06/12/2021
Semoga Bermanfaat
💓
Untaian Nasihat dari Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek Bakhour Al Hasani 🌹
🔹 Anakku, masalah kita pada hari ini adalah meletakkan harapan yang berlebihan kepada dunia. Serahkan segala urusanmu kepada Allah dan terimalah segala yang datang daripada Allah tidak kira ianya berbentuk positif atau negatif. Tunduk dan akur pada kehendak dan keinginan Allah, bukan sebaliknya. Jika tidak, engkau hanya akan menanggung kebingungan yang sia-sia di dalam kehidupan.
🔹Tidaklah dinamakan kehidupan jika tidak diuji dengan sebarang permasalahan dan kesusahan. Bagaimana engkau dapat memperolehi ganjaran dari Allah andai tidak melepasi sebarang ujian? Maka fahamilah bahawa setiap kesedihan, beban kehidupan atau kesusahan itu hanyalah sebagai jalan untuk Allah memberi ganjaran. Adakah engkau mengharapkan segala ganjaran itu diberi dengan percuma? Mustahil.‼️
🔹 Kehidupan ini merupakan sebuah medan ujian. Engkau diumpamakan hidup di dalam ruang peperiksaan dan bukan ruang kesenangan atau keseronokan. Kelak, ketika engkau kembali kepadaNya, di sanalah akan engkau temui kesenangan dan keseronokan itu. Melainkan, engkau adalah manusia yang tamak yang mengharapkan keduanya, syurga di dunia dan juga syurga di akhirat.
🔹 Usah sesekali engkau abaikan satu realiti dimana engkau diciptakan sebagai manusia dan bukan malaikat. Dia menamakan diriNya sebagai Ar Ghafur, Ar Rahman dan Ar Rahim. Maka, bersyukurlah dengan setiap kesilapan yang engkau lakukan kerana ia mengenalkan engkau kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bergembiralah engkau menjadi hambaNya. ❤️
🔹 Jangan bebankan dirimu dengan kerisauan merasakan engkau sering berlari kepada makhluk. Allah yang meletakkan emosi itu di dalam dirimu dan itulah fitrah semulajadi manusia. Setiap sistem kehidupan telah diatur dan bukannya berada di tanganmu. Serahkan segalanya kepada kehendak Allah. Kita semua hanyalah sekadar asbab. Namun Pemilik segala asbab adalah Allah yang Maha Agung. Asbab tidak mungkin mampu merubah sesuatu tanpa keizinan dari Pemilik asbab.
🔹 Anakku, segalanya adalah dari Allah termasuklah apa yang aku katakan ini, Allah lah yang menginginkan untuk aku mengatakannya.
💝
_____________________
Cik Aqmar
30 Rabiulakhir
5 Dec 2021
9.08pm