Shop by mami yatie

Shop by mami yatie MIN KAFFE KOPI GARAM BULUH...
boleh wasap nombor ini utk sebarang pembelian 0125514446

18/09/2022

SALMON BAKAR & SOS LADA HITAM
=============================

Bahan Ikan
Ikan Salmon 1 keping
Serbuk lada hitam 2sb
Paprika 1sb
Minyak bijan 1sb
Minyak zaitun 1sb

Caranya:
Lumurkan semua bahan ke ikan..
Perap 2 jam..Pastu bakar

Bahan Sos Lada Hitam
Serbuk lada hitam 3sb
Oregano 1sk
Paprika 1sk
Sos Tiram 1sb
Kicap manis 1sb
Gula perang 1sb
Susu HL 5sb
Air 1/2 cawan

Caranya:
Campurkan semua sekali
masak hingga mendidih..Tambahlah
apa yg kurang ikut selera sendiri k..

Bila dah siap..Curahkan sikit sos
pada ikan yg telah dimasak..Siap πŸ˜€

Bismillah 😘😘😘

18/09/2022

RESEPI RED VELVET

Bahan A
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar@susu cair
1 biji telur GRED A
1 sk cuka makan
1 sk esen vanila
1/2 sb perwarna merah
( satukan dalam mangkuk , whisk kn sebati )

Bahan B
125gram gula castor
165gram tepung gandum
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk serbuk koko
( mix kn semua bahan ni , kacau guna sudu je , masukkan sikit2 dalam bahan A , whisk sebati )

, cara sy letak dalam mangkuk kecik saiz sq250 , sy timbang 100gram setiap satu mangkuk tu , kukus 15minit api besar , klu nak bakar pun boleh , ikut oven masing2 , tp jgn bakar guna mangkuk plastik sq250 ni plak , hancur nanti πŸ˜ƒ

RESEPI CREAM CHEESE ( cara sy )

125gram cream cheese
1/4cawan susu manis
1/4cawan whipping
1/4cawan susu segar@susu cair
( part ni kena guna mixer atau blender ok , mix cream cheese + susu manis sampai berkrim , masukkan whipping , mix sampai pekat , masukkan susu segar )

, jangan lupa letak cheddar cheese kt atas tuu , ok siap πŸ˜‰ tq pada yg share resepi nii , sy panjangkn resepi awa lg yee πŸ™‚ moga murah rezeki , aamiin

18/09/2022

*🌹RESEPI NASI BUQARI😍*

*Bahan-bahan*
3 pot beras - basuh dan toskan air

1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar

sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat

1/2 biji ubi kentang - potong dadu

bunga kobis - potong biasa

2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2

garam

sedikit aji nomoto jika s**a

*Bahan Menumis*
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia

1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang

bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

*Cara-cara*
Β· Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu

manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga

kekuningan, masukkan rempah campuran.

Β· Kemudian masukkan ayam dan sedikit air,

biar ayam Β½ masak, masukkan terung, ubi

dan bunga kobis, garam dan aji.

Β· Tambah air mengikut s**atan beras, bila

air mendidih masukkan beras.

Β· Masak hingga nasi masak sepenuhnya,

akhir sekali masukkan karet , kacau nasi

agar ia tidak melekat dan cantik

18/09/2022

*Bako Ubi*πŸ‘©β€πŸ³

Bahan
2 cwn ubi kayu yg sudah di parut (s**at dulu kemudian perah buang air)
1 cwn gula merah*
1 cwn air*
3 helai daun pandan *
-masak bahan bertanda *smp larut kemudian tapis(sejukkan)
-dlm loyang campurkan ubi dgn bahan2 yg di masak td, kemudian kukus smp masak (kukus 30 minit)

Kepala santan(sos putih)
1 cwn santan pekat (1 kotak)
1 cwn air
3 sudu besar tpg beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
-dlm periuk campurkan semua bahan di atas.. kacau dulu bg semua larut baru bukak api perlahan
-masak smp pekat

18/09/2022

RESEPI PASEMBOR

Cara Membuat Rojak / Pasembur
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)

18/09/2022

PETUA SAMBAL BELACAN

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma

Tips2
Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3
Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Petua 4
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal

Cara buat ikut urutan:

( kisar kasar bahan2 )
1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu😘

Kredit : Nurulain Insyirah

17/08/2022

Address

Taman Ria Mesra
Gurun
08300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shop by mami yatie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shop by mami yatie:

Share