Butik Aksesori Kereta

Butik Aksesori Kereta berkaitan kereta

Range rover/landrover tahun 2012 (recondbaru) 🔥(diesel)2.2cc💯Engine sudah tukar baru condition 💯Price▶️70k siap tukar na...
10/10/2023

Range rover/landrover tahun 2012 (recondbaru) 🔥(diesel)2.2cc💯
Engine sudah tukar baru condition 💯
Price▶️70k siap tukar nama ✅
Nego ✅

01151978231

Ada beberapa item terpakai untuk di lepaskan harga murah2 je nak bagi. 1) Tein adjustable velfire2) Sportrim 20 inci3) S...
25/04/2022

Ada beberapa item terpakai untuk di lepaskan harga murah2 je nak bagi.

1) Tein adjustable velfire
2) Sportrim 20 inci
3) Sportrim standard c200(Model w 204)

untuk detail. Siapa cepat die dapat.

WhatsApp +60 18-280 2431
Atau click link ni Wasap.my/60182802431

Nice tips
20/09/2020

Nice tips

Terdapat lima jenis cecair yang perlu anda ambil kira iaitu

1) Minyak pelincir
2) Cecair penyejuk
3) Minyak brek
4) Cecair stereng berkuasa
5) Cecair pencuci cermin hadapan.

Cecair di dalam kereta anda memainkan peranan penting bagi hampir kesemua aspek termasuklah kecekapan, prestasi dan penjimatan bahan api.

Dengan memastikan cecair pada kereta anda berada pada paras optimum, ia akan membantu melancarkan pemanduan anda.

Bahagian yang paling penting ialah minyak pelincir. Komponen yang berada di dalam enjin akan berputar beribu-ribu kali dalam masa satu minit, dan minyak pelincir inilah yang akan membantu melancarkan putaran tersebut.

Bagi memastikan minyak pelincir mencukupi, hampir kesemua kereta akan dilengkapi batang celup atau dipstik di bahagian enjin yang biasanya berwarna kuning dan pemegangnya kelihatan seperti cincin. Matikan enjin terlebih dahulu, tarik batang celup, lap sisa minyak dengan kain bersih, dan ulangi sekali lagi untuk mendapat bacaan yang tepat.

Seterusnya, fungsi cecair penyejuk adalah untuk menghalang enjin daripada terlalu panas dengan memindahkan haba dari enjin ke radiator.

Kebiasaannya bekas cecair penyejuk adalah berwarna putih dan jenis telus, terletak di bahagian depan ruang enjin untuk memudahkan memeriksa secara visual paras cecair penyejuk di dalamnya.

Selain itu, cecair penting lain ialah cecair brek yang bertanggungjawab menggerakkan pelbagai komponen sistem brek kereta anda. Paras cecair brek mudah untuk diperiksa. Cari penutup berwarna putih di bahagian belakang yang berdekatan dengan kabin kereta.

Sekiranya penutup tersebut adalah jenis telus, ia akan lebih mudah untuk diperiksa, dan jika sebaliknya, anda hanya perlu membuka penutup untuk melihat paras cecair di dalam bekas tersebut. Pastikan enjin kereta dimatikan dan keadaan kereta tidak panas sebelum membuka penutup.

Sistem stereng kuasa juga memainkan peranan penting. Kebanyakkan kereta masa kini dilengkapi dengan sistem stereng kuasa hidraulik yang membantu menjadikan pemanduan jauh lebih mudah walau dalam apa jua kelajuan. Untuk memeriksa cecair stereng, cari reservoir di ruang enjin.

Selalunya ia mudah dilihat kerana penutupnya akan dilabelkan sebagai “Power Steering”. Jika tiada sebarang label, cari ikon stereng.

Sesetengah kereta mempunyai reservoir separa telus yang akan memudahkan anda memeriksa paras cecairnya sementara sesetengah kereta yang lain p**a mempunyai batang celup yang terlekat di penutup.

Akhir sekali, cecair pencuci cermin hadapan juga jangan dilupakan.

Pastikan ia diisi agar cermin hadapan kereta anda dapat dibersihkan untuk memberi anda pandangan yang lebih jelas. Sekiranya cecair berkurangan, isi semula cecair tersebut.

Bionas Bio-Superlube dengan Teknologi Polarization - Teknologi Revolusi♻

Satu-satunya teknologi di dunia.

KELEBIHAN :

✅Memanjangkan penggunaan minyak enjin sehingga 20,000KM

✅Mengurangkan kos servis kereta

✅Menjimatkan minyak diesel / petrol sehingga 30% jika bersama *Bio-Booster Tablet*

✅Meningkatkan prestasi pecutan.

✅Mengurangkan gegaran enjin/ bunyi enjin

✅Mesra alam♻

PENGGUNAAN:-

#⃣Step 1 - 1 botol Bionas Bio-Superlube Additive untuk 4-5 liter minyak pelincir / minyak enjin.

#⃣Step 2 - Tuang / campurkan 1 botol Bionas Bio-Superlube Additive ke dalam tangki minyak pelincir / minyak enjin kereta atau van.

SEMUDAH 1⃣2⃣3⃣
Produk ini dijual di lebih 52 Negara, 🇺🇸🇬🇧🇰🇷🇸🇬🇷🇺🇳🇱🇳🇿🇳🇪🇨🇦🇧🇷🇧🇳🇨🇳🇦🇷 dan 🇲🇾 terkini.
Penggunaan SEKALI 20000km

Dapatkan hari ini
https://wa.me/60194427826?text=Nak%20Tahu%20Jimat%20Minyak

kisah terbaik sebagai pengajaran
05/09/2020

kisah terbaik sebagai pengajaran

Kisah kejatuhan Syarikat Gergasi yang boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Bacalah agak panjang!

Semua orang bisnes pernah mengalami zaman kejatuhan. Siapa yang tidak pernah jatuh kan?

Sebenarnya bukan hanya orang bisnes, selagi bernama manusia dalam apa yang dibuatnya dalam hidup pasti pernah menghadapi kehidupan yang bermasalah.

Beza antara manusia itu adalah bagaimana mereka menghadapi masalah itu. Ada yang ‘tenggelam’ dalam masalah, ada yang memilih untuk bangkit meneruskan hidup.

Setiap orang ada cara sendiri untuk bangkit memulakan hidup baru.

Mari kita lihat siri kejatuhan untuk diambil iktibar bersama. InsyaAllah .

Nokia
Satu jenama yang Gah ,sangat besar. Sejak 1998 telah mengusai pasaran telefon bimbit dunia. Pelopor teknologi komunikasi yang mempunyai levelnya tersendiri . Memiliki Telefon bimbit Nokia merupakan satu kebanggaan dan kepuasan bagi setiap orang pada masa tu. Memang setiap keluaran baru Nokia ditunggu-tunggu. Nokia Communicator yang membolehkan para penggunanya menaip dengan keyboard, mengirim mel elektronik, bahkan mengirim dokumen dalam bentuk faks. Nokia menjadi simbol prestij kelas menengah di dunia.

Tetapi pada awal tahun 2000-an, Nokia mulai mendapat persaingan hebat. Dalam enam tahun terakhir, penjualan Nokia menurun 40 peratus setelah syarikat dari Kanada, RIM (Research In Motion Ltd) mengeluarkan Blackberry dan syarikat dari Amerika Syarikat, Apple, mengeluarkan iPhone dan iPad dengan sistem operasi iOS. Sementara itu, Google p**a memperkenalkan sistem operasi Android yang digunakan dalam pelbagai telefon pintar jenama lain dipasaran.

Walaupun ramai pengguna telefon pintar semakin menyukai sistem operasi iOS dan Android, Nokia tetap degil mempertahankan sistem operasi Symbian mereka. Nokia menganggap penurunan jualan produk Nokia bersifat sementara dan akan kembali pulih dalam waktu terdekat. Masih ramai yang percaya bahawa pasaran Nokia yang goyah akan kembali kukuh.

Realitinya, penjualan Nokia makin menurun dan tidak pernah kembali lagi ke puncak. Saham Nokia jatuh hingga lebih dari 80 peratus pada tahun-tahun berikutnya. Jika pada tahun 2000 saham Nokia diperdagangkan dengan nilai GBP 54, 73, pada tahun 2013 ia jatuh menjadi GBP 4 (GBP 1 = MYR 6). Nokia tidak pernah lagi bangkit menikmati kejayaan.

Nokia pernah membuat produk tablet, sebelum Apple mengeluarkan iPad. Sayangnya, Nokia tidak memperkembangkan lebih jauh tablet Nokia.

Pada saat tersebut, definisi telefon pintar telah mengalami sebuah perubahan yang sangat besar, yang sangat tidak dijangka oleh ramai pihak, termasuklah Nokia sendiri. Kejayaan awal iPhone tidak memberi apa-apa impak mendalam kepada Nokia, namun lama kelamaan, Nokia mula terkesan. Dengan kehadiran pesaing lain seperti Samsung, Nokia masih gagal menyesuaikan diri untuk memahami kehendak pengguna.

Kejatuhan Nokia berlaku tanpa mereka sendiri sedari, dan dengan sangat pantas. Menurut nombor-nombor yang dikeluarkan oleh syarikat penganalisis, Gartner, perkongsian pasaran telefon pintar oleh Nokia pada tahun 2007 adalah sangat dominan, iaitu pada kadar 49.4 peratus. Tahun berikutnya, ianya berkurangan kepada 43.7 peratus, dan terus menurun tahun demi tahun, kepada 41.1 peratus, dan 34.2 peratus. Sehingga awal tahun 2013, jumlah itu berada pada kadar 3 peratus sahaja.

Gergasi perusahaan internet, Microsoft, mengambilalih Nokia pada September 2013 dengan nilai USD 7.2 billion. Pengambil alihan ini merupakan berita besar dalam industri teknologi komunikasi dan digital kerana ini merupakan petanda nyata bahawa Nokia sudah sampai ke penghujung jalan.

Setelah mengambil alih Nokia pada tahun 2013, sebenarnya Microsoft berharap jualan akan meningkat kembali. Namun begitu, momentum emas sudah hilang. Nokia yang ditukar sistem operasi menggunakan Windows Phone tidak mampu mengejar pesaingnya . Mulai Oktober 2014, Nokia telah lenyap selama-lamanya.

Sekitar penghujung tahun 1990an dan awal tahun 2000an, Nokia adalah sebuah jenama telefon bimbit
legend yang sangat gah dalam kalangan pengguna. Sebut sahaja Nokia 3310, 3650 (sembilu), 6600 (sabun), 7610 (Daun), 8110 (pisang), 8250 (butterfly), N97 dan N-Gage, pasti ramai yang berasa nostalgia. Nokia hari ini hanya tinggal sejarah, yang akan terus dikenang dalam hari kebanyakan daripada kita.

Melihat daripada perspektif luaran, kejatuhan Nokia adalah disebabkan oleh kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, kekurangan penggunaan teknologi baharu yang lebih canggih dan inovasi yang tidak fokus serta sia-sia.

Pengajarannya, untuk terus relevan dalam pasaran, sesebuah syarikat perlu menyesuaikan diri dengan perubahan trend semasa.

Apa yang anda dapat daripada Kisah "Nokia" ini?

LetProGraM
Rebrand and Growth
JIMAT | MUDAH | SUCCESS

NISSAN GT-R NISMO 2020
25/08/2020

NISSAN GT-R NISMO 2020

23/08/2020
Ada yg nk selit oder lagi..🤩 cepat2 WhatsApp ok.
08/02/2019

Ada yg nk selit oder lagi..🤩 cepat2 WhatsApp ok.

Whatsapp 0167787146 utk sebarang pertanyaan..
02/02/2019

Whatsapp 0167787146 utk sebarang pertanyaan..

Leather tebal qulity baik whatsapp utk pertanyaan.. 0167787146
02/02/2019

Leather tebal qulity baik whatsapp utk pertanyaan.. 0167787146

Jom oder sementara stock masih ada..Whatsapp 0167787146 utk sebarang pertanyaan..
02/02/2019

Jom oder sementara stock masih ada..Whatsapp 0167787146 utk sebarang pertanyaan..

Address

Johor Bahru
81200

Telephone

+601151978231

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Butik Aksesori Kereta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share