Kawah Buku

Kawah Buku Sebuah pojok buku sederhana menampilkan judul berwibawa rangkum falsafah, sejarah, sastera dan budaya. Real Books for Real Readers.

Juga sebuah pojok wacana yang mandiri, aktif dengan siri wacana dan diskusi melingkar judul-judul buku terpilih, seputar membangun akal budi massa.

Tahun ini Kawah Buku tetap setia dengan Bazar Buku Antarabangsa Johor. Kali ini kita masuk di bawah label imprint kami S...
20/08/2026

Tahun ini Kawah Buku tetap setia dengan Bazar Buku Antarabangsa Johor. Kali ini kita masuk di bawah label imprint kami Soeloeh Merdeka.

Kenapa, jangan ditanya.

Kalau nak tanya juga, nanti tanyakan pada Nisa, Icha dan Iskandar yang akan berada di sana sepanjang hari 10 pagi-10 malam.

Jangan ingat Kawah Buku tak ada ya. Sehingga berjumpa semuaaa.

19/08/2026

Jadi dalam ruang yang dikatakan terbuka ini, dan bebas, dan adil, saksama, kita ini semua equals, sebenarnya kita tak ada equality. Kerana dari dulu lagi, zaman kolonial dia berbalik kepada persoalan kapital.

Kapital itulah yang memperbolehkan kita bergerak, jadi orang miskin tak boleh bergerak.

—Farish A. Noor, Sejarah Yang Tak Diajar, Ep.6.

Tonton video penuh episod keenam Sejarah Yang Tak Diajar ‘Modal Sebagai Pasport’ di saluran Youtube Projek Budhiman.

Jika anda s**a dengan kandungan sebegini, jangan lupa untuk tinggalkan like dan subscribe.

17/08/2026

Kita nak kamu masyarakat lokal kekal mundur agar kita dapat merasa bahawa kita di tempat yang eksotik.

Jadi itulah kosnya. Itu harga yang dibayar untuk mengekalkan mitos eksotik iaitu kemunduran masyarakat yang dikatakan eksotik.

— Farish A. Noor, Sejarah Yang Tak Diajar Ep.6

Tonton video penuh episod ini di saluran Youtube Projek Budhiman. Jangan lupa untuk like dan subscribe.

15/08/2026

Generasi ini datang, dia tak sedar mereka mengikut jejak, jalur-jalur yang sama, yang dahulunya membawa Raffles dan Crawfurd dan segala imperialis dan kolonialis.

Jadi apakah jalur itu? Jalur itu adalah pergerakan kapital. Kapital itulah yang membolehkan mereka ini daripada negara-negara kaya datang ke negara-negara membangun yang dianggap eksotik.

—Farish A. Noor, Sejarah Yang Tak Diajar Ep.6.

Tonton video penuh episod keenam podcast Sejarah Yang Tak Diajar di saluran youtube Projek Budhiman.

Jangan lupa subsribe dan share.

14/08/2026

Dalam episod keenam ini, Farish A. Noor membincangkan sisi gelap di sebalik trend bekerja dengan laptop di mana-mana sahaja yang semakin pop**ar di Asia Tenggara, terutamanya di destinasi seperti Bali dan Da Nang.

Kita sering melihat imej indah di media sosial, namun apakah realiti sosio-politik dan ekonomi yang tersembunyi di sebaliknya? Adakah fenomena digital nomad hari ini sebenarnya hanyalah pengulangan sejarah kolonial abad ke-19?

Tonton video penuh episod terbaharu Sejarah Yang Tak Diajar di saluran Youtube Projek Budhiman. Jangan lupa untuk like dan share.

19/07/2026

Adakah peta sekadar rujukan geografi yang neutral dan saintifik?

Dalam episod kelima siri Sejarah yang Tak Diajar, Farish A. Noor meneliti realiti di sebalik garisan peta yang sering kita anggap objektif. Beliau menjelaskan bahawa peta sebenarnya adalah dokumen kuasa yang mencerminkan keinginan, cita-cita, dan juga ketakutan pihak penjajah.

Daripada peta Pulau Jawa oleh Stamford Raffles sehinggalah kepada penggunaan Waze dan Google Maps pada hari ini, Farish A. Noor mengajak kita untuk beralih daripada sekadar ‘melihat’ peta sebagai gambar kepada ‘membaca’ peta secara kritis.

Tonton episod penuh di saluran Youtube Projek Budhiman. Akan dimaklumkan sekiranya telah dikemaskini di Spotify dan Apple Podcast.

Jemput subscribe dan share!

20/06/2026

Dalam episod keempat Sejarah Yang Tak Diajar, kita menyelami persoalan bagaimana sistem kapitalisme telah meresap masuk ke dalam jati diri dan budaya kita secara halus.

Farish A. Noor dalam episod ini membincangkan konsep 'Colonial Capitalism' yang dipelopori oleh Syed Hussein Al-Attas. Berbeza dengan penjajahan lama, sistem ini berfungsi sebagai sebuah empayar perniagaan yang mengubah struktur ekonomi kita untuk sentiasa bergantung kepada kuasa besar.

Walaupun sistem ini kelihatan seperti 'Monster Hydra' yang s**ar dikalahkan, kita sebenarnya mempunyai kuasa agensi. Melalui refleksi sejarah dan tindakan sedar, kita mempunyai kuasa untuk menentukan semula arah tuju hidup kita.

Tonton episod penuh di saluran Youtube Projek Budhiman. Buat masa ini siaran di Spotify dan Apple Podcast belum dikemaskini.

Jemput tonton, subscribe dan share!

14/06/2026

Apa Respon Farish A. Noor apabila menerima Mahakamus titipan Faisal Tehrani?

Mula berenam. Berakhir lima. Satu terkandas di pertengahan. Iskandar terpaksa berundur lebih awal. Di balik kami berenam...
08/06/2026

Mula berenam. Berakhir lima. Satu terkandas di pertengahan. Iskandar terpaksa berundur lebih awal. Di balik kami berenam p**a, ada Faisal Tehrani yang menopang kami. Ada Mad Koy, ada Amin Landak, ada Rahmat. Dan tanpa anda semua, tiadalah cerita ini. Apapun satu cerita telah tertutup. Terima kasih untuk sepuluh hari yang penuh babak. Terima kasih yang membeli walau untuk apa sebab sekalipun. Terima kasih yang menyokong, yang menolong, yang tersenyum, yang berborak, yang mengecop, yang bersabar dan segalanya. Mohon maaf untuk hal yang tak memuaskan.

Nadim yang akan bertukar namanya selepas ini berkata, “Mari kita terus melawan imperialisme!”

Sehingga berjumpa dalam cerita yang akan datang.

—Azan, Nisa, Icha, Is, Ira & Aina.

Address

Bandar Baru Bangi
Kajang

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 12:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawah Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category