19/05/2026
Cuba hayati ujikaji ini, seekor tikus dilepaskan ke dalam lubang di mana di situ melebihi 20 ekor ular beracun tinggal, namun begitu suasana aman dan damai tetapi setelah tikus itu terjatuh, kini semua telah berubah apabila seekor ular menyerang tikus dan sekor ular lagi p**a melawan ular yang menyerang tikus itu dan lama kelamaan semua ular menyerang antara satu sama lain dan keadaan mula menjadi medan pertempuran dan kemudian hanya tinggal seekor ular dengan kesan kecederaan yang parah ,manakala manusia di luar atas p**a tengok ini semua sambil ketawa, kerana apa yang dia buang itu bukan sekadar seekor tikus tetapi ia adalah dugaan, beginilah dalam kehidupan nyata seperti di tempat kerja,pejabat, anda diberi pangkat,bonus atau pengiktirafan malah ia menjadikan rakan sekerja anda musuh sesama sendiri, politik menjadi,senyuman palsu, ketakutan dan keadaan mula menjadi toksik namun begitu untuk anda ia bagaikan satu keadaan progresif tetapi sebenarnya anda telah terperangkap dalam kancah permainan mereka,anda yang di bawah p**a perlu faham bahawa jika anda bergaduh sesama sendiri maka orang di atas akan menang tanpa bergaduh dengan anda dan lagi satu kekejaman adalah bahawa yang anda ini p**a tak tahu mengapa anda bergaduh antara satu sama lain malah tak faham adakah anda berjuang untuk diri anda.
Oleh yang demikian kenal pasti dulu tikus-tikus dalam kehidupan anda!
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Fikir-fikirkan?