26/06/2026
JANGAN SEDIH JIKA TIDAK DISUKAI
Sepanjang usia, kita mengumpul ramai kenalan, kawan dan sahabat. Sesetengahnya datang sekejap kemudian terus menghilang. Ada p**a yang rapat suatu ketika dengan kita tetapi selepas itu terus menjauhkan diri. Ada sesetengah kawan, biasa-biasa saja hubungan kita dengannya tetapi di akhir usia semakin membahagiakan. Ada kawan yang kita sendiri terasa dia mencari kita sebab ada 'benda' yang dikehendakinya.
Tiada siapapun yang boleh menghitung jumlah kawan atau sahabat. Yang ada tu adalah, yang tak mau berkawan lagi tu biarkanlah.
Ada orang bersedih mengapa kawan tidak s**a padanya. Ada orang kecewa sahabat karib menjauh diri. Ada orang sedih, geram sebab dimarah kawan sendiri. Memang kekadang kita sendiri pernah melukakan hati orang. Mungkin juga kita pernah tersalah bicara.
Pokoknya kita jangan sedih jika tidak dis**ai kawan. Jangan risau fikir keadaan ini berhari-hari. Kenapa saya berkata begitu? Kerana kita tidak boleh mengubah orang lain.
Biarlah kawan hendak marah pada kita.
Biarlah ada orang tak s**a kita.
Biarlah ada kawan merajuk dengan kita.
Biarlah, biarlah
Jika kita telah melakukan yang betul, jika telah menjaga hak kawan dan sahabat. Tidak usah bersedih kecewa.
Kita juga berhak terhadap perasaan kita. Katakan saja.
Biarkan saja..
Team@CycieBeautyTMC ♥️sayang semua..
Jangan lupa.. 😉
Follow my page: