Cazter

Call Directions Contact the business

Cazter Cazter merupakan tempat service, membaiki dan khidmat nasihat tentang reel memancing

Braking Sistem Utama di dalam BaitcasterApa itu braking sistem? Apa tujuan ia dicipta dan kenapa banyak jenis braking si...
11/02/2024

Braking Sistem Utama di dalam Baitcaster
Apa itu braking sistem? Apa tujuan ia dicipta dan kenapa banyak jenis braking sistem pada baitcaster dipasaran?
Pernahkah tuan-tuan berfikir seperti ini, dahulunya saya juga berfikir sedemikian dan sekarang alhamdulillah sekarang dapat sedikit kefahaman tentang braking sistem ini.
Pertama sekali, seperti kita ketahui Backlash terjadi apabila pusingan Spool lebih laju dari penerbangan gewang.
Apabila berlakunya backlash yang teruk, mood nak memancing boleh menjadi spoil kerana reel tidak dapat digunakan disebabkan perlu meleraikan tali yang kusut pada spool dan boleh mengakibatkan kita terlepas opportunity/peluang pada moment yang baik.
Oleh sebab demikian, sistem braking pada reel telah dicipta untuk mengawal kelajuan Spool SELARI dengan penerbangan gewang disamping ianya boleh dilaraskan untuk pelbagai berat umpan bagi mendapatkan jarak balingan yang lebih optimum.
Terdapat empat jenis sistem braking utama yang biasa digunakan pada sesebuah baitcaster
1. Magnetic
2. Centrifuga
3. Digital Control (DC)
4. Dual Braking/Hybrid (gabungan centrifugal dan magnetic braking)

Keempat jenis braking ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dalam setiap cara balingan dan berat gewang yang efisien digunakan.
Nantikan saya ceritakan sedikit info tentang setiap jenis braking utama dalam baitcaster.
Adakah perkongsian ini memberi manfaat dan membantu rakan-rakan. Mohon bantuan untuk like page Cazter

Aksi Akrobatik Pemusnah Harapan Pemancing.Sering kali saya lihat pemancing terutama semasa fight ikan jenis s**a melompa...
04/10/2023

Aksi Akrobatik Pemusnah Harapan Pemancing.
Sering kali saya lihat pemancing terutama semasa fight ikan jenis s**a melompat, cara atau teknik kawalan ikan mereka agak kurang baik.
Kesan kawalan ikan yang tidak baik, akan menjadikan ikan kerap melompat di atas permukaan air dan mengakibatkan hook mudah lucut dari mulut ikan.
Antara teknik atau cara kawalan yang biasa saya gunakan untuk mengatasi masalah ini adalah:
1. elak ikan dari naik di permukaan dgn cepat
2. fight ikan dgn rendahkan rod kiri & kekanan
3. Pastikan line sentiasa tegang
dan juga penggunaan tali jenis monoline sedikit membantu(disebabkan suspension)
Ini adalah pendapat saya sendiri dalam kawalan ikan dan mungkin berbeza dengan angler diluar sana. Namun perbezaan pendapat saya terima dengan hati yang terbuka.
Komenkan pendapat anda tentang cara tuan- tuan dalam mengawal ikan seperti ini.
Saya Mohd Ariff dari Cazter

Setup:
Reel: Shimano Aldebaran BFS xg
Rod: Kuying Teton 3-8lb (Fast Action)
Mainline: Seahawk SOL 10lb
Leader : Daiwa J-Thread FC 30lb
Umpan : Udang Kopek

Assalamualaikum dan salam sejahteraSaya Mohd Ariff Adillah founder kepada CazterBerasal dari Kedah dan kini menetap di B...
04/10/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Mohd Ariff Adillah founder kepada Cazter
Berasal dari Kedah dan kini menetap di Bayan Baru, Pulau Pinang

Di mana kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah angler lain berkenaan dengan SERVICE dan REPAIR untuk peralatan memancing khususnya reel

Sekiranya anda yang berminat menggunakan perkhidmatan dari Cazter boleh DIRECT MESSAGE atau klik link dibawah

https://wa.me/message/XPWTICOW3BCDL1

Address

Bayan Lepas
George Town
11950

Telephone

+60138253318

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cazter posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cazter:

Shortcuts

Share

Category