Bilèk Buku

Bilèk Buku terletak di Pasar Besar Ipoh menyajikan buku sejarah, sastera, seni, budaya & alam Melayu

Akhirnya, buku Mistik Teras & Kayu oleh tuan Abd Rahim Abu Hanipah (Karimon) diterbitkan kali kedua (2026). Naskhah ini ...
14/08/2026

Akhirnya, buku Mistik Teras & Kayu oleh tuan Abd Rahim Abu Hanipah (Karimon) diterbitkan kali kedua (2026).

Naskhah ini merungkai secara mendalam pelbagai jenis teras dan kayu yang secara turun-temurun dipercayai memiliki khasiat dan aura luar biasa serta digunakan dalam perubatan tradisional, aksesori dan sebagainya.

Tebal 348 halaman
Buku baru
Harga RM35
Kos pos RM8 (Semenanjung)

Dapatkan sekarang!

Untuk pembelian, klik pautan di bawah:
https://wa.link/xzkf56
https://wa.link/xzkf56

Sebelum wujud kedai fizikal BilèkBuku di Pasar Besar Ipoh pada hujung 2021. Penjualan buku sudah dijalankan melalui plat...
07/08/2026

Sebelum wujud kedai fizikal BilèkBuku di Pasar Besar Ipoh pada hujung 2021. Penjualan buku sudah dijalankan melalui platform FB iaitu Koleksi Buku Warisan Mistik Melayu secara 'suka-suka' sejak 2014 sebelum didftarkan atas nama Pustaka Buku Warisan. Bermula tahun 2020 giat mengusahakan penerbitan buku secara kecil-kecilan dan sehingga kini, terdapat enam naskhah buku telah diterbitkan.

Terima kasih buat wartawan Komkura, Syed Ahmad Fathi yang datang menemuramah.

Wartawan Komkura, Syed Ahmad Fathi menemuramah Hafiz Zainuddin yang...

Penggiat teater Ard Omar mengangkat karya Walid Ali untuk dipentaskan di Insider Satellite Ipoh pada 23 dan 24 Mei.
13/05/2026

Penggiat teater Ard Omar mengangkat karya Walid Ali untuk dipentaskan di Insider Satellite Ipoh pada 23 dan 24 Mei.

Bagi meneruskan misi mendekatkan masyarakat khususnya warga Ipoh dengan teater; sebuah lagi pementasan bakal menemui pen...
13/05/2026

Bagi meneruskan misi mendekatkan masyarakat khususnya warga Ipoh dengan teater; sebuah lagi pementasan bakal menemui penonton. Pada kali ini Ard Omar mengarahkan naskhah karya Walid Ali berjudul ‘Culik’ yang bakal berlangsung di Insider Satellite Ipoh.

Dapatkan tiket sekarang melalui pautan di bawah:
http://www.wasap.my/60172558059/TiketCulik




Penggiat teater Ard Omar mengangkat karya Walid Ali untuk dipentaskan di Insider Satellite Ipoh pada 23 dan 24 Mei.

Jika siang di Pasar Besar Ipoh, pada malam p**a kami berdagang di Gerbang Malam zon D, untuk malam ini, di zon C. Di sin...
16/04/2026

Jika siang di Pasar Besar Ipoh, pada malam p**a kami berdagang di Gerbang Malam zon D, untuk malam ini, di zon C. Di sini, kami membawakan buku baru dan terpakai, poskad, cenderahati dan tanjak.

Gembira dapat bertemu rakan-rakan pembaca, kolektor dan peminat budaya.



Setuju bahawa 'pengharaman buku' wajar diharamkan.
15/04/2026

Setuju bahawa 'pengharaman buku' wajar diharamkan.

KENYATAAN MEDIA: PENGHARAMAN BUKU MEMOIR SHAMSIAH FAKEH: DARI AWAS KE REJIMEN KE-10 DAN KOMRAD ASI (REJIMEN 10): DALAM DENYUT NIHILISME SEJARAH

Pada 15 April 2026, kami telah menerima surat perintah larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), subseksyen 7(1) dan subseksyen 8(1) & (2) daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap dua buah buku terbitan kami iaitu Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen ke-10 yang diterbitkan pada tahun 2007 di bawah imprin kami, Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). Sepanjang berada di pasaran, buku ini telah diulang cetak sebanyak tiga kali dan pertama kali diterbitkan pada tahun 2004 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku kedua yang turut diharamkan ialah Komrad Asi (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah yang diterbitkan pada tahun 2022.

Kami melihat tindakan ini sebagai satu langkah yang menyempitkan ruang wacana dan menghalang perkembangan budaya ilmu. Buku-buku ini diterbitkan sebagai bahan rujukan dan refleksi sejarah yang membuka ruang kepada masyarakat untuk memikir ulang secara kritis.

Justeru, kami dengan tegas menyatakan bahawa kami akan mencabar tindakan pengharaman ini melalui saluran perundangan yang sewajarnya. Kami menolak sebarang bentuk penapisan yang bertujuan untuk mengawal ruang fikir dan membungkam wacana sejarah.

Ilmu ialah Kuasa
15 April 2026

BilèkBuku, ruang kecil dengan pelbagai kisah untuk kalian bawa p**ang. Dari sebuah kedai buku bertema budaya; sastera, s...
15/04/2026

BilèkBuku, ruang kecil dengan pelbagai kisah untuk kalian bawa p**ang. Dari sebuah kedai buku bertema budaya; sastera, sejarah dan Alam Melayu; BilèkBuku bereksperimen dengan lebih banyak tema sampai me-rojak.

Selain itu, BilèkBuku turut membikin cenderahati fridge magnet secara DIY dan poskad.

Waktu operasi
Isnin - Jumaat
11pg - 5ptg

Address

Jalan Laxamana
Ipoh
30300

Opening Hours

Monday 11:00 - 17:00
Tuesday 11:00 - 17:00
Wednesday 11:00 - 17:00
Thursday 11:00 - 17:00
Friday 11:00 - 17:00
Saturday 11:00 - 17:00

Telephone

+60193156927

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bilèk Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category