Belacan Sedap

Belacan Sedap Belacan sedap lagi power ! Makan sampai bertambah-tambah.

28/06/2017

sabarlah anakku sayaaang yang berada di alexandria....terokailah...ilmu kedoktoran agar kau dapat membantu manusia.... Kami di sini mendoakan agar kau dapat berjuang dalam medan peperiksaan dengan cemerlang...amin

13/02/2017

Ramai orang selalu bagi nasihat tentang cirri-ciri perempuan yang baik untuk dijadikan isteri, tetapi bagaimana p**a dengan suami? Sedangkan pemilihan suami atau isteri sama-sama penting, kena kedua-duanya akan memberi impak kepada hubungan dan keluarga yang bakal dibina. Di sini kami jelaskan garis...

26/05/2016

Alhamdulillah, hari tu mak jah cafe order belacan sedap untuk dibawa ke Australia. Pakcik Nasir di Pasar Larkin pun dah jadi agen tolong jualkan belacan sedap ini...Kak Han pun dah market belacan ni ke Singapura...Dr Faizah pun dah bawa belacan ni ke Padang...bagi oleh-oleh pada orang sana. Hari ini, 50 pax belacan sedap nak dikirim ke Sarawak. Em...anda bila lagi nak beli? Jom....beli....insyallah...memang sedap....tak rugi....

Insyallah, nantikan resepi-resepi kami yang berasaskan belacan sedap nanti...khas untuk juadah berbuka puasa....

23/05/2016

Em...hari ni...tekak mual...dan kepala pening...mata berpinar...dan tak selera nak makan...nampak mangga...em...kecur...terus potong....masyallah...bila makan seulas... subhanallah...teramat masam....so...rasa sayaaaaang nak buang... so tiba-tiba teringat menu...em...apa kata...mangga ni dibuat sambal belacan....dimakan dengan sup dan ayam goreng berempah. so apalagi...menu tengahari masak simple je janji...menyelerakan....

Ayam...direbus dengan sedikit bawang putih dan halia yang ditumbuk..dan masukkan sedikit garam.sehingga mendidih...lepas tu ayam dikeluarkan dan dicampurkan dengan garam, kunyit, halia yang ditumbuk, serbuk jintan, kari, kicap dan sedikit madu dan sos tomato...tumis minyak dengan daun kari...dan goreng...em...rangup dan lembut....

Manakala air didihan ayam tadi, letakkan sayur campur seperti lobak merah, bunga kobis, kobis, sawi, lada hijau dan apa-apa sayur mengikut citarasa.. Gorengkan tiga ulas bawang putih yang dihiris sehingga garing dan kemudian masukkan dalam air rebusan ayam tadi yang telah dimasukkan sayur...em...wangi...dan menyelerakan...

Sambal mangga p**a, goreng belacan sedap...dengan enam biji cili api dan 1 biji lada hijau...dan sedikit udang kering...sehingga sebati...kemudian...tumbuk...dan masukkan hirisan mangga yang masam tadi...dan tumbuk sehingga sebati, letakkan sedikit garam dan gula...dan kacau sehingga rata.......em...seronoknya...bila hubby balik tengahari tadi kata dah kenyang...tak nak makan dulu...tapi bila tengok tiga kombinasi lauk ni...bolehlah minta sedikit...makan...terus makan..dan minta lagi tambah....em...seronoknya isteri...bila suami makan masakannya dengan rasa kasih dan sayang.....bertuah isteri...yang dapat membahagiakan suami walaupun hanya dengan sepinggan hidangan....jom apalagi...belilah belacan sedap...pembuka selera....!!!

Em....nanti kita update gambar dan resipinya....selamat mencuba

Hari ni..jom cuba resepi Nasi Goreng Abang Sayang................em...memang...sedap giler....jom cuba !! dan yang penti...
21/05/2016

Hari ni..jom cuba resepi Nasi Goreng Abang Sayang................
em...memang...sedap giler....jom cuba !! dan yang penting guna belacan sedap bagi penambah perisa....pergh.... memang tak terkata..

:::::::::::::::::::RESEPI NASI GORENG ABANG SAYANG::::::::::::::::::::

Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan:
1. Bawang besar (2 biji)
2. Udang kering (sekepal)
3. Lada merah (6 biji)
4. Cili api (5 biji)
5. Telur ayam (2 bij)
6. Belacan Sedap (1-2 inci)
7. Lobak merah (sebiji - dipotong dadu)

Cara-cara
1. Tumis bawang besar sehingga garing
2. Selepas garing, masukkan udang kering, lada merah, cili api dan belacan sedap.
3. Goreng bahan-bahan tadi sehingga sebati
4. Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut
5. Tumis semula bahan-bahan yang dah dikisar tadi
6. Masukkan 2 biji telur dan kacau sehingga rata
7. Masukkan lobak merah yang dipotong dadu.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga rata
9. Masukkan nasi putih
10. Gaul sehingga sebati
11. Masukkan sayur yang dikehendaki seperti sawi/ kobis dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing
12. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba !



:::::::::::::::RESEPI SAMBAL UDANG BONDA::::::::::::::::::::::Hidangan untuk 5 orang Bahan - bahan1. Bawang besar 4 biji...
15/05/2016

:::::::::::::::RESEPI SAMBAL UDANG BONDA::::::::::::::::::::::

Hidangan untuk 5 orang

Bahan - bahan
1. Bawang besar 4 biji ( 1- untuk ditumis, 3 - untuk dikisar)
2. Udang kering (agak2)
3. Belacan sedap (2 inci)
4. Lada kering ( segenggam)
5. Gula melaka (seketul)
6. Tomato (1 biji)
7. Asam jawa (sekepal)
8. Udang

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, udang kering, belacan sedap, lada kering, gula melaka dan tomato
2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar
3. Tumis bawang besar sehingga kekuningan
4. Masukkan udang dan gaul sehingga rata
5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi
6. Masukkan air asam jawa yang dah dibancuh
7. Masukkan gula dan garam secukup rasa
8. Siap dan sedia untuk dihidang

Selamat mencuba !

:::::::::::::: RESEPI LEMAK LABU ::::::::::::::::::::Hidangan untuk 5 orang Bahan-bahan1. Bawang kecil (5 biji)2. Ikan b...
04/05/2016

:::::::::::::: RESEPI LEMAK LABU ::::::::::::::::::::

Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan

1. Bawang kecil (5 biji)
2. Ikan bilis (segenggam)
3. Kunyit hidup (2 inci)
4. Belacan jenama belacan sedap (1 inci)
5. Cili padi (ikut citarasa kepedasan masing-masing)
6. Labu kuning
7. Santan (1 biji kelapa)
8. Daun kunyit

Cara-cara

1. Kisar bawang, ikan bilis, kunyit hidup, belacan, cili padi
2. Panaskan minyak dalam periuk
3. Masukkan bahan kisar sehingga naik bau
4. Masukkan air
5. Masukkan labu kuning dan gaul sehingga rata
6. Tunggu sehingga labu empuk
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
8. Dah didih..masukkan santan
9. Kacau jangan sampai pecah santan
10. Pastikan api kecil
11. Carik dan masukkan daun kunyit
12. Siap
13. Sedia dihidang

Feedback dari customer. Thank you Sis Nudra Syafini
03/05/2016

Feedback dari customer. Thank you Sis Nudra Syafini

::::::::::: RESEPI LEMAK REBUNG :::::::::::Bahan-bahan1. Rebung2. Bawang besar 2 biji3. Udang kering4. Cili padi ikut ci...
03/05/2016

::::::::::: RESEPI LEMAK REBUNG :::::::::::

Bahan-bahan
1. Rebung
2. Bawang besar 2 biji
3. Udang kering
4. Cili padi ikut citarasa kepedasan masing-masing
5. Belacan sedap 1 inci
6. Santan 1 bij kelapa

Cara-cara
1. Tumbuk / kisar bawang besar, udang kering, cili padi dan belacan
2. Masukkan santan dan sedikir air ke dalam periuk dan kacau sehingga rata
3. Masukkan bahan yang dah ditumbuk sehingga sebati
4. Masukkan rebung
5. Masukkan garam, gula dan sebuk kunyit secukup rasa
6. Siap
7. Sedia dihidang

Alhamdulillah. Barang dah ready untuk dihantar kepada agen. Berminat menjadi agen kami? Pls call 0197710249 atau whatsap...
02/05/2016

Alhamdulillah. Barang dah ready untuk dihantar kepada agen. Berminat menjadi agen kami? Pls call 0197710249 atau whatsapp 017-7114875. Terima kasih.

::::::::::::::::: RESEPI ASAM PEDAS PARI MAKTEH::::::::::::Bahan-bahan1. Bawang besar ( 3 biji - 1 utk dihiris, 2 utk di...
02/05/2016

::::::::::::::::: RESEPI ASAM PEDAS PARI MAKTEH::::::::::::

Bahan-bahan
1. Bawang besar ( 3 biji - 1 utk dihiris, 2 utk dikisar)
2. Halia sebesar ibu jari
3. Lada kering 2 genggam
4. Daun kesum 3 batang
5. Buah tomato 2 biji
6. Asam jawa segenggam
7. Belacan sedap 1 inci
8. Ikan pari direndam dengan air beras dan asam jawa

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, lada kering, belacan, halia, tomato dan biarkan dulu.
2. Tumis bawang besar sampai garing dan letakkan daun kesum
3. Naik bau, masukkan bahan-bahan yang dah dikisar sehingga garing.
4. Masukkan air asam
5. Dah didih, masukkan ikan
6. Letak garam dan gula
7. Tunggu sehingga ikan dah masak sepenuhnya.
8. Siap dihidang

Address

No. 41, Jalan PI 15/3 TAMAN PULAI INDAH
Johor Bahru
81110

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belacan Sedap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share