Yacob tahir enterprise

Yacob tahir enterprise Pembekal,Pengedar,Pemborong dan Peruncit Barang Mentah Makanan
๏ฟฝMinyak Masak,Telur Ayam,Gula,Gandum,Beehun...

๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐’๐ฎ๐ฉ๐ž๐ซ ๐ˆ๐ฆ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ ๐‚๐š๐ฉ ๐๐ฎ๐š๐ก-๐›๐ฎ๐š๐ก๐š๐ง di Astro Arena. Jom tonton temubual bersama Presiden Kerteh FC.
22/11/2021

๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐’๐ฎ๐ฉ๐ž๐ซ ๐ˆ๐ฆ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ ๐‚๐š๐ฉ ๐๐ฎ๐š๐ก-๐›๐ฎ๐š๐ก๐š๐ง di Astro Arena. Jom tonton temubual bersama Presiden Kerteh FC.

Temubual wartawan Astro Arena bersama presiden kelab Kerteh FC sempena pelancaran Beras Premium Super Import Cap Buah-Buahan baru-baru ini.Rakaman ini adalah...

16/11/2021

KEMAMAN โ€“ Syarikat pengeluar beras cap Buah-Buahan, Yacob Tahir Enterprise Sdn. Bhd. menjalin kerjasama dengan kelab bola sepak, Kerteh FC bagi memasarkan edisi istimewa beras Premium Super Import. Ketua Pegawai Eksekutif Yacob Tahir Enterprise, Mohamad Adam Suffian Yacob berkata, kerjasama itu me...

16/11/2021

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak Liga M4, Kerteh FC terus mengorak langkah dalam usaha mengukuhkan kewangannya apabila melancarkan produk beras premium super import berjenama buah-buahan.

16/11/2021
16/11/2021

๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ก ๐…๐‚ ๐Š๐ข๐ง๐ข ๐ƒ๐ข ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง! ๐ŸŒพ

Kelab Bola Sepak Kerteh bersama Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd hari ini melancarkan beras Premium Super Import Cap Buah-Buahan sebagai salah satu produk terbaharu kelab.

Majlis pelancaran ringkas telah diadakan di ibu pejabat syarikat kelab, KAL Services Sdn Bhd, Kerteh sebentar tadi.

Dalam majlis ringkas ini, wakil kedua-dua belah pihak telah menzahirkan rasa gembira dengan termeterainya kerjasama ini setelah perbincangan awal dilakukan sejak October tahun lalu.

Lebih membanggakan logo, warna rasmi dan elemen-elemen kelab bukan sahaja berada pada plastik bungkusan beras tetapi ianya juga akan turut diletakkan pada kenderaan pengangkutan seperti lori tangki dan kargo syarikat tersebut bagi tujuan iklan dan komersial. Manakala logo beras Cap Buah-Buahan p**a akan diletakkan pada lengan jersi utama Kerteh FC.

"Pihak kami merasa yakin dengan kekuatan jenama Kerteh FC yang merupakan sebuah kelab yang sedang membangun serta mempunyai nilai komersial tambahan di pasaran apatah lagi ia adalah antara pasukan bola sepak komuniti yang sedang mencipta nama ketika ini.

"Sebelum ini pasaran beras cap buah-buahan kami hanyalah tertumpu di daerah Setiu, Besut, Bachok dan Pasir Putih sahaja. Dengan kerjasama bersama Kerteh FC ini, ianya dapat menambahkan lagi keyakinan kami bahawa kerjasama ini akan membawa jenama beras kami ke pasaran yang lebih luas capaiannya selepas ini" - Ketua Pegawai Eksekutif Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd, Mohamad Adam Suffian Yacob.

"Memanfaatkan pemasaran melalui medium sukan bola sepak kini telah menjadi satu trend baharu kepada Industri Kecil dan Serdahana (IKS) di dalam negara ketika ini. Kami percaya hubungan keusahawanan dan perniagaan dalam industri sukan dapat membuka jalan yang lebih luas kepada mana-mana IKS dalam mengembangkan perniagaan mereka.

"Harapan kami, kerjasama bersama syarikat Yacob Tahir Enterprise ini akan dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Ini kerana syarikat ini bukan sahaja hanya mengeluarkan beras tetapi ada juga beberapa produk barangan asas yang lain seperti minyak masak, telur, garam dan lain-lain lagi." - Mohd Razeman Mat Nashim, Presiden Kerteh FC.

Bermula hari ini, peminat dan penduduk Kerteh boleh merasai keenakkan Beras Super Premium Cap Buah Buahan di kedai-kedai runcit terpilih sekitar Kerteh, Kemasik dan akan berkembang lebih luas lagi selepas ini di daerah Kemaman dan Dungun.

Untuk rekod syarikat Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd ini telah beroperasi sejak 1981.

|

Address

No 283 Jalan Kelantan, Kg LakLok Jerteh Darul Iman
Jerteh
22000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+60183914577

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yacob tahir enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share