Buku laku keras

Buku laku keras kami adalah penjual buku eksklusif mengenai sejarah islam alam melayu

*[ PAKEJ LENGKAP KEHEBATAN MELAKA 2020 ]*"Tuan/Cik Puan lakukan pembayaran BUKU sahaja""Postage *DITANGGUNG* sepenuhnya ...
18/06/2020

*[ PAKEJ LENGKAP KEHEBATAN MELAKA 2020 ]*

"Tuan/Cik Puan lakukan pembayaran BUKU sahaja"

"Postage *DITANGGUNG* sepenuhnya oleh Penerbit Alami"

*RM150 sahaja ‼️*
*RM150 sahaja ‼️*
*RM150 sahaja ‼️*

"PAKEJ LENGKAP KEHEBATAN MELAKA ini terdapat 12 ITEM ISTIMEWA"

Nilai harga sebenar *PAKEJ LENGKAP KEHEBATAN MELAKA* ini adalah *RM 404‼️* ..

Hanya perlu buat bayaran *RM 150 sahaja‼️* & akan menerima *PAKEJ LENGKAP KEHEBATAN MELAKA* ..

*Jika Tuan / Cik Puan bersetuju, kami akan teruskan cara pembayaran :*

Maklumat lanjut tekan link dibawah:

Https://wasap.my/601117922307/NewSetKomboKehebatanMelaka12Item

"APA MATLAMAT SEBENAR PORTUGIS DATANG KE MELAKA 1511"INILAH YANG MENJADI:"RAHSIA PENAKLUKAN MELAKA 1511""TEKNOLOGI KESUL...
21/05/2020

"APA MATLAMAT SEBENAR PORTUGIS DATANG KE MELAKA 1511"
INILAH YANG MENJADI:

"RAHSIA PENAKLUKAN MELAKA 1511"

"TEKNOLOGI KESULTANAN MELAKA MELAMBANGKAN KEHEBATAN MELAKA DI ZAMAN DAHULU"

"LAGI MENARIK SULTAN MUHAMMAD AL FATIH(Daulah Uthmaniyah) PERNAH BERHUBUNG DENGAN SULTAN MELAKA"
SIAPAKAH SULTAN ITU??

"Penerbit Alami Sdn Bhd tidak pernah mengecewakan"
Edisi kali ini buku yang penuh dengan infografik yang menarik dan gambaran yang jelas semasa penulis di lapangan.

PRE-ODER‼️
PRE-ODER‼️
PRE-ODER‼️

LAGI BEST‼️
"KAMI MEMBERI PROMOSI KEPADA 500 PELANGGAN TERAWAL"

>RM99 SAHAJA DAPAT TERUS 3 BUKU
>ANDA BUAT BAYARAN BUKU SAHAJA
POSTAGE SEGALANYA DITANGGUNG OLEH PENERBIT

"Penerbit Alami Sdn Bhd berurusan untuk keluarkan buku KOMBO ini.Tapi hanya dapat 500 unit sahaja"

SIAPA NAK JADI PELANGGAN 500 TERAWAL‼️

cepat klik link di bawah untuk pembelian:

http://www.wasap.my/+601117922307/POKehebatanMelaka

PROMOSI HEBAT!!!PROMOSI HEBAT!!!PROMOSI HEBAT!!!Di atas permintaan orang ramai, set KOMBO KEHEBATAN MELAKA telah kembali...
12/05/2020

PROMOSI HEBAT!!!
PROMOSI HEBAT!!!
PROMOSI HEBAT!!!

Di atas permintaan orang ramai, set KOMBO KEHEBATAN MELAKA telah kembali dengan tawaran yang SUPER DUPER BOMBASTIK!!!

Terhad untuk 500 set sahaja sehingga 15 JUN 2020.

kami memberikan harga yang teramat istimewa bagi sesiapa yang berminat.

RM 99 SAHAJA!!! FREE POS
RM 99 SAHAJA!!! FREE POS
RM 99 SAHAJA!!! FREE POS

Pre Oder KOMBO KEHEBATAN MELAKA.

500 set sahaja sebelum 15 JUN 2020.

Cepat tekan link ini untuk pembelian:-

http://www.wasap.my/+601117922307/Pre-OderKomboMelaka

Alhamdulillah....Pelanggan tersenyum gembira hari ni. Buku yang telah dibeli telah sampai ke tangan beliau. Syukur buku ...
11/05/2020

Alhamdulillah....

Pelanggan tersenyum gembira hari ni. Buku yang telah dibeli telah sampai ke tangan beliau. Syukur buku kami mendapat perhatian dan peminat yang ramai di seluruh malaysia.

Ayuh semua jadikan PKP ini luangkan masa untuk membaca.

Tekan link ini untuk mendapat promosi hebat dari PENERBIT ALAMI SDN BHD:-

http://www.wasap.my/+601117922307/PROMOSIHEBAT

KENALI PARA ULAMA KESULTANAN MELAKAMungkin ramai dari kalangan kita yang mengenali sultan dan pahlawan Kesultanan Melaka...
10/05/2020

KENALI PARA ULAMA KESULTANAN MELAKA

Mungkin ramai dari kalangan kita yang mengenali sultan dan pahlawan Kesultanan Melaka, tetapi berapa ramai yang mengenali para ulama Kesultanan Melaka? Berikut adalah senarai ulama-ulama Kesultanan Melaka yang saya himpunkan setakat ini:-

1) Sayyid Abdul Aziz
Beliau berasal dari Hijaz berkemungkinan dari Mekah atau Madinah. Kemudian dari pelabuhan Jeddah, beliau belayar ke Melaka bersama rombongannya untuk berdakwah. Beliau adalah ulama yang berjasa mengislamkan Parameswara, pengasas Kesultanan Melaka.

2) Maulana Jalaluddin
Seorang ulama yang rapat dengan Sultan Muzaffar Syah (Raja Kasim). Beliau menyelamatkan Sultan Muzaffar Syah dari terus terbuang dari istana oleh Raja Rokan. Beliau seterusnya membantu Sultan Muzaffar Syah mendapatkan kembali takhta Kesultanan Melaka dari Sultan Abu Syahid yang dipengaruhi Raja Rokan.

3) Sayyidi Arab
Beliau adalah ulama yang tinggal di Melaka zaman Sultan Muzaffar Syah. Nama sebenarnya tidak diketahui. Beliau terkenal sebagai seorang pemanah handalan dan sering membawa panah ke mana sahaja beliau pergi.

4) Syeikh Datuk Kahfi
Beliau dilahirkan di Melaka dan merupakan anak kepada Datuk Ahmad. Dari Melaka beliau belayar ke Tanah Arab untuk menuntut ilmu agama. Setelah itu, beliau berhijrah dan menetap di Gunung Jati, Cirebon. Beliau mendirikan sekolah pengajian (pesantren) di Gunung Jati dan membantu dakwah Sunan Gunung Jati.

5) Syeikh Ahmad Majnun
Syeikh Ahmad Majnun seorang ulama yang hidup di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Beliau telah wafat di Pengkalan Kempas, Linggi dikatakan dalam perjalanan ke sebuah tempat bagi tujuan berdakwah. Berdasarkan inskripsi pada batu bersurat yang terdapat di sisi makam beliau, Syeikh Ahmad Majnun wafat pada tahun 802 H bersamaan 1467 M.

6) Maulana Abu Bakar
Beliau adalah seorang ulama tasawuf. Beliau datang ke Melaka dari Mekah atas arahan gurunya iaitu Maulana Abu Ishak dan membawa satu kitab bertajuk الدر المنظوم. Kedatangan beliau di Melaka disambut dengan penuh gemilang oleh Sultan Mansur Syah. Di Melaka, beliau menganjurkan pengajian di istana dan menjadi guru kepada Sultan dan para pembesar Melaka.

7) Kadi Maulana Yusuf
Beliau adalah Kadi Kesultanan Melayu Melaka, jawatan dalam bidang agama yang tertinggi. Beliau adalah cucu Sayyid Abdul Aziz, pendakwah yang mengislamkan Parameswara. Beliau sangat dihormati oleh seluruh masyarakat Melaka termasuk sultan sehinggakan Sultan Melaka sendiri berjalan kaki ke rumahnya untuk menuntut ilmu.

8) Kadi Munawwar
Beliau adalah anak kepada Kadi Maulana Yusuf. Beliau dilantik menjadi Kadi Kesultanan Melaka oleh Sultan Mansur Syah setelah ayahnya mengundurkan diri dari jawatan tersebut. Antara kepakaran Kadi Munawwar ialah seni bermain beladau (sejenis golok) dan membuat periuk api dan mercun.

9) Sultan Ala’uddin Riayat Syah
Baginda merupakan Sultan Melaka ke-7 dan dikenali sebagai sultan yang adil dan soleh. Baginda seorang yang mahir dengan ilmu-ilmu agama di mana baginda juga sering memberi kuliah-kuliah agama kepada raja-raja di bawah naungannya dan kepada kaum kerabatnya. Pada batu nisannya tertera perkataan berikut:-

“Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Ala’uddin ibni Sultan Mansur ibni Sultan Muzaffar Syah. Rahmat dan kesejahteraan Allah barang terlimpah ke atas rohmu wahai wali Allah yang terpilih”

10) Maulana Sadar Jahan
Beliau seorang ulama Hijaz yang datang ke Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Beliau menjadi guru utama kepada Sultan Mahmud Syah dan kerabatnya disebabkan kealimannya. Beliau turut terlibat dalam perang Melaka Portugis 1511 malah peranannya dalam medan perang sangat ketara.

11) Syeikh Jailani Mendik Masab
Beliau lebih dikenali dengan nama Datuk Machap. Beliau ialah seorang ulama dan pahlawan Bugis yang berasal dari Makassar, Sulawesi. Beliau datang ke Melaka untuk berdagang sekitar tahun 1500 iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Keilmuannya dalam bidang agama dan ketinggian akhlaknya telah menarik perhatian Sultan sehingga beliau dilantik menjadi Imam Diraja. Ketika Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, Datuk Machap berjuang bersama-sama umat Islam di Melaka untuk mengusir Portugis dari Melaka.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

JASA HAJI ABDUL MAJID PADA KEBAJIKAN JEMAAH HAJI TANAH MELAYUHaji Abdul Majid bin Zainuddin telah dilantik menjadi Pegaw...
04/05/2020

JASA HAJI ABDUL MAJID PADA KEBAJIKAN JEMAAH HAJI TANAH MELAYU

Haji Abdul Majid bin Zainuddin telah dilantik menjadi Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1924 oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran British.

Sebelum kewujudan kapal wap yang pertama di Tanah Melayu iaitu kapal P. S Sesostris pada tahun 1841, jemaah haji di Alam Melayu kebiasaannya menumpang kapal-kapal layar pedagang Arab dari Yaman yang kebiasaannya berlabuh di Aceh.

Sebelum kewujudan kapal berenjin wap, pelayaran ke Jeddah dari Tanah Melayu memakan masa berbulan-bulan, bergantung pada kadar tiupan angin. Penggunaan kapal wap berjaya memendekkan tempoh pelayaran kepada sekitar 3 minggu sahaja.

Namun di sebalik kebaikan teknologi kapal wap itu, muncul p**a golongan kapitalis yang mengambil kesempatan. Kewujudan kapal wap menyebabkan ahli-ahli korporat Inggeris melihat perjalanan menunaikan haji sebagai 'lubuk' menjana keuntungan.

Dengan itu, syarikat-syarikat perkapalan Eropah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Mereka mengambil keuntungan dari membawa barang-barang dagangan yang diisi di bahagian bawah dek kapal dan membawa jemaah haji yang ditempatkan di bahagian atas dek kapal.

Kelemahan peruntukan Undang-undang dan penguatkuasaan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat menyebabkan syarikat-syarikat perkapalan ini sewenang-wenangnya membawa muatan dengan sangat penuh.

Kesannya jemaah haji Tanah Melayu bersesak-sesak di atas kapal. Tambahan p**a mereka terpaksa membawa peralatan untuk memasak termasuk kayu api. Ini menyebabkan ruangan dalam kapal sangat sesak.

Kesesakan yang berlaku juga menyebabkan jemaah susah untuk bergerak, malah ruang untuk solat juga susah diperolehi. Hinggakan ada jemaah haji yang terpaksa membuang air besar di tempat dia duduk. Keadaan ini menyebabkan mudahnya penyakit tersebar semasa pelayaran.

Melihat keadaan ini, Haji Abdul Majid giat menggesa Kerajaan Negeri-negeri Selat (British) untuk menjaga kebajikan jemaah haji. Beliau menggesa agar syarikat perkapalan menyediakan makanan kepada jemaah haji bagi mengelakkan kebakaran kapal dan kesesakan ruangan kapal.

Hanya pada tahun 1929, barulah Kerajaan Negeri-negeri Selat melaksanakan gesaan yang dibuat oleh Haji Abdul Majid sejak bertahun-tahun itu. Dengan itu, pada tahun tersebut digubalkan Merchant Ships Ordinance 1929 yang mewajibkan penyediaan makanan oleh syarikat-syarikat perkapalan kepada jemaah haji.

Haji Abdul Majid bin Zainuddin dari Puan Lotfiah binti Abdul Latif, cucu Haji Abdul Majid bin Zainuddin.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Penulis kitab :-

1. 10 Sahabat Dijamin Syurga
2. Miftahul Malayu
3. Raudhatus Salatin
4. Sultam Muhammad Al-Fatih
5. Teknologi Kesultanan Melaka
6. Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah & Kesultanan Melaka
7. Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Address

No. 6a, Hala Meru 11, Pusat Komersial Taman Meru 2B
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 09:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 00:00
Friday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00

Telephone

+601117922307

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buku laku keras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category