Pustaka Empayar Melayu

Pustaka Empayar Melayu Pustaka Empayar Melayu (JM0679047-X)

Kedai Buku PEM: Warisan sejarah, budaya dan kesenian, biografi, dokumentasi dan khazanah manuskrip Alam Melayu

Bagi pencinta dan pengagung ilmu serta mereka yang menyebarkan dan mengamalkannya. Memperkasa intelektual, mengangkat martabat ulama' dan umara', ilmuan dan cendekiawan. Mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air. Ini adalah suatu perjuangan!

Tajuk: Hikayat Indera Quraisyin: Satu KajianPenyelenggara: Monique Zaini-LajoubertPenerbit: PNMTahun: 1998ISBN: 967-931-...
20/07/2026

Tajuk: Hikayat Indera Quraisyin: Satu Kajian
Penyelenggara: Monique Zaini-Lajoubert
Penerbit: PNM
Tahun: 1998
ISBN: 967-931-093-0
Bil. Muka Surat: 253
Kulit: Lembut
Harga: RM 35.00
Pos Laju: RM 8.00 (S.M) RM 15.00 (Sabah/Sarawak)
Stok: Ada

Sinopsis

Buku ini adalah hasil kajian terhadap sebuah manuskrip Melayu berjudul Hikayat Inreda Quraisyn. Satu kajian yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Hikayat ini mempaparkan watak seorang tuan puteri yang amat menonjol dari segi kepimpinan, kebijaksanaan, kehandalan dan kekayaan serta mencapai kemenangan dalam beberapa peperangan besar. Hikayat ini amatlah menarik untuk menghayati ketokohan seorang wanita. Penulis p**a adalah seorang tokoh penyelidikan manuskrip Melayu berbangsa Perancis.

Kandungan:

Prakata
Penghargaan
Daftar Gambar
Pendahuluan

Bahagian 1
1. Ikhtisar Manuskrip MSS 438
2. Penghuraian Manuskrip MSSS 438, MSS 431 (B) dan MSS 447
3. Bahasa Melayu Sri Lanka dan Bahasa-bahasa Manuskrip
4. Hikayat Indera Quraisyin
5. Analisis Karya
6. Ertinya Perjalanan Indera Quraisyin

Bahagian 2
1. Sistem Transliterasi
2. Transliterasi Hikayat Indera Quraisyin (kod. MSS 438)

Apparatus Cricticus
Indeks
Rujukan

Tajuk: Dalam Dusun MelayuPenulis: Ismail SaidinPenerbit: DBPTahun: 2013ISBN: 978-983-46-0767-8Bil. Muka Surat: 332Kulit:...
18/07/2026

Tajuk: Dalam Dusun Melayu
Penulis: Ismail Saidin
Penerbit: DBP
Tahun: 2013
ISBN: 978-983-46-0767-8
Bil. Muka Surat: 332
Kulit: Lembut
Harga: RM 50.00
Pos Laju: RM 8.00 (S.M) RM 15.00 (Sabah/Sarawak)
Stok: Ada

Sinopsis

Sebelum kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu, nenek moyang kita pada zaman dahulu telah pun mempunyai ruang perkebunannya sendiri. Ruang perkebunan yang dominan dalam kehidupan orang Melayu ialah dusun. Dalam ruang ini, nenek moyang kita mendomestikasi kepelbagaian jenis buah-buahan, bukan sahaja untuk dimakan tetapi juga untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Konsep penanamannya menjurus kepada konsep alam semula jadi.

Kedatangan kuasa Barat seperti British, Belanda dan Sepanyol ke Alam Melayu pada kurun ke-15 dan ke-16 memperkenalkan kepelbagaian tanaman dari luar. Di Malaysia, ahli-ahli sains berbangsa Inggeris bukan sahaja membawa tanaman dari luar negara tetapi juga memperkenalkan sains dan teknik pertanian moden, seterusnya membentuk ruang perkebunan komersial. Hal ini banyak melenyapkan konsep dusun Melayu hingga banyak tanaman yang tidak bernilai komersial terus terbiar dan diancam kepupusan.

Dalam buku ini, penulis memperkenalkan jenis tanaman yang telah dipiliah dan ditanam oleh nenek moyang kita. Penulis juga berpendapat bahawa banyak jenis tanaman ini tidak lagi dikenali oleh generasi sekarang, walhal tanaman ini merupakan warisan negara. Buku ini amat sesuai sebagai rujukan pelajar dan pengkaji dalam bidang hortikultur dan botani, serta mereka yang berminat dalam usaha pelestarian kepelbagaian biologi, alam sekitar dan tanaman.

Kandungan:

Prakata
Penghargaan
Panduan Penulisan Nama Sainstifik dan Nama Melayu

Ruang Perkebunan Melayu
Huraian Spesis Mengikut Famili

1. Anacardiaceae 2. Annonaceae 3. Apocynaceae 4. Bombacaceae 5. Bromeliaceae 6. Burseraceae 7. Caricaceae 8. Cucurbitaceae 9. Ebenaceae 10. Euphorbiaceae 11. Fageceae 12. Flacourtiaceae 13. Gnetaceae 14. Guttiferae 15. Lauraceae 16. Leguminosae 17. Malpighiaceae 18. Mellaceae 19. Moraceae 20. Musaceae 21. Myristiscaceae 22. Myrtaceae 23. Flymphaeceae 24. Oxalidaceae 25. Palmae 26. Passifloraceae 27. Punicaceae 28. Rhamnaceae 29. Rubiaceae 30. Rutaceae 31. Sapindaceae 32. Sapotaceae 33. Sterculiaceae 34. Tiliaceae

Lampiran 1
Lampiran 2
Glosari
Bibliografi
Indeks

Tajuk: Ahmad Perang: Meluru Laju di Rel WaktuPenulis: Kassim Thukiman, Siti Rahmah Awang & Ahmad Fadhli Syed HassanPener...
16/07/2026

Tajuk: Ahmad Perang: Meluru Laju di Rel Waktu
Penulis: Kassim Thukiman, Siti Rahmah Awang & Ahmad Fadhli Syed Hassan
Penerbit: UTM
Tahun: 2025
ISBN: 978-983-52-2130-9
Bil. Muka Surat: 129
Kulit: Lembut
Harga: RM 50.00
Pos Laju: RM 8.00 (S.M) RM 15.00 (Sabah/Sarawak)
Stok: Ada

Sinopsis

Allahyarham Tan Sri Dato’ Ahmad bin Perang (Tok Mat Perang) berasal dari Johor Bahru. Beliau telah menempa sejarah negara sebagai warganegara pertama dilantik sebagai Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada tahun 1961.

Selepas kemerdekaan, kerajaan Persekutuan telah merancang untuk memberikan jawatan-jawatan penting kepada anak Melayu tempatan dalam perkhidmatan kerajaan termasuklah pentadbiran KTM yang sebelum itu hanya dijawat oleh pegawai-pegawai asing (expatriate). Atas pengalaman luas beliau sebagai seorang Pegawai Tadbir dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (PTNJ) atau Johor Civil Service (J.C.S.) telah membolehkan Tok Mat Perang menjadi calon yang paling layak dilantik oleh kerajaan Persekutuan menjawat jawatan Pengurus Besar KTM.

Buku ini merupakan sebuah buku biografi bergambar yang amat menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat bagi menghayati dan menelusuri kisah hidup seorang tokoh pentadbir yang banyak berjasa kepada kerajaan Johor serta kerajaan Persekutuan.

Kandungan:

Kata Prngantar
Kata Alu-aluan
Prakata
Penghargaan

1. Latar Belakang
2. Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor
3. Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur
4. Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu
5. Selepas Bersara
6. Kesimp**an

Bibliografi
Indeks
Biodata Penulis

Pengisian ilmu bersama saudara Syed Muhiyuddin al-Attas
15/07/2026

Pengisian ilmu bersama saudara Syed Muhiyuddin al-Attas

Tajuk: Akayet Dowa-Mano, (Hikayat Dowa Mano)Penyelenggara: PO Dharma, G. Moussay & Abdul KarimPenerbit: PNM & Ecole Fran...
14/07/2026

Tajuk: Akayet Dowa-Mano, (Hikayat Dowa Mano)
Penyelenggara: PO Dharma, G. Moussay & Abdul Karim
Penerbit: PNM & Ecole Francaise d’Extreme-Orient
Tahun: 1998
ISBN: 967-931-089-2
Bil. Muka Surat: 215
Kulit: Lembut
Harga: RM 50.00
Pos Laju: RM 8.00 (S.M) RM 15.00 (Sabah/Sarawak)
Stok: Ada

Sinopsis

Buku ini mengandungi kajian ringkas, teks dalam tulisan Cam dan transliterasi Melayu sebuah manuskrip Melayu Campa. Cerita Akayet Dowa-Mano amat terkenal dikalangan masyarakat Melayu Campa di Indo-China yang masih mempunyai pertalian budaya dengan masyarakat Melayu di Nusantara. Di kalangan masyarakat Melayu Nusantara, versi karya ini dikenali sebagai Hikayat Dewa Manu. Diterbitkan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Timur Jauh Perancis (EFEO), Kuala Lumpur.

Kandungan:

Prakata

Peta Campa dan Dunia Melayu
Muka Surat Pertama Hikayat

Cam Dowa Mano
Muka Surat Pertama Hikayat Melayu Dewa Mandu

Transkripsi Cam Moden

1. Pengenalan
2. Pengkhususan Manuskrip
3. Ringkasan Hikayat Dowa Mano
4. Teks Tulisan Cam
5. Teks Rumi

Indeks dan Glosari Hikayat Dowa Mano

Tajuk: Kelantan Dalam Perspektif Arkeologi: Satu Kump**an EseiEditor: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul RahmanPenerbit: PMNK...
05/07/2026

Tajuk: Kelantan Dalam Perspektif Arkeologi: Satu Kump**an Esei
Editor: Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Penerbit: PMNK
Tahun: 1999 (Cetakan Kedua)
ISBN: -
Bil. Muka Surat: 335
Kulit: Lembut
Harga: RM 40.00
Pos Laju: RM 8.00 (S.M) RM 15.00 (Sabah/Sarawak)
Stok: Ada

Sinopsis

Buku ini merupakan naskhah penting yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada tahun 1986 (Cetakan pertama). Ia menghimpunkan hasil kajian mendalam mengenai sejarah awal dan tinggalan purba di Kelantan, merangkumi zaman prasejarah hingga era kerajaan Hindu-Buddha. Makalah dalam naskah ini diambil sempena dengan Seminar Arkeologi Malaysia dengan tumpuan kepada Negeri Kelantan.

Kandungan:

Kata-kata Aluan
Pendahuluan

1. Arkeologi di Kelantan: Satu Tinjauan Sejarah Prasejarah dan Proto-sejarah
2. Historical Note on the Northeastern Malay States
3. Report on a New Neolithic Site in Ulu Kelantan
4. Report on Excavations in Kelantan
5. Excavations at Gua Cha, Kelantan, 1954 Part 1
6. A Short Description of Malayan Pre-historical Pottery
7. The Human Remains of Mesolithic and Neolithic Date from Gua Cha, Kelantan
8. Rhinoceros Soundaicus Desmarest from the Hoabhinhian of Gua Cha Rock Shelter, Kelantan
9. A Note on the Gua Cha Small Sherds
10. Gua Cha - Satu Perkampungan 10, 000 Tahun Silam
11. Recent Archaeological Discoveries in Malaya (1945-50)
12. Recent Archaeological Discoveries in Malaya (1951)
13. Recent Archaeological Discoveries 1962 - 1963 Malaya
14. Recent Archaeological Discoveries in Malaysian, 1967 West Malaysia
15. The Birth of the Duff Development Company in Kelantan 1900 - 1912
16. On a Stone Spear-Head from Kelantan
17. On a Coin Mould from Kelantan
18. On a Pictured Stone from Kelantan
19. Pulai: An Early Chinese Settlement in Kelantan
20. A Note on Kelantan Gold Coins
21. Gold Coins of the North-Eastern Malay State
22. Majapahit Amulets in Kelantan
23. Tracing the Origins of the Malays and Orang Asli: From Archaeological Perspective

Bibliography

Tajuk: Tradisi Penulisan Manuskrip MelayuPenyelenggara: PNMPenerbit: PNMTahun: 1997ISBN: 967-931-068-XBil. Muka Surat: 2...
05/07/2026

Tajuk: Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu
Penyelenggara: PNM
Penerbit: PNM
Tahun: 1997
ISBN: 967-931-068-X
Bil. Muka Surat: 283
Kulit: Lembut
Harga: RM 50.00
Pos Laju: RM 8.00 (S.M) RM 15.00 (Sabah/Sarawak)
Stok: Ada

Sinopsis

Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu menghimpunkan 17 kertas kerja oleh tokoh-tokoh yang tidak asing lagi semasa Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu yang telah diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia dari 3-4 Oktober 1995. Bidang perkara yang dibincangkan berkaitan dengan tradisi penulisan masyarakat rumpun Melayu meliputi skrip, alatulis khasnya bagi para penyelidik manuskrip Melayu.

Kandungan:

Senarai Penyumbang
Prakata
Pengenalan

1. Tulisan Jawi dan Bahasa Melayu
2. Skrip Melayu Kuno dan Tradisi Penulisannya
3. Kepengarangan dan alatulis Melayu Tradisional
4. Penyebaran Manuskrip Melayu

Indeks

Tajuk: Undang-undang Minangkabau: Wacana Intelektual dan Warna IdeologiPenyelenggara: Umar JunusPenerbit: PNMTahun: 1997...
04/07/2026

Tajuk: Undang-undang Minangkabau: Wacana Intelektual dan Warna Ideologi
Penyelenggara: Umar Junus
Penerbit: PNM
Tahun: 1997
ISBN: 967-931-065-5
Bil. Muka Surat: 320
Kulit: Lembut
Harga: RM 35.00
Pos Laju: RM 8.00 (S.M) RM 15.00 (Sabah/Sarawak)
Stok: Ada

Sinopsis

Manuskrip Undang-undang Minangkabau adalah suatu karya Melayu lama yang amat penting. Karya ini sebenarnya merupakan rakaman bertulis tentang pemikiran dan adat satu kaum Melayu yang masih diamalkan sehingga kini, termasuklah di Malaysia. Naskhah yang dikaji ini adalah satu-satunya menuskrip Undang-undang Minangkabau yang terdapat di Malaysia. Usaha mentransliterasikan manuskrip ini dapat mendedahkan hukum adat Minangkabau dalam bentuknya yang asli kepada masyarakat di negara ini.

Di samping itu kajian Umar Junus ini yang menjurus kepada wacana intelektual memberikan gambaran kepada kita tentang peranan dan kemahiran pengarang Melayu lama dalam bidang kepengarangan dan wacana. Seperti manuskrip lama yang lain, manuskrip ini sarat dengan pengajaran dan teladan yang dapat dicontohi oleh pembaca. Usaha Umar Junus ini sudah tentu mengukuhkan lagi program menyebarluas pemikiran dan ilmu dalam manuskrip tua untuk dihayati oleh masyarakat kini.

Kandungan:

Tanda-tanda
Prakata
Pendahuluan

1. Problematik Pendekatan Tkes dan Hakikat Ilmu
2. Bahasa Dalam Teks: Perbenturan Antara Bahasa Minangkabau dan Melayu
3. Pengarang, Si Menulis dan Pemilik Teks
4. Hubungan Antara Teks Sebagai Suatu Kesatuan Organik dan Unsur-unsur Pembentuk Teks: Pembawahan dan Dialog
5. Teks A: Materi dan Interpretasi
6. Teks B dan C: Dua Teks Nazam
7. Teks D yang Nazam dan Bukan Nazam: Materi dan Interpretasi
8. Teks E yang Pendek dan Teks F yang Panjang: Materi dan Interpretasi
9. Teks G: Materi dan Interpretasi
10. Teks H yang Menutup: Materi dan Interpretasi
11. Teks X – Teks dalam Bahasa Arab
12. Dari Teks A ke Teks H dengan Melampaui Teks X
13. Teks A dan Teks Adat Minang Lain: Persoalan Perspektif

Lampiran
Glosari
Rujukan
Indeks

Tajuk: Syair Madhi: Citra Melayu Nusantara Penyelenggara:  Abdul Rahman KaehPenerbit: PNMTahun: 1997ISBN:  967-931-081-7...
04/07/2026

Tajuk: Syair Madhi: Citra Melayu Nusantara
Penyelenggara: Abdul Rahman Kaeh
Penerbit: PNM
Tahun: 1997
ISBN: 967-931-081-7
Bil. Muka Surat: 487
Kulit: Lembut
Harga: RM 55.00
Pos Laju: RM 8.00 (S.M) RM 15.00 (Sabah/Sarawak)
Stok: Ada

Sinopsis

Syair Madhi mengisahkan pengembaraan seorang putera raja dari Maghribi yang bernama Madhi bersama dua orang sepupunya Ibrahim Jauhari dan Ismail Dardari. Ketika keluar memburu bersama orang-orangnya, mereka telah terpisah dan perpisahan ini telah membawa kepada siri pengembaraan yang panjang. Mereka telah berdepan dengan berbagai-bagai halangan dan rintangan yang menguji tentang ketahanan jiwa dan mental mereka.

Banyak hal-hal yang aneh yang membuktikan tentang kebesaran Ilahi yang telah mereka temui. Meskipun pengarang syair ini menyebut tentang negeri Maghribi dan Parsi sebagai latar tempat terjadinya cerita ini, namun kita rasakan suasana alam dan masyarakat serta adat-istiadat yang dilukiskannya adalah cerita masyarakat di rantau Nusantara ini.

Kandungan:

Prakata
Penghargaan

1. Pandangan Umum Tentang Syair
2. Latar Belakang Naskhah Syair Madhi
3. Tulisan dan Ejaan Naskhah
4. Analisis Isi dan Fungsi
5. Kaedah Penyuntingan

Lampiran: Teks Syair Madhi
Lampiran: Faksimili Manuskip I & II
Glosari
Bibliografi
Indeks

Restock! Batu Puteh: Dokumen Terpilih Harga RM40 tidak termasuk pos. Hubungi kami atau Whatsapp: www.wasap.my/6012733895...
04/07/2026

Restock!

Batu Puteh: Dokumen Terpilih

Harga RM40 tidak termasuk pos. Hubungi kami atau Whatsapp: www.wasap.my/60127338955

Address

No 37, Jalan Perdana 3/1, Taman Sri Pulai Perdana 2
Johor Bahru
81110

Telephone

+60127338955

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pustaka Empayar Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share