04/02/2018
RUMAH PERTAMA : STRATEGI BELI RUMAH LOW COST BERBALOI JIKA ANDA GUNA TEKNIK INI
Amaran ⚠️ baru nak beli rumah pertama, ini anda harus baca dulu sebelum buat keputusan
Memang ada yang sinis tentang hartanah "low cost" terlalu banyak cerita seram dan jelek biasa mereka dengar tentang hartanah yang kita biasa panggil "low cost" diantaranya;
#1 - Rumah "low cost" ni kalau beli nak buat apa, banyak myanmar bangla dan indon je duduk.....beg tangan I LV tau ha ha ha mana standard
#2 - Rumah "low cost" ni biasanya mentaliti yang tinggal kurang best sikit.... selalunya kotor buang sampah merata rata... "dik jangan ada yang buat perangai buang sampah dari tingkat 20 dik" aduhhh matilanak
#3 - Rumah "low cost" ni selalu masalah parking, bukan double park tapi triple park pun ada.... kalau nak tau best ke tak "cubalah bang, buat double park then tarik hand brake" ha ha ha kalau bercalar kereta kau jangan marah
#4 - Rumah "low cost" ni selalu golongan pendapatan rendah sahaja tinggal dan ramai juga orang lama lama dah pencen, jadi ramai juga yang terlebih masa dan terlebih ambil berat ha ha ha... ramai majlis ahli mesyuarat tingkap ha ha ha kepochi
Apa apa pun, diatas adalah perkara biasa mereka fikirkan tentang "low cost"
Namun, berberapa perkara kita selalu lupa kenapa jika ada peluang "kita harus ambil"
⚠️ PERKARA HARUS TAHU LOW COST
Ramai yang mampu miliki tetapi tidak layak, ini realiti hartanah "low cost".... Kalaulah tiada sekatan abam yakin ramai dah beli hartanah ni berpuluh puluh biji
Kenapa dan Bagaimana?
Ramai terlepas pandang peluang peluang begini kerana lebih fikirkan yang buruk dari yang baiknya tentang hartanah ini....
Baiknya hartanah "Low Cost" adalah
#1 - Tentunya ia harga paling mampu milik, bayangkan di Bangsar ada lagi "low cost" dengan harga Rm 175k dan Shah Alam Rm 130k
#2 - Tentunya kadang kala bayaran bulanan bank lagi murah dari sewaan.
Sebagai contoh
jika kita kira, harga 175k di Bangsar bulanan bank sebulan sekitar Rm 750 sahaja dimana sewaan pun hampir sama... malah kadang kala ada je "low cost" disewakan lebih dari harga ini
Inilah abam kata, kadang kala sewa jauh baik beli dari menyewa. Kalau ada peluang lagi tentu baik beli sekurangnya korang miliki sendiri.
#3 - Tentunya bila sampai masa nak rasa rumah lebih baik, rancang nak pindah rumah lagi besar dan selesa...
Ini abam panggil "Rumah Transit" beli tinggal sementara dan bila dah mampu kita sewakan
Kerana harga yang cukup berbaloi, sekurang kurangnya, rumah tadi paling mudah disewakan.... nak sewa sebiji pun boleh dan nak sewakan ikut bilik pun boleh...
Hak awak kan??
Kalau di bandar bandar besar paling mudah sewakan ikut bilik pun dah jadi berbaloi hasilnya.....
Katakan seunit rumah ada 3 bilik maka, katakan mereka sewakan bilik single rm 300 dan bilik besar lain Rm 350 ke Rm 450
Nampak tak? Bulanan hanya Rm 750 tadi kini anda mampu sewakan Rm 1100
** lagi banyak kemudahan anda beri, lagi baik harga sewanya
JIKA ANDA MASIH LAYAK
Jadi, jika anda layak beli "low cost", anda memang harus memburu rumah pertama "low cost" anda kerana ia selalunya untuk rumah pertama
Anda boleh semak kelayakan anda jika mahu
www.wasap.my/601120798578/RumahPertama
Mana tahu ada rezeki anda untuk miliki hartanah pertama anda tahun 2018 ini
Tahniah jika anda sudah membaca dan mulakan misi pencarian hartanah anda
Kipidap
Dongibab
CREDIT KPD MENTOR SY
Syahrizat Mohd Halid
ABAM PEGANG BURUNG