Teratak Kaseh

Teratak Kaseh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Teratak Kaseh, Garden Center, Teratak Kaseh, Lot 3277, Kg Sg Badak, Jerantut.

19/09/2026

Entah kenapa nama pokok ni begitu agaknya.
Bunga air mata pengantin.
Warna Pink, cantik... apa kaitannya dengan air mata. 🤔

Bila lepas berpeluh2 penat berkebun, petik buah markisa buat jusminum sejuk2... Segar.
12/09/2026

Bila lepas berpeluh2 penat berkebun,
petik buah markisa buat jus
minum sejuk2... Segar.

11/09/2026

Jambu madu.

Semalam saya masak lemak cili api ayam campur keladi lambuk. Saya letak juga kentang sebab anak saya s**a makan kentang ...
10/09/2026

Semalam saya masak lemak cili api ayam campur keladi lambuk.
Saya letak juga kentang sebab anak saya s**a makan kentang dan dia tak makan keladi.
Untuk yang belum tahu keladi lambuk ni boleh buat ulam mentah.
Siang keladi macam biasa, buang kulit luarnya, potong2 ikut s**a... rasa dia rapuh krup- krap.
Keladi lambuk ni tak gatal ya.
Saya dapat resepi masak ayam campur lambuk ni dari jiran lama. Dia pun dah tiada... Moga Allah letak dia di tempat terbaik. Amin.
Jiran saya ni orang N9... masak lemak cili api + kunyit je katanya tapi saya masak letak juga bawang .
Saya ingat nak letak juga daun kunyit tapi malas p**a nak ambil sebab jauh sikit jadi saya letak daun serai aceh.
Daun serai aceh ni dekat bucu dapur je.
Ada orang panggil juga daun 3 rasa, katanya boleh gantikan halia, lengkuas, serai.
Memandangkan bila saya masak tu lupa nak letak halia, sedang eloklah letak daun ni.

Rezeki hari ni. Ceri Surinam ada 2 biji, berebut dengan sang burung. Sejak pindah pokoknya di hujung halaman, jarang jen...
04/09/2026

Rezeki hari ni.
Ceri Surinam ada 2 biji, berebut dengan sang burung.
Sejak pindah pokoknya di hujung halaman, jarang jenguk, dapatlah merasa sebiji dua... berkongsi rezeki dengan sang burung.

Buah markisa ada sebiji yang boleh di petik, yang lain kecil lagi.
Dapatlah secawan jus markisa ni.

Jambu madu ada 3 biji yang dah masak.
Alhamdulillah.

02/09/2026

Partner saya kata masa kelapa rendah ni kita minum air kelapa muda hari2.
Kalau pokok dah tinggi nanti dah tak sampai nak ambil kelapa muda.

31/08/2026

Hari ini 31Ogos 2026.
Hari ini cuti Hari Kemerdekaan.
Ramai orang pergi bercuti kesana kesini.
Tapi kami masih di sini..menghuni teratak sepi 😍.
Hehe...

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka. 💪
Laungan yang saban tahun kita dengar bila tiba tarikh ini.

Adakah kita benar2 merdeka.
Adalah minda kita sudah merdeka.
Adakah jiwa kita merdeka. ?

Tanya sama hati.

Mari kita merdeka kan diri kita dari segala sifat2, sikap2, perbuatan, pemikiran yang buruk & negatif.

Merdeka dari sikap bermalas2an.
JOM MASUK KEBUN. 😂

Address

Teratak Kaseh, Lot 3277, Kg Sg Badak
Jerantut
27000

Telephone

+60193620287

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teratak Kaseh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category