMalaysia

Ustaz Affuan :
http://www.wasap.my/60104404242/NakBeliKitabArabdiMalaysia

Business Account

Assalamualaikum wa RahmatuLLAH. Promosi kitab terbaik dan sukar diperolehi dengan harga berpatutan dan penghantaran dala...
19/04/2022

Assalamualaikum wa RahmatuLLAH.

Promosi kitab terbaik dan sukar diperolehi dengan harga berpatutan dan penghantaran dalam masa terdekat. Hubungi kami secepat mungkin !!!

Address

NO 14, Jalan NURI INDAH 2, TAMAN NURI INDAH
Gemencheh Bahru
73200

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60192377240

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktabah Dimasyq posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Maktabah Dimasyq:

Shortcuts

Share