02/07/2020
Salam Jumaat semua.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillahi rabbil a'lamiin Wassolatuwassalamuala asrofil anbia iwalmursalin Wa'ala alihi wasohbihi ajmain..
kami bersyukur kerana Engkau telah melanjutkan usia kami hingga kehari ini.
semoga awal pagi ini membawa rahmat, pertengahan hari ini memberi nikmat dan akhirnya dipenuhi berkat.
indahkan pagi hari ini dengan syukur, ceriakanlah hati kami dengan senyuman, semoga kami dapat jalani hari ini dengan keikhlasan dan semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar.
jadikan pagi ini pembuka pintu rezeki dan kebarkahan, pintu kebaikan dan nikmat, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga bagi kami.
lindungilah kami dan keluarga kami dengan kasih sayangMu, sesungguhnya hidup dan mati kami adalah keranaMu.َ
kami memohon , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu .
Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak pasangan kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar
Wassolallahhu 'ala sayyidina Muhammad Wa'ala alihi wasohbihi wasalam Walhamdulillah hirabbal a'lamiin
Aamiin Aamiin Ya Allah Ya Mujib.