20/09/2020
🐔ILMU AYAM DAGING AHMA NAJAH
20/09/2020
🐥PENYELENGGARAAN BEKAS MINUMAN🤗
🐔Ketinggian dan kedudukan bekas minuman perlu diselaraskan dan diatur dengan baik mengikut pembesaran ayam. Ketinggian yang sesuai adalah paras bibir bekas minuman pada paras belakang ayam.
🐔Paras air bekas minuman gantung automatik adalah ¼ daripada kedalaman bibir bekas minuman dan perlu diawasi
selalu.
🐔Bekas minuman diperiksa selalu untuk memastikan bekas minuman sentiasa berfungsi dengan baik. Bekas yang rosak akan menyebabkan bekalan air terputus, bocor atau air melimpah, dan akan menyebabkan najis atau habuk kayu basah.
🐥Mutu Air Minuman🐥
🐔Berikan ayam air yang bersih, bermutu dan tidak tercemar.
🐔Air minum hendaklah pada pH 6.5 - 8.0, warna, rasa, bau dan suhu yang dapat diterima oleh ayam.
🐔Air minuman hendaklah dirawat dengan klorin. Air minuman yang mengandungi kadar galian yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan ayam.
Itu sahaja ilmu yang kami nak kongsikan harini..kalau nak tahu lebih lanjut boleh follow page ni.
Kepakaran kami adalah membantu penternak daripada zero kepada hero..Kami juga ada membekalkan anak ayam daging serta suppliment dan ubat ubatan haiwan ternakan..untuk dapatkan anak ayam atau ubat ubatan boleh lah berhubung dengan agent agent sah AHMA NAJAH.