Ad Deen Shoppe Product Muslim

Ad Deen Shoppe Product Muslim AD DEEN SHOPPE
TMN CHEPOR RAYA
31200 CHEMOR
IPOH, PERAK,MALAYSIA
WASSAP/CALL/SMS/ 01120655501 Dapatkan hari nie jangan tunggu esok!

Kami menjual retail dan borong untuk jubah dan kurta lelaki, harga dijamin terhebat sehebat kualiti mutu kain dan jahitan.

08/11/2022

RESEPI KUAH SOTO 😋
1. Blend halia, lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar & bawah putih
2. Panaskan minyak, tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga..bila dah naik bau, masukkan bahan blend tadi. Goreng hingga naik minyak & bau semerbak😀
3. Masukkan air, sekeping asam keping, sebatang serai dititik. Kemudian masukkan rempah mak siti (masukkan air kacau dahulu so that dia tak berketul kemudian baru masukkan dalam bahan tadi)
4. Masukkan dada ayam dan ayam di rebus sampai masak. Setelah masak keluarkan dan tos. Sup ni di tambah air ikut s**a banyak mana kemudian masukkan garam gula secukupnya
5. Ayam yang direbus tadi kemudian di goreng dan diricih2kan

RESEPI BEGEDIL
1. Kentang di buang kulit dan dihiris2 kemudian digoreng
2. Bila dah masak, kentang di tumbuk lumat dan gaulkan dengan mince meat
3. Masukkan sedikit telur (kalau sebijik telor di pecah dan kacau, masukkan separuh) * kalau terlembik masukkan sedikit tepung kalau 'ok'..tepung tidak perlu
4. Potong daun sup & bawang , gaulkan sekali dengan bahan tadi (option). Jangan lupa garam gula dan perasa
5. Kemudian di bulat2kan. Panaskan minyak..celup telur dan goreng dengan api sederhana

RESEPI CILI KICAP
1. Blend cili (sebanyak dan mengikut kepedasan masing2)
2. Seulas dua bawang putih (depends banyak mana cili)
3. Kicap dan garam sedikit
4. Blend kesemua, last sekali perah limau sedikit
Semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua😉

08/11/2022

RESEPI KENTANG PUTAR
Bahan-Bahan:
1.Kentang(ikut s**a nak banyak mana)
2.Mentega/butter
3.Tepung gandum
4.Garam
5.Secukup rasa/serbuk hilal
6.Kiub pati ayam-1
7.Kicap(Qila s**a kicap mudim, ikut tak kicap apa yang uolls s**a)
8.Serbuk lada hitam
9.Air
Cara memasak:
(KENTANG)
1.Rebus kentang dengan air dan isi sedikit garam sehingga empuk.
*Bila dah empuk, tos kan dan boleh lenyek, air rebusan kentang jangan buang lagi, kalau kering sangat masa lenyek kentang tu boleh isi air rebusan kentang tu sikit.
*Dah siap lenyek boleh guna apa sahaja, senduk ke sudu ke bulatkan dia dan letak dalam bekas atau mangkuk.

(KUAH KENTANG PUTAR ALA KFC)
1.Cairkan mentega/butter, kalau kentang banyak boleh isi dalam 3 sudu mentega ataupun suku butter.
2.Lepas cairkan butter, masukkan satu sudu tepung gandum yang belum dicampur air dan gaulkan jangan biar hangus, sambil gaul letakkan serbuk lada hitam satu sudu kecil. API PERLAHAN JE YA!
3.Masukkan air(s**a hati nak banyak mana, Qila s**a banyak kuah sebab boleh cicah dengan ayam goreng), kacau sehingga sebati ya.
4.Lagi 3 susu tepung campurkan dengan air untuk pekatkan kuah dan masukkan dalam kuali kacau sehingga kuah jadi pekat. Kalau kuah dah pekat, tak payah tambah tepung dah.
5.Masukkan kiub pati ayam,garam dan secukup rasa. Then letakkan kicap sikit demi sikit sampai warna kuah jadi keperangan.
6.Rasa kuah anda, dah cukup rasanya sedap dah pekat macam KFC punya tu, dah boleh tutup api dan makanlah bersama kentang tadi dengan bahagianya. 😊
P/s: Masak sehingga mendidih ya.
By NUR AQILA FATHIAH AZMAN

08/11/2022

RESEPI AYAM MASAK MERAH UTARA

Bahan-bahan :
1 Ekor Ayam (Potong 16) - Garam Kunyit Goreng 1/4 masak ja dan ketepikan jangan garing nanti keras dan xsedap
Bahan Tumis :
4 Sekawan - Kayu Manis 2, Bunga Lawang 6, Bunga Cengkih 2, Buah Pelaga 6
2 Helai Daun Pandan (Ikat)

Bahan Blend : (Gandakan kalau Ayam 2,3 ..)
4 Biji Bawang Besar
4 Ulas Bawang Putih
4 Batang Serai - Racik
3 inc halia
4 Biji Cili Besaq
2 batang Carrot.

1cawan cili kisar
1/2 cawan sos cili
1 tin susu cair ideal
1 biji bawang holand - Potong bulat
1 Biji Tomato Potong 8
Daun Sup / Daun Bawang - Potong 1 inc - Hiasan
Bawang Goreng - Hiasan
KacaNg Peas - 1 tin kecil

1 sudu kecil - asam jawa paste
5 sudu besaq gula
2 sudu kecil garam
2 kiub ayam / cukup rasa
Aji (s**a hati hangpa kalau nk buh pun xpa)

Cara-cara :
PanaskAn minyak (bekAs Goreng Ayam) mas**an 4 sekawan, Daun pandan. Bila dh naik Bau mas**an bahan blend, cili kisar dan sos cili. Masak Sampai Pecah Minyak api xpayah kalut besaq2.. mas**an gula, garam, kiub ayam, asam jawa dan cukup rasa. Rasa (bila dh cukup semua) mas**an susu dan ayam.. Gaul Bg rata dan mas**an bawang potong bulat, Tomato dan kacang peas.. dh mendidih tutup api taburkan bawang goreng, daun sup/daun bawang dan cili besaq. siap !

Credit : Asmiera Cik As

08/11/2022

RESEPI THOSAI HOMEMADE

Bahan-bahan :
1 tin susu beras
1/2 tin susu kacang uluthu (dhal putih yang digunakan untuk buat Thosai)
2 genggam / sudu nasi sejuk
1 sudu makan garam

Cara memasak :
1. Basuh beras dan kacang uluthu. Kemudian masukkan nasi sejuk dan rendam selama 5-6 jam.
2. Bila cukup waktu rendaman, kisar bahan-bahan tadi sedikit demi sedikit. Pastikan kisaran tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Buat macam adunan roti jala. Tuang kisaran dalam bekas bersesuaian.
3. Teruskan kisar bahan rendaman tadi. Bila kisaran terakhir, masukkan garam. Kisar sekali lagi.
4. Tuang adunan dalam bekas besar yang bersesuaian kerana adunan akan kembang. Campurkan dan sebatikan menggunakan tangan. Pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu.
5. Tutup bekas dan biarkan bahan kisaran selama 5-6 jam sehingga adunan jadi kembang dan masam.
6. Untuk memasaknya, ambil kuali l***r dan sapukan sedikit minyak. (gunakan minyak bijan untuk rasa lebih sedap)
7. Tuang adunan dan ratakan. Tutup 2 minit dan Thosai sudah masak serta boleh diangkat. Pastikan jaga api supaya Thosai tidak hangit.
8. Angkat dan enak dinikmati bersama Chutney dan Kari Ayam.

Selamat mencuba !

Kredit resepi : Gogilah Kerisnan

08/11/2022

Dalam peti sentiasa ada stok roti canai frozen. Senang anak nak makan. Kari dan kuah dhal pun Kakmin buat banyak n frozenkan.

RESEPI KUAH DHAL

Bahan-bahan :
1/2 cawan kacang dhal (pilih yang kuning kecil cepat empuk. (Rebus separuh empuk)
1 sd serbuk kunyit
1 cawan pati santan
1 sdb asam jawa
2 biji ubi kentang (potong dadu)
1 batang lobak merah (potong dadu)
2 biji terung (potong dadu)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air

Bahan untuk tumis Darat :
5 biji bwg merah (dihiris)
2 biji bwg putih (dihiris)
Beberapa tangkai cili kering potong dua
1 sd biji sawi
Myk masak/minyak sapi
Daun kari

Cara²nya :
1. Masukkan kacang dal separuh masak, ubi kentang dan lobak merah didalam periuk.Tambahkan air dan masak sehingga semua bahan lembut.Tambahkan juga sedikit serbuk kunyit (untuk bagi kaler kuah cantik)

2. Masak sehingga kacang dal hampir hancur dan kuah sedikit memekat.Air jangan terlalu banyak nanti kuah cair. Jangan juga terlampau sedikit. Agak-agak je tau.

3. Masukkan terung. Bila terung dah lembut masukkan p**a pati santan, air asam jawa, sedikit garam dan serbuk perasa. Kemudian tutup api.

4. Di dalam kuali lain p**a, masukkan sedikit minyak masak /minyak sapi.Tumis bahan-bahan tumis darat tadi sehingga agak garing dan naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis tadi (sekali minyak) keatas kuah dal yang siap dimasak awal tadi. Kacau sebati. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

08/11/2022

RESEPI LAKSA JOHOR

Bahan-bahan :
2 bungkus spaghetti
Rebus ltk sedikit garam Dan minyak.
Ambil berapa urat spaghetti pegang bhgn tgh Dan pusing menjadi no 8 Di ats pinggan.

Bahan untuk Kuah laksa :
2 biji bwg besar
6 biji bwg merah
6 biji bwg putih
2 batang serai
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit
(Blend semua bhn di ats)
4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering)
4 sudu besar rempah Kari ikan
4 sudu besar kerisik
2 cwn santan
4 Asam keping
5 -6 ketul ikan tenggiri
5-6 ekor Udang basah
1 cwn Udang kering (blend)
2 keping Ikan masin kurau (blend)
Bunga Kantan ( X ltk pon X apa)
Daun kesum
Rebus buang tulang dan blender isi ikan guna air rebusan.Tulang ikan blend asing dan tapis ambil airnya buat kuah.

Cara-cara :
1.Tumis bahan kisar hingga keluar minyak.
2.Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.
3.Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.
4.Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
5.Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
6.Masukkan garam dan gula perang/melaka.

Bahan hiasan :
Timun
Kacang panjang
Taugeh
Bunga kantan
Bawang besar
Limau kasturi
Sambal belacan
Lobak masin

Credit : Nur Masri

08/11/2022

Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah😂😂
Alhamdulillah rezeki..
oh kepci mohonlah selalu buat promo.. boleh akak tumpang tempiasnya🙊🙊

Ni akak masukkan resepi..so kita semua boleh buat sama-sama🤗

Resepi ayam goreng seringgit❤

Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya✌

Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi

Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.

Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras

Cara-caranya;
1.perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung..
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
8.Hidangkan panas-panas..
9.Makannn😂🙊

lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh😂)
jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

Credit : Murni Rahmat

Amoora Bidadari🌸Seindah namanya penuh Secret of Love ,khusus untuk para wanita dan gadis.Ramuannya terdiri daripada 17 j...
25/09/2019

Amoora Bidadari🌸

Seindah namanya penuh Secret of Love ,khusus untuk para wanita dan gadis.

Ramuannya terdiri daripada 17 jenis makanan sunnah,bijirin dan buahan organik di powerkan lagi dengan 5 jenis herba yang hebat iaitu:
🌿Manjakani Hijau
🌿Sireh
🌿Kacip Fatimah Hutan
🌿Gengam Fatimah
🌿dan beberapa jenis herba yang terbaik untuk kesihatan wanita.

Sesuai untuk ibu-ibu yang brestfeeding kerana Amoora Bidadari ni tidak panas.Salah 1 khasiat herba yang amat berkait rapat dengan masalah wanita yang mampu memberi kesan yang positif adalah Kacip Fatimah Hutan dengan nama saintifiknya Labisia Pumila,tumbuhannya kecil,berkayu dan berdaun tumbuh dihutan tropika.

Antara khasiatnya:
🌸Merawat kesihatan wanita yang mengalami masalah sistem pembiakan(reproduktif),masalah seksual,tekanan dan sembelit.

🌸Meningkatkan fungsi sistem seksual wanita dan mguatkan sistem pembiakan.

🌸Merawat wanita selepas bersalin iaitu membantu menyembuhkan luka di dalam dinding rahim,menguatkan otot perut dan sistem seksual wanita .Kacip Fatimah juga dapat membantu meningkatkan testosteron dan tahap libido wanita iaitu meningkatkan keinginan seksual wanita secara natural.

🌸Menyeimbangkan hormon wanita apabila meningkat usia.Dengan pengambilan kacip fatimah ia dapat meningkatkan estrogen dalam badan.Estrogen merupakan hormon seks wanita yang mana menyumbang kepada mgekalkan kitaran haid,mengelakkan masalah menopous dan gejala menopous.

🌸Membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol tambahan dalam badan dan lemak yang tersimpan di dalam arteri sekaligus melindungi daripada penyakit jantung.

🌸Antioksidan yang tinggi dalam kacip fatimah membantu meransang tindakbalas imun dalam badan.Ia juga merupakan herba anti radang dan membunuh sel-sel tumor dan menghalang jangkitan dan bakteria di sistem seksual wanita.

🌸Dari segi kecantikkan kacip fatimah berupaya mencegah kerosakkan rambut dan sekaligus dapat menguatkan akar rambut yang mana ianya merupakan mahkota wanita.

Amoora Bidadari berbotol pink penuh rahsia semulajadi khusus untuk wanita ..Dirimu begitu berharga💗

Tekan link untuk merasa BIDADARI

www.wasap.my/601120655501/bidadari


Dalam jerebu3 nie pun Ayam Goreng CheeseLeleh tetap beroperasi..... Jom singgah di depan Taman Mas simpang ke Ulu Chepor
21/09/2019

Dalam jerebu3 nie pun Ayam Goreng CheeseLeleh tetap beroperasi.....
Jom singgah di depan Taman Mas simpang ke Ulu Chepor

Address

Jalan Tok Paduka
Ipoh

Telephone

01120655501

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ad Deen Shoppe Product Muslim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share