Pustaka Kodok

Pustaka Kodok Menjual buku-buku terpakai dan juga buku baru, sejak 2018

Terjual ❌ Ini adalah sebuah buku yang berlainan dari buku-buku yang lain: Kisah tiga orang saudara perempuan yang digela...
31/08/2026

Terjual ❌ Ini adalah sebuah buku yang berlainan dari buku-buku yang lain: Kisah tiga orang saudara perempuan yang digelar 'Tiga Puteri Gemilang' yang tanpa diduga telah membantu mengubah perjalanan negara Malaysia.

Dua daripada mereka mengahwini Perdana Menteri kedua dan ketiga, dan salah seorang daripadanya menjadi ibu kepada Perdana Menteri keenam.

Mereka berasal dari keluarga yang mempunyai kedudukan di Muar. Bapa mereka, Allahyarham Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar, adalah seorang yang terkemuka dan telah menempa nama dalam bidang politik serta dunia korporat.

Buku ini adalah mengenai bagaimana Tiga Puteri Gemilang ini - Fakhriah, Suhailah dan Rahah - membesar dan menghadapi kehidupan sebagai isteri dan ibu mentakrif semula pengertian kelembutan, keanggunan dan penyesuaian diri.

Buku ini akan membuatkan orang jati Muar berasa megah kerana orang Muar memang sebenarnya luar biasa.

Dan sekarang mereka mempunyai sebab untuk lebih berbangga, kerana walaupun Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak berasal dari Pekan, tetapi beliau tetap juga mempunyai pertalian darah dan asal usul dari Muar. Ibunya, salah seorang daripada Tiga Puteri Gemilang ini, dilahir dan dibesarkan di Muar.

Datuk Dr Fawzia Abdullah telah menulis sebuah buku yang sangat manakjubkan dengan gaya yang bersahaja dan melalui kemahiran bahasanya, beliau dapat bercerita dengan jujur mengenai salah satu keluarga yang terkenal di negara kita

•Tiga Puteri Gemilang : Fakhriah - Suhaila - Rahah

•Ditulis oleh Fawzia Abdullah, kata pengantar oleh Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Hishamuddin Tun Hussein Onn

•MPH 2014, kulit keras, ada dusk jacket, buku size besar dan berat, 369 mukasurat

Rm80

https://wa.link/q5bn5p
0124782131

Terjual ❌ Penerbitan Khas 53 Tahun Merdeka 1957-2010 : Malaysia 47 Tahun 1963-2010Cetakan 2010 Arkib Negara Malaysia, 13...
30/08/2026

Terjual ❌ Penerbitan Khas 53 Tahun Merdeka 1957-2010 : Malaysia 47 Tahun 1963-2010

Cetakan 2010 Arkib Negara Malaysia, 130 mukasurat

Kata pengantar oleh Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Rais Yatim

Rm35

https://wa.link/q5bn5p
0124782131

Buku-buku berkenaan Merdeka dan Malaysia yang akan dimasukkan malam nanti.
30/08/2026

Buku-buku berkenaan Merdeka dan Malaysia yang akan dimasukkan malam nanti.

Gambaran Tanah Melayu selepas kejatuhan Portugis di Melaka pada abad 17.Johan Nieuhof, seorang pengembara dan wakil syar...
29/08/2026

Gambaran Tanah Melayu selepas kejatuhan Portugis di Melaka pada abad 17.

Johan Nieuhof, seorang pengembara dan wakil syarikat VOC, telah mendokumentasikan hal tersebut di dalam buku ini.

1. Wanita Hebat Melaka: Nieuhof terkejut dan kagum melihat betapa dominan dan aktifnya wanita tempatan dalam urusan tawar-menawar serta barter antarabangsa di pelabuhan. Budaya yang amat berbeza dengan Eropah pada waktu itu.

2. Geopolitik Johor: Nieuhof menyentuh tentang Pulau Singapura sebagai sebahagian daripada kekuasaan Kesultanan Johor. Beliau merekodkan ketegangan geopolitik serantau dan juga ancaman lanun atau perahu-perahu pahlawan laut (Orang Laut) yang sering meronda perairan tersebut bagi pihak Sultan atau demi kelangsungan hidup mereka sendiri.

3. Merekodkan lagenda Parameswara dan Raja-Raja Temasek: Nieuhof adalah antara penulis Eropah yang menyalin dan merekodkan kisah lisan tempatan (sejarah Melayu) berkenaan Parameswara. Beliau menceritakan asal-usul bagaimana Raja-raja "Sinkapura" berhijrah dan akhirnya membuka Melaka. Ini adalah satu pengesahan pihak Barat yang terawal terhadap keabsahan sejarah Kesultanan Melayu sebelum era Inggeris.

4. Asal-Usul "Kaki Lima": Tahukah anda Nieuhof adalah antara orang Barat terawal yang merekodkan reka bentuk bangunan komersial dengan "kaki lima untuk pejalan" di Melaka? Inilah asas kepada seni bina kaki lima yang ikonik di Malaysia.

5. Bangsa yang ganjil: Beliau melakar dan mencatat kehidupan masyarakat Eurasia Luso-Melayu (campuran Portugis dan Melayu) yang masih mempertahankan identiti dan budaya mereka di celah-celah penguasaan pentadbiran Belanda.

6. Menyusuri Patani: Nieuhof merakam kekagumannya terhadap keagungan Masjid Krue Se di Patani, yang disifatkannya sebagai binaan bata merah yang amat megah dan disaluti emas.

*Buku ini telah terjual

Perkongsian: Amin Sweeney sebenarnya mempunyai sanad ilmu Wayang Kulit yang diturunkan oleh seorang Tok Dalang terkenal ...
27/08/2026

Perkongsian: Amin Sweeney sebenarnya mempunyai sanad ilmu Wayang Kulit yang diturunkan oleh seorang Tok Dalang terkenal di Kelantan bernama Awang Lah. Bertahun Amin Sweeney berguru dengan beliau di kampung sehingga mendapat ijazah sanad tersebut.

Dengan pengalaman itu, Amin Sweeney menulis kajian dan pengalamannya dan mendapatkan Dr. (Phd) di University of London pada tahun 1970, dan demikian terbitlah naskah agung ini.

Professor Syed Naquib Al-Attas menjadi salah seorang yang membantu dan mendorong beliau untuk membuat kajian ini.

*Buku ini telah terjual.

Perkongsian: Wanita pada muka hadapan buku ini adalah anak kepada Harimau Malaya (Mahmood Mahyideen), dan juga cucu kepa...
26/08/2026

Perkongsian: Wanita pada muka hadapan buku ini adalah anak kepada Harimau Malaya (Mahmood Mahyideen), dan juga cucu kepada Raja Patani yang terakhir.

Buku ini diterbitkan pada tahun 1960. Penulis mengambil gambar-gambar suasana dan kehidupan di Terengganu dan Kelantan.

Katanya penulis adalah jurugambar pioneer yang mempromosikan negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaya, Singapura dan Borneo. Beliau juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Nasiruddin Terengganu di mana mereka berdua kongsi hobi fotografi.

*Buku ini sudah terjual.

Pernahkah bayangkan rupa bentuk Tanah Melayu pada awal 1800-an sebelum wujudnya jalan raya dan infrastruktur moden? Baya...
19/08/2026

Pernahkah bayangkan rupa bentuk Tanah Melayu pada awal 1800-an sebelum wujudnya jalan raya dan infrastruktur moden? Bayangkan meredah hutan tebal seorang diri dan berdepan dengan pelbagai ancaman semata-mata demi melukis sekeping peta.

Itulah realiti kehidupan John Turnbull Thomson.

Pada tahun 1838, beliau telah dihantar untuk membuat kerja-kerja ukur tanah di ladang-ladang besar British di sekitar Pulau Pinang dan Johor.

Beliau hidup terasing di pedalaman hutan Malaya, tetapi pengalaman itulah yang membuatkan beliau sangat rapat dengan masyarakat tempatan sehingga fasih berbahasa Melayu. Malah, ketelitian beliau memetakan pesisir pantai Timur Semenanjung Malaysia telah menarik perhatian pentadbiran British, yang kemudiannya menaikkan pangkat beliau sebagai Juruukur Kerajaan di Singapura.

Koleksi besar lukisan beliau mengenai Singapura zaman awal telah dipelihara oleh keluarganya di New Zealand, dan kini diterbitkan buat pertama kalinya.

An Early Surveyor in Singapore : John Turnbull Thomson in Singapore 1841-1853
Singapore National Museum, John Hall - Jones and Christopher Hooi
Published in 1979, hardcover with dusk jacket, 136 pages, glossy papers
Book is in great condition

RM250

https://wa.link/q5bn5p
0124782131

Many of us will remember the journey to achieving Merdeka and the journey thereafter. For many too, it is just something...
19/08/2026

Many of us will remember the journey to achieving Merdeka and the journey thereafter. For many too, it is just something of the past as we were not involved or even born yet. But for all Malaysians, Merdeka was, is and will always be a day of commemoration.

The Crescent. The Star. The Stripes., will takeyou on a journey of "experiences". From the nation's
first Prime Minister to our current Prime Minister, all have participated in building the nation we proudly call Malaysia. These men have left us with some remarkable words which are great encouragers for citizens, any country would desire.

The poems penned for each year from 1957 to 2007, describe a journey that started way before 1957 and one that will continue beyond 2007. It is penned for all of us who proudly call ourselves Malaysians It is penned for those who stand tall when the Negaraku is sung. It is penned for the pride that comes when the Jalur Gemilang is hoisted.

The Crescent The Star The Stripes
Bernice Narayanan, published in 2008
Hardcover with dusk jacket, coffee table book, 160 pages
NOS condition

RM65

Arts and Crafts of IndonesiaAnne Richter, published in 1994Big size book, 160 pagesAnne Richter's authoritative text-bas...
19/08/2026

Arts and Crafts of Indonesia
Anne Richter, published in 1994
Big size book, 160 pages

Anne Richter's authoritative text-based on her extensive research and knowledge of Indonesian decorative arts-together with more than 150 color photographs, offers a vivid portrait of Indonesian societies, the essential role of artistic accomplishment in the community and in the lives of the native people, and a representative sampling of the wide range of crafts they create.

Here are world-renowned Indonesian textiles; marvelous wood and horn carvings; ceramics ranging from simple, beautifully wrought cooking pots to elaborate terracotta modeling; metalwork in the shape of jewelry or folk bronzes; masks and puppets; and decorative ephemera made from grasses or fruits, leaves, vines, and bamboo, as well as other products from this tropical garden paradise.

Beautiful color photographs, taken especially for this volume by decorative arts photographer John Storey, represent the different artistic media. A reference section completes the book, offering detailed advice on collecting and conserving these native arts and crafts; a glossary; a bibliography; and a guide to museums and galleries with collections of Indonesian textiles.

Rm60

Wasiat Dalam IslamAbdul Rashid Haji Abdul Latif, cetakan pertama 1986 UKM, 150 mukasurat, Kondisi NOSRm20
18/08/2026

Wasiat Dalam Islam

Abdul Rashid Haji Abdul Latif, cetakan pertama 1986 UKM, 150 mukasurat, Kondisi NOS

Rm20

Address

Kajang
43650

Telephone

+60124782131

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pustaka Kodok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pustaka Kodok:

Shortcuts

Share

Category