HANA Boutique

Call Directions Contact the business

HANA Boutique Kepakaran saya adalah menyediakan pakaian yang menutup aurat anda dgn sempurna & selesa. Khidmat COD

07/09/2021

Jom.....cuci mata

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.Sedikit sharing pagi ni. Ada waktu kita dapat Nikmat ucap Alhamdulilah Ala Kulli ...
06/09/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Sedikit sharing pagi ni.

Ada waktu kita dapat Nikmat ucap Alhamdulilah Ala Kulli Hal. 🤲😍

Ada waktu kita dapat musibah, ucap Alhamdulilah Ala Kulli Hal. 🤲😍

Allah selalu mengingatkan kita dunia ni tidak kekal dan kita ni manusia biasa. Allah mendidik jiwa kita dengan musibah.

So, setiap kali ada nikmat dan musibah kena sentiasa ucapan Alhamdulilah Ala Kulli Hal 😍

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 😍Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dalam Syarah Riadussolihin, ketika mem...
05/09/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 😍

Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dalam Syarah Riadussolihin, ketika membahaskan bab sabar menyatakan bahawa terdapat empat keadaan manusia dalam menghadapi ujian atau musibah daripada Allah.

1- Enggan menerima
2- Sabar
3- Redha
4- Syukur

Peringkat paling rendah ialah yang pertama. Ia merujuk kepada hati yang mula bersangka buruk dengan apa yang Allah takdirkan. Mula berfikir yang bukan-bukan tentang Allah. Hatinya mula mempersoalkan keadilan Allah. Lisannya p**a mula mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan ketidak redhaan kepada apa yang Allah putuskan. Manakala tubuh badannya p**a melakukan perbuatan-perbuatan yang mula merosakkan diri seperti enggan makan berhari-hari, memukul-mukul dan meronta-ronta.

Peringkat kedua daripada bawah ialah sabar. Hatinya masih membenci musibah yang menimpa, dia berasa sedih, kecewa, dan sakit di atas musibah yang menimpa. Tetapi hatinya tidak pernah menyalahkan Allah. Tidak p**a hatinya berbisik bahawa Allah tidak adil. Lisan dan anggota tubuhnya terkawal daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan syara’ disebabkan musibah itu. Seorang mukmin, sewajarnya memastikan, inilah tahap paling rendah yang dia berada padanya. Jangan sehingga sampai terdetik sedikit di dalam hati prasangka buruk kepada Allah.

Peringkat kedua terbaik ialah redha. Ini merupakan satu peringkat yang sangat sukar dilakukan, tetapi ia menzahirkan sifat keimanan kepada qadha dan qadar Allah. Redha sehingga hatinya terbuka menerima ujian Allah. Seolah-olah tiada apa-apa yang buruk yang telah berlaku. Akan tetapi ini bukanlah peringkat yang terbaik .

Peringkat yang terbaik ialah syukur. Ini merupakan satu kedudukan yang sangat sukar dicapai. Di mana seorang insan, berasa gembira dan bersyukur apabila diuji, sehingga ucapan yang keluar daripada mulutnya ialah ucapan manusia yang menerima nikmat iaitu Alhamdulillah.

Peringkat terbaik ini bukanlah sesuatu yang mustahil dicapai. Seorang insan yang memahami bahawa setiap ujian itu mendatangkan pahala, dan menghapuskan dosa, mereka akan bersyukur dan mengucapkan tahmid tatkala diuji. Apakah nikmat yang lebih besar daripada pahala dan penghapusan dosa, yang mana penghujungnya ialah syurga dan dijauhkan daripada neraka.

Pasti, untuk mencapai tahap ini, memerlukan satu keimanan dan penghayatan yang kuat kepada maksud-maksud ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Semoga Allah menjadikan kita manusia bersyukur tatkala ujian menimpa diri kita.

Salam semua, selamat pagi, salam jumaat ❤️Jangan lupa baca Al - Kahfi
03/09/2021

Salam semua, selamat pagi, salam jumaat ❤️

Jangan lupa baca Al - Kahfi

02/09/2021
Suit Zakiya direka khas buat penggemar suit labuh berseluar dengan gaya kasual minimal tetap tampil ayu dan sopan di sam...
01/09/2021

Suit Zakiya direka khas buat penggemar suit labuh berseluar dengan gaya kasual minimal tetap tampil ayu dan sopan di samping dapat menutup aurat dengan sempurna.

👉 Material: High Quality Heavy Como Crepe
( Tak jarang + Tak mudah berkedut + Memeri + Lembut + Mudah digosok )
👉 Saiz : SS – XXL
👉 Kategori warna: Sweet, pastel and bold
👉 Design baju: Design terkini belahan suit labuh dan menampakkan ilusi tinggi
👉 Design seluar: Design seluar potongan lurus yang menampakkan ilusi tinggi dengan pinggang fully getah.

Istimewa ✨
✅ Rekaan ringkas puff comel pada bahu yang dijahit kemas dan cantik
✅ Mesra wuduk dengan rekaan lengan cuff cekak berzip yang mudah dibuka
✅ Rekaan belahan pada bahagian sisi dan depan bawah baju untuk memudahkan pergerakan si pemakai
✅ Mesra menyusu dengan zip sembunyi di hadapan
✅ Ada poket dikiri dan kanan
✅ Ada span di bahu
✅ Si pemakai akan kelihatan lebih elegan, classy dan cantik terpesona
✅ Sesuai dijadikan pakaian harian dan boleh digayakan ke semua majlis.

*Tiada dat
*Color may differ due to indoor lighting studio
*Order process in 7 -10 working days

https://wa.me/c/60164762164


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-64Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik ...
31/08/2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-64

Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik Covid-19, tanpa usia dan bangsa!

Semangat “Malaysia Prihatin” perlu disemarakkan dalam kehidupan kita untuk sentiasa semangat menyambut kemerdekaan walaupun di waktu yang sebegini.

Terima kasih Malaysia ❤️
We love you Malaysia 🇲🇾

🌺 SUIT SAFARRA 🌺Safarra Suit direka khas kepada yang inginkan gaya berseluar kasual minimal tetap tampil ayu dan sopan d...
27/08/2021

🌺 SUIT SAFARRA 🌺

Safarra Suit direka khas kepada yang inginkan gaya berseluar kasual minimal tetap tampil ayu dan sopan di samping dapat menutup aurat dengan sempurna.

👉 Material: High Quality Heavy Como Crepe
( Tak jarang + Tak mudah berkedut + Memeri + Lembut + Mudah digosok )
👉 Saiz : SS – XXL
👉 Kategori warna: Sweet, pastel and bold
👉 Design baju : Design terkini potongan baju labuh suit yang menampakkan ilusi kurus dilengkapi dengan belahan pendek pada kiri dan kanan baju memudahkan pergerakan si pemakai
👉 Design seluar: Seluar potongan lurus yang menampakkan ilusi tinggi dengan seluar fully getah mudah dipakai

Istimewa✨

✅ Dua welt pocket di hadapan baju untuk pelbagai guna
✅ Jahitan tengah yang kemas dan cantik
✅ Mesra wuduk dengan bukaan luas lengan cerut yang cantik
✅ Mesra menyusu dengan zip sembunyi di hadapan
✅ Ada span di bahu
✅ Ada dat di belakang
✅ Sesuai dijadikan pakaian harian dan mudah digayakan ke semua majlis

*Color may differ due to indoor lighting studio
*Order process in 7-10 working days

https://wa.me/c/60164762164


Assalamualaikum dan selamat pagi semua😍❤️"Setiap penyakit pasti ada penawarnya"Semoga Allah angkat wabak covid19 ni dari...
23/08/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua😍❤️

"Setiap penyakit pasti ada penawarnya"

Semoga Allah angkat wabak covid19 ni daripada kita semua🤲✨

Amin Ya Rabbal Alamin

Address

George Town

Telephone

+60164762164

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HANA Boutique posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HANA Boutique:

Shortcuts

Share