Kafe Buku Oakheart - #KABO

Kafe Buku Oakheart - #KABO Sejak 2014, (Kafe Buku Oakheart) dibuka sebagai ruang stimulasi seni dan aktiviti sastera yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Ada tak benda yang menyeramkan anda dahulu sudah tidak menakutkan anda lagi?Contoh, dulu dengar cerita pontianak atau to...
06/04/2022

Ada tak benda yang menyeramkan anda dahulu sudah tidak menakutkan anda lagi?

Contoh, dulu dengar cerita pontianak atau tonton dalam sebaran Internet, rasa seram sahaja. Cepat-cepat tutup mata.

Sekarang ini, siap tekan butang 'pause', mahu lihat lama-lama penampakan hantu yang dirakam berada di atas pokok sambil berkata, "Oh..."

Begitulah penulisan. Pada peringkat awal, kita tak mahu kerana takut.

Takut apa?

Takut tak ada bakat
Takut silap
Takut tak sedap
Takut tak dibaca
Takut buat separuh jalan

Sejumlah hantu tanpa wajah kita wujudkan terhadap amalan menulis untuk kebahagiaan diri.

Selepas kita dihembus angin ilmu, mahu dan tahu datang bersama, hantu-hantu itu tidak wujud lagi.

Mahukan anda dihembus kesegaran angin itu?

Lihat panduan di https://bit.ly/vsspr2022

Menulis dari hati biar sampai ke hati.Jemputan merasa manisnya 'kurma kehidupan' dengan menggandakan makna hidup sesuai ...
05/04/2022

Menulis dari hati biar sampai ke hati.

Jemputan merasa manisnya 'kurma kehidupan' dengan menggandakan makna hidup sesuai dengan laluan usia.

Apa caranya?

Melalui kemahiran menulis.

Kita bukan mahu menjadi pengarang besar.

Kita mahu apa yang kita tulis berbaloi.

Tulis di Facebook, dihargai.
Tulis di WhatsApp keluarga, dirasai.
Tulis sebagai buku, dijunjung hormat isinya.

Sebab itulah kita memilih lakukan sekali seumur hidup belajar ilmu mengarang cerita.

Tetapi kita pun berkira-kira.

Masa kita mahal, maka kita memilih majlis ilmu yang berbaloi diikuti dan guru yang melepasi ujian masa.

Jika demikian, daripada siapa kita akan belajar ilmu mengarang yang berbaloi?

Ambil daripada tangan-tangan mereka yang sudah 10, 20, 30 dan 40 tahun menghidupkan tulisan sendiri.

Ustaz Ann Wan Seng
Ustaz Syaari Ab Rahman
Puan Rafidah Abdul Aziz
Ustaz Zahiruddin Zabidi
Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Ustaz Imran Zaki
Tuan Aiman Amri
Tuan Hafizul Faiz
Tuan Ahmad Isa
Tuan Zamir Mohyedin

Ambil petua dan panduan daripada mereka di Sekolah Penulisan Ramadan.

Terus ke komen pertama.

Harta Qarun tenggelam dan harta penulisan terapung.Ini dikatakan sebahagian daripada istana Qarun.Disebutkan, keluasan p...
11/03/2022

Harta Qarun tenggelam dan harta penulisan terapung.

Ini dikatakan sebahagian daripada istana Qarun.

Disebutkan, keluasan padang pasir di hadapan istana dan tasik seluas 1,270 km persegi ini adalah keluasan ruang yang menampung harta yang dimilikinya.

Apabila masuk ke dalam istana ini, ada sebuah lubang pada lantai. Kata pengiring, mahu mengambil harta semudah hulurkan tangan ke bawah dan kautlah sebanyak mana yang mungkin.

Qarun dan hartanya tidak menjadi manfaat kepada kita sekarang kerana perintah agar mengagihkan harta dari langit tidak disambut.

"Syukurlah kita tak jadi Qarun, harta banyak yang menenggelamkan dia."

Nanti dahulu.

Setiap orang ada harta tersendiri. Apabila tidak diagihkan, maka ia menenggelamkan dirinya. Dilupakan, tidak dianggap sebagai manfaat dan disifatkan tidak relevan ketika dia ada.

Harta itu adalah harta pengalaman dan pengetahuan yang dituliskan.

Siapa akan manfaatkannya?

Anak-anak dan pasangan ketika kita ada dan tidak ada. Penulisan kita adalah peneguh hati mereka ketika mereka diasak ujian.

Cucu-cucu yang baru kenal kita. Dia akrab dengan manfaat penulisan kita.

Cicit yang tidak menemui kita secara jasad, tetapi melalui penulisan.

Orang sekeliling yang menggunakan harta penulisan kita untuk membentuk jalan hidup mereka.

Pengalaman dan pengetahuan kita adalah harta. Harta ini dapat menimbulkan bahagia jiwa dan damai hati hanya apabila ditulis dan diagihkan manfaatnya.

Harta Qarun tenggelam dan harta penulisan terapung.

Hari ini hari Jumaat, hari yang sesuai kita membuat keputusan, menggunakan 11 petunjuk ilmu bagi mengurus harta penulisan ini.

Pendaftaran sudah pun dibuka, lihat 11 petunjuk di https://bit.ly/vsspr2022

Kita sudah biasa melihat dua tajuk ini;Di Bawah Lindungan Kaabah dan...Tenggelamnya Kapal Van Der WijckInilah dua daripa...
09/03/2022

Kita sudah biasa melihat dua tajuk ini;

Di Bawah Lindungan Kaabah dan...
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Inilah dua daripada 120 judul buku tulisan HAMKA.

Lahir pada tahun 1908, meninggal pada tahun 1981.

Tetapi cerita-cerita yang dikarang Buya HAMKA masih hidup sehingga sekarang.

Macam mana kita berusaha agar tulisan kita pun malar segar (evergreen)?

Tulislah sesuatu yang dari hati sampai ke hati.

Ada 11 petunjuk dapat diamalkan, lihat di https://bit.ly/vsspr2022

"Saya lantik kamu menjadi Menteri Kesunyian."Beliau menerimanya. Kerja ini berat, ia melibatkan nyawa.Itu cerita Yoshihi...
08/03/2022

"Saya lantik kamu menjadi Menteri Kesunyian."

Beliau menerimanya. Kerja ini berat, ia melibatkan nyawa.

Itu cerita Yoshihide Suga, Perdana Menteri Jepun yang mewujudkan kementerian berkenaan dan diserahkan kepada Tetsushi Sakamot.

Kesunyian membunuh dalam senyap.

Peningkatan rakyat membunuh diri konsisten selama 11 tahun.

Ia mendesak kepada usaha bagi memastikan kump**an sunyi mendapat perhatian sewajarnya. Majoriti yang menjadi kump**an berisiko adalah wanita.

Rangsangan sosial dan komunikasi disusun seperti satu pelan peperangan, menawan bisu yang ganas mengambil nyawa dalam diam.

Bagaimana p**a kita?

Sunyi itu semakin melebar melibatkan orang dekat dan jauh.

Kita perlu terus menulis dan menyampaikan cerita.

Nampakkan cerita itu dalam penulisan status media sosial.

Timbulkan dalam buku kita.

Apungkan cerita sebagai karya digital.

Cerita mengubah perencanaan manusia apabila kita rancang sebaik mungkin.

Ramadan ini ada 11 panduan berbentuk kuliah akan diberikan. Dapat diulang rujuk berkali-kali.

Seramai 11 orang guru akan menyampaikan 11 topik.

Pintu ada di sini, halakan jari ke https://bit.ly/vsspr2022

Belajar menulis agar bahagia jiwa dan damai hati.

Foto: Kristina Tripkovic (Unsplash)

Hari ini satu dunia meraikan Hari Wanita Sedunia. Asal kejadian sambutan ini bermula pada tahun 1909.  Daripada sebuah g...
08/03/2022

Hari ini satu dunia meraikan Hari Wanita Sedunia. Asal kejadian sambutan ini bermula pada tahun 1909.

Daripada sebuah gerakan politik tertindas, sekarang ia disambut dalam tujuan berbeza.

Zaman sekarang ia diraikan sebagai penghormatan kepada jasa besar kaum wanita.

Sebelum tahun 1909, kedudukan wanita sudah jelas pada mata kita.

1. Dalam senarai nama surah dalam al-Quran, wanita diangkat sebagai nama surah, iaitu surah Maryam dan surah Nisa. Pengajaran, kisah dan kandungan hidup yang lengkap diturunkan oleh Allah dalam setiap ayat.

2. Wanita juga menjadi laluan kepada sejarah dunia apabila melahirkan anak-anak yang diangkat dipilih menjadi nabi. Ada juga kisah ibu Nabi Musa dicatatkan dalam surah Qasas ayat 7.

3. Kerangka pendidikan universiti dicetuskan oleh wanita bernama Fatima al-Fihri. Kekayaan keluarga digunakan dengan menggandakan kekayaan ilmu melalui Universiti Qarawiyyin lebih 1162 tahun lalu.

Wanita yang diabadikan dalam penceritaan menjadi harapan kepada wanita di hadapan.

Perkataan adalah tulisan yang diperkatakan bagi membuka pintu-pintu untuk wanita lain menyempurnakan perjalanan mereka.

Mahukah rakan-rakan di sini melakukan perkara yang sama?

Lihat di sini https://bit.ly/vsspr2022

Foto: Hasan Almasi (Unsplash)

"Sungguh wanita itu berjiwa besar. Apa yang kecil adalah kata-kata orang di sekeliling."Bagi menidakkan kata-kata itu, g...
07/03/2022

"Sungguh wanita itu berjiwa besar. Apa yang kecil adalah kata-kata orang di sekeliling."

Bagi menidakkan kata-kata itu, gunakan kuasa penulisan.

Atur perkataan bagi melenturkan persepsi liar.

Contoh:
Katakan seorang wanita kehilangan anak.

Cara dia menulis kisah sehingga anak meninggal dunia itu boleh berakhir dalam dua keadaan.

Keadaan pertama, tulisan yang menampakkan dia dilihat lemah dan tak reda.

Maka hujan komen diperolehi daripada para pembaca seperti, "Sabarlah," atau "Memang tak boleh jangka hal begini." mencurah-curah.

Keadaan kedua, tulisan yang menampakkan dia bersedih tetapi tenang dan tabah.

Maka hujan komen yang diperolehi daripada para pembaca, "Saya turut bersedih, tetapi cara kamu melaluinya membuat kami mahu kuat bersama-sama kamu," atau, "Kepada Allah kami memohon kebaikan tanpa putus."

Situasi pertama, wanita yang kehilangan anak itu menulis seperti 'laporan'.

Situasi kedua, dia menulis dalam keadaan 'recalling, reclaiming dan recasting.'

Mahukah anda mempelajari penulisan yang mencapai damai hati dan bahagia jiwa?

Klik pada pautan ini: https://bit.ly/vsspr2022

Foto: Heike Mintel (Unsplash)

Jika nak memperbaiki amalan menulis, tak kira sama ada untuk menulis buku atau pada status media sosial sendiri, saya re...
06/03/2022

Jika nak memperbaiki amalan menulis, tak kira sama ada untuk menulis buku atau pada status media sosial sendiri, saya rekomen tiga alat kerja ini.

Ada tiga benda percuma yang mahu diberikan.

Jika dibeli semuanya di luar harganya RM1,117.00

1. Panduan Menerbitkan Buku Sendiri Secara Mudah dan Nampak Profesional

Ini bukan main-main. Panduan ini dibangunkan oleh orang yang membangunkan perkhidmatan penerbitan kepada ramai penulis swaterbit.

2. Mastery Live Webinar Bina Laman Web untuk Penulis agar Buku Mudah Dijual

Orang yang kendalikan webinar ini faham sangat situasi kita bermula dari kosong dan tak faham benar butang-butang teknikal. Tapi entah berapa kali dia dah bantu penulis bermula kosong ada laman web sendiri.

3. Tutorial Menulis Cerita Pendek untuk Buku dan Media Sosial agar Pembaca Mengingati Anda

Kandungan ini datang daripada modul eksklusif untuk satu pertandingan di bawah DBP cawangan. Cuba teka siapa menang? Seingat saya ada lima orang yang menang pertandingan ini!

Tiga ini adalah kit percuma kepada yang mendaftar Sekolah Penulisan Ramadan.

Selepas selesai semua kuliah, ketiga-tiga ini akan diberikan.

Tapi...

Tawaran promosi ini akan tak kekal.

Lihat petunjuk di https://bit.ly/vsspr2022

Petang-petang begini, apabila fikirkan mak ayah, "Alangkah baiknya kalau tahu cara menulis agar nama mak ayah dapat masu...
06/03/2022

Petang-petang begini, apabila fikirkan mak ayah, "Alangkah baiknya kalau tahu cara menulis agar nama mak ayah dapat masuk dalam tulisan, tanda berterima kasih atas kebaikan mereka."

Ada juga yang membayangkan, "Selalu terlepas pandang hikmah dan kebaikan hidup, kalau ditulis dapat dirujuk untuk diri sendiri. Tapi tulisan aku kaku, beku, kering..."

Pernah terfikir hendak menulis, betul?

Kita tak keseorangan pun. Ramai begitu.

Dalam 100 orang yang ditanya, 97 berkata, "Berhasrat menulis buku."

Tapi...

Majoriti 97 orang ini tidak meneruskan angan-angan menulis.

Sebabnya...

Ragu-ragu terhadap tulisan sendiri, tersangkut menulis ayat pertama, bimbang salah tulis dan seribu satu halangan.

Akhirnya...

Setiap lima tahun usianya meningkat, beban emosi meningkat. Sebabnya, ia tidak diselesaikan awal.

Kita tak mahu...

Pada usia yang lanjut, bahagia jiwa dan damai hati kita hilang kerana angan-angan tak sudah, "Alangkah baiknya jika aku menulis dulu..."

Kata-kata itu sama seperti kata-kata orang tua di kampung yang kerap mengulang ayat harapan yang sama jika diberi peluang pada waktu muda.

Berhenti di situ!

Kita ada peluang. Ada 11 petunjuk menulis untuk yang bermula dari kosong.

Tapi...

Tawaran promosi ini sebagai kemudahan untuk mereka yang bertindak hari ini.

Ada 11 petunjuk ilmu menulis untuk yang mahu bebas beban emosi tadi.

Lihat petunjuk di sini: https://bit.ly/vsspr2022

Sedang skrol 'newsfeed' pagi ini, baru perasan, "Pendaftaran 'early bird' Sekolah Penulisan Ramadan sudah mula semalam? ...
06/03/2022

Sedang skrol 'newsfeed' pagi ini, baru perasan, "Pendaftaran 'early bird' Sekolah Penulisan Ramadan sudah mula semalam? Terlepas..."

Kawan, terlepas yang belum terlambat.

Mahu belajar menulis cerita hidup dan panduan yang mendamaikan hati sendiri dan membahagiakan pembaca?

Pendaftaran promosi Sekolah Penulisan Ramadan sudah pun dibuka.

Apa maksud promosi?

▪️Harga promosi serendah RM88 (asal RM129).

▪️Setiap kuliah premium dapat diikuti pada jadual siaran dan tidak ada tarikh akhir. Boleh diikuti pada bila-bila masa selepas itu.

▪️Jika terlepas yang ini, harga semakin naik menuju ke harga asal.

Panduan mendaftar di sini: https://bit.ly/vsspr2022

Sampai bila nak tunggu?Mangkuk lauk sudah mula diangkat.Tikar sudah mula digulung.Sebelum 'early bird' ditutup, klik pet...
05/03/2022

Sampai bila nak tunggu?

Mangkuk lauk sudah mula diangkat.

Tikar sudah mula digulung.

Sebelum 'early bird' ditutup, klik petunjuk ilmu menulis di sini:
https://bit.ly/vsspr2022

Tahun lalu dan tahun ini, tulisan mesti berbeza.

Tiga jam lagi, tak rugi untuk belajar dan boleh diakses berkali-kali.

Sebelum kata tak mahu, beritahu diri, "Tulisan aku mesti semakin lama semakin membahagiakan jiwa sendiri dan mendamaikan orang lain. Itu mesti ada ilmu tersendiri!"

Ada tiga benda percuma yang mahu diberikan, Jika dibeli semuanya di luar, harganya  RM1,117.001. Panduan Menerbitkan Buk...
05/03/2022

Ada tiga benda percuma yang mahu diberikan,

Jika dibeli semuanya di luar, harganya RM1,117.00

1. Panduan Menerbitkan Buku Sendiri Secara Mudah dan Nampak Profesional

2. Mastery Live Webinar Bina Laman Web untuk Penulis agar Buku Mudah Dijual

3. Tutorial Menulis Cerita Pendek untuk Buku dan Media Sosial agar Pembaca Mengingati Anda.

Tiga ini adalah percuma kepada yang mendaftar Sekolah Penulisan Ramadan.

Tapi...

Tawaran 'early bird' akan ditutup tengah malam ini. Lihat dan bertindak di https://bit.ly/vsspr2022

Address

No. 7-2R, Lot 90, Kajang Waterfront, Jalan S10/4, Bandar Kajang
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kafe Buku Oakheart - #KABO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kafe Buku Oakheart - #KABO:

Shortcuts

Share

Category