LEK IsiUkm

LEK IsiUkm Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LEK IsiUkm, Shopping & retail, Kajang SILK, Kajang.

12/04/2022

Dalam perniagaan, Imam Ghazali menekankan 3 prinsip.

1) Berniagalah untuk membahagiakan dirimu
2) Berniagalah untuk membahagiakan keluargamu
3) Berniagalah untuk membahagiakan masyarakatmu

Ihsan atau berbuat kebajikan dalam perniagaan sememangnya menjadi tuntutan dalam Islam. Malah, menurut Imam Al-Ghazali, ihsan merupakan satu prinsip yang menempati status yang lebih tinggi berbanding prinsip-prinsip lain seperti adil dan jujur yang turut menjadi sebahagian kewajipan bagi setiap peniaga.

Rezeki yang diperoleh dengan cara ihsan tanpa merugikan orang lain akan membawa barakah atau keberkatan. Keberkatan perniagaan mampu menatijahkan kepuasan, kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang hakiki kepada peniaga walaupun hasil keuntungan tampak sedikit.

semoga kita menerapkan nilai prinsip berniaga yg ditekankan oleh Imam Ghazali.





LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN SESI 21/22

07/04/2022

Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing kita kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kejahilan mereka.

Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib AS, Rasulullah SAW telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat





LAJNAH EKONOMI KEUSAHAWANAN ISIUKM 21/22

05/04/2022

Bidang keusahawanan tentunya menjanjikan masa depan yang cerah andai ianya diurus dan digunakan dengan sebaik mungkin.

Diantara tokoh usahawan Muslim yang berjaya ialah Tan Sri Syed Moktar Al Bukhary yang tersenarai di dalam 10 usahawan yang berjaya di Malaysia. Ikuti Pesanan yang disampaikan beliau kepada bakal usahawan

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.
Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.

Semoga kita sama-sama tergolong sebagai usahawan muslim yang berjaya, berbakti kepada agama & menurut perintahNya.





LEK ISIUKM 2021/2022

[WEBINAR KEUSAHAWANAN ISLAM : MENGAPLIKASIKAN HALALAN TOYYIBAN DALAM PERNIAGAAN]Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahter...
07/02/2022

[WEBINAR KEUSAHAWANAN ISLAM : MENGAPLIKASIKAN HALALAN TOYYIBAN DALAM PERNIAGAAN]

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera warga UKM

Anda semua dijemput untuk menghadiri WEBINAR KEUSAHAWANAN ISLAM : MENGAPLIKASIKAN HALALAN TOYYIBAN DALAM PERNIAGAAN

Webinar kali ini akan mengupaskan tentang konsep dan ciri-ciri perniagaan patuh syarie yang patut diamalkan oleh setiap usahawan muslim. Topik ini akan dibahas oleh panel pakar muamalat Malaysia.

Butiran program adalah seperti berikut:
🗓 Tarikh: 12 Februari 2022 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pm - 10.30 pm
💻 Platform: FB LIVE ISIUKM

Para peserta diminta untuk mendaftarkan diri:
https://forms.gle/fx2ZYHeGtYfhpvbD9

E-Sijil dan i-Star disediakan‼️ 🤩🤩🤩

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi nombor yang tertera:

📞 http://www.wasap.my/60139329705 (Irfan Hadi)

📞 http://www.wasap.my/601117858260 (Nur Baiti)

Ayuh bersama-sama memeriahkan webinar ini dengan kehadiran anda semua💪🏻💪🏻💪🏻

LAJNAH EKONOMI & KEUSAHAWANAN
ISIUKM & PERDANA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2021/2022

COKLAT? BUNGA ? Hmm bosannya 😭Tak tahu nak hadiahkan apa pada orang tersayang?!! Jangan risau laa korang EMBROIDERY KAN ...
08/01/2022

COKLAT? BUNGA ? Hmm bosannya 😭

Tak tahu nak hadiahkan apa pada orang tersayang?!!

Jangan risau laa korang
EMBROIDERY KAN ADA🤩

Ini sangat sesuai untuk
✨Sahabat.
✨Ahli keluarga.
✨Pasangan halal anda.
✨Perhiasan rumah dan bilik.
✨Pasangan yang baru berkahwin
Dan banyak lagi.🤩

✅ Preorder.
✅Tidak urgent.
✅ Rm 10 postage serta wrapping dan wishnote.

Kami sedia membantu anda🥰

Berminat ?🥰Boleh terus tekan link untuk maklumat lanjut.
wasap.my/601119127737/preorderembroidery






01/01/2022

Perbelanjaan
terbahagi kepada 3

1. Perbelanjaan asas - keperluan seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya

2. Perbelanjaan kehendak - memenuhi kemahuan dan kehendak

3. Perbelanjaan bermewahan -untuk belanja perkara-perkara yang mahal dan mewah




LEK ISIUKM 2021/2022

28/12/2021

Muliakan dirimu, wahai wanita.



25/12/2021

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

• BAITUL MAL

– Merupakan perbendaharaan dan mempunyai peranan yang lebih penting selain menyimpan dan mengagihkan harta kerajaan.

– Berperanan dalam membentuk dan menggubal polisi kewangan dan pembiayaan awam yang kini dilakukan oleh Kementerian Kewangan;

– Melaksanakan tugas Bank Pusat terutama sebagai “lender of last resort” atau peminjam terakhir;

– Membentuk dasar dan melaksanakan perancangan dan pembangunan negara.

– Berperanan mengutip segala kutipan (zakat dan cukai lain) yang wajib mahu pun harus.

• WAQAF

– Merupakan institusi agama yang sah di mana seseorang dapat mendermakan sebahagian daripada hartanya untuk tujuan agama atau kebajikan. Ulama Islam telah memutuskan bahawa institusi ini dibenarkan untuk memiliki harta. Waqaf dibenarkan untuk menjual dan membeli, boleh berhutang dan memberi hutang dan boleh disaman dan menyaman. Ciri-ciri yang ada pada juridical person terdapat pada waqaf.

• INSURANS

– Operasi insurans berlaku di zaman selepas kewafatan Rasulullah, apabila pedagang- pedagang perdaganagan antarabangsa pada masa dahulu berpakat dan berkongsi melaksanakan sistem insurans untuk mengurangkan risiko kerigian melalui pembahagian keuntungan. Malaysia mula menubuhkan Syarikat Takaful Malaysia Berhad pada 15 Julai 1985 dan MNI Takaful Sdn. Bhd. yang ditubuhkan beberapa tahun kemudian.Objektif Takaful adalah untuk menyediakan perlindungan kepada masyarakat Islam yang ditimpa malapetaka melalui mekanisme yang selaras dengan syarak iaitu secara mudharabah.

Siapa yang tidak mensyukuri manusia maka dia tidak mensyukuri Allah" .(HR. Abu Daud dan At-Turmuzi).Syukur itu diwujudka...
23/12/2021

Siapa yang tidak mensyukuri manusia maka dia tidak mensyukuri Allah" .(HR. Abu Daud dan At-Turmuzi).

Syukur itu diwujudkan dalam tiga aspek :

a. Syukur dengan hati, yaitu menyadari dan menyakini bahwa semua nikmat dan karunia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya.

b. Syukur dengan lisan, yaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya.

c. Syukur dengan perbuatan, yaitu taat beribada kepada-Nya dan menggunakan karunia itu untuk kebaikan.




LEK ISIUKM SESI 2021/2022

Address

Kajang SILK
Kajang
43000

Telephone

+60174259065

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LEK IsiUkm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share