Arked Mara Kajang

Arked Mara Kajang Welcome to Arked Mara Kajang.

Selalu kita tengok cucu masuk pertandingan mewarna kan? πŸ˜‚Kali ni… TOK WAN P**A TURUN PADANG! 🎨❀️Sempena HARI MALAYSIA AR...
14/09/2026

Selalu kita tengok cucu masuk pertandingan mewarna kan? πŸ˜‚

Kali ni… TOK WAN P**A TURUN PADANG! 🎨❀️

Sempena HARI MALAYSIA ARKEDIA 2026, kami bawakan:
πŸ‡²πŸ‡Ύ PERTANDINGAN MEWARNA WARGA EMAS
πŸ“… 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi
πŸ“ Ruang Legar, Arked MARA Kajang

Tak kisah dah lama tak pegang pensel warna.
Tak perlu pandai melukis pun.
Datang, pilih warna, mewarna dan kita enjoy sama-sama. πŸ₯°

πŸ† Hadiah hamper untuk pemenang
πŸ“œ Sijil disediakan

Siapa ada mak, ayah, tok, wan yang s**a aktiviti macam ni? Tag mereka! πŸ˜πŸ‡²πŸ‡Ύ

*Sila hubungi/Whatsapp
Pn Hazimi (Bendahari) http://www.wasap.my/60123081997/PERTANDINGAN_MEWARNA_WARGA_EMAS

ANAK S**A BERGAYA? INILAH MASANYA DIA NAIK RUNWAY! πŸ˜πŸ‡²πŸ‡ΎAda si kecil yang s**a posing depan cermin?S**a pilih baju sendiri...
08/09/2026

ANAK S**A BERGAYA? INILAH MASANYA DIA NAIK RUNWAY! πŸ˜πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ada si kecil yang s**a posing depan cermin?
S**a pilih baju sendiri?
Atau bila nampak kamera, terus keluar gaya? πŸ˜‚πŸ“Έ

Jom sertai πŸ‡²πŸ‡Ύ MALAYSIA RUNWAY BINTANG KECIL πŸ‡²πŸ‡Ύ sempena Hari Malaysia ARKEDIA 2026!

Kali ni kita nak tengok si kecil tampil dengan tema:

❀️ GAYA ANAK MALAYSIA ❀️
Tak semestinya kena baju tradisional tau! Boleh jadi kreatif dengan gaya Merdeka, tradisional, moden atau mix & match yang menggambarkan keunikan Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ“… 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 11.30 pagi
πŸ“ Ruang Legar, Arked MARA Kajang
πŸ‘§πŸ»πŸ§’πŸ» Kategori umur:
4–6 tahun | 7–9 tahun | 10–12 tahun

🎁 PENDAFTARAN RM10!

πŸ† Hadiah menarik menanti pemenang
✨ Peluang si kecil tampil & bergaya di runway!

Tak perlu professional. Yang penting berani tampil, enjoy & yakin dengan gaya sendiri! ❀️

πŸ“² Nak join? Daftar sekarang:
WhatsApp Puan Zimi - 012-308 1997

⚑ Tempat adalah terhad. Jom daftar si kecil sebelum slot penuh!

πŸ‡²πŸ‡Ύ Cilik Bergaya, Malaysia Berjaya!

πŸ“£πŸ‡²πŸ‡Ύ PENCARIAN VENDOR – HARI MALAYSIA ARKEDIA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎAssalamualaikum & Salam Sejahtera 😊Sempena sambutan Hari Malaysia AR...
04/09/2026

πŸ“£πŸ‡²πŸ‡Ύ PENCARIAN VENDOR – HARI MALAYSIA ARKEDIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 😊

Sempena sambutan Hari Malaysia ARKEDIA 2026, kami membuka peluang kepada peniaga & usahawan untuk bersama-sama memeriahkan Booth Jualan kami.

πŸ“… 19 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Ruang Legar, Arked MARA Kajang

πŸ›οΈ HANYA 15 VENDOR SAHAJA DIBUKA!

Pilihan tapak:

πŸ”Ή Tapak Sahaja – RM20
(Meja & kerusi tidak disediakan)

πŸ”Έ Kiosk Payung + Kerusi
πŸ”₯ EARLY BIRD RM30 β€” tempahan sebelum 10 September 2026
πŸ’° Selepas 10 September β€” RM50

🍴 Antara vendor yang dialu-alukan:
F&B (Ready to Eat sahaja), aksesori, cenderamata, fesyen, produk kreatif, kecantikan dan lain-lain yang bersesuaian.

⚑ Slot sangat terhad β€” hanya 15 vendor!
Tempahan adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

πŸ“² Berminat nak join? Terus WhatsApp:
Puan Zimi (Bendahari ARKEDIA)
☎️ 012-308 1997

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jom berniaga sambil sama-sama meriahkan Hari Malaysia ARKEDIA 2026! β€οΈπŸ’™πŸ’›

Satu Malaysia β€’ Satu Komuniti β€’ Satu Hati πŸ‡²πŸ‡Ύ

✨ ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PROGRAM REWANG MASAK-MASAK ARKED MARA 2026 ✨Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin...
23/06/2026

✨ ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PROGRAM REWANG MASAK-MASAK ARKED MARA 2026 ✨

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program Rewang Masak-Masak Arked MARA 2026 telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kekeluargaan.

Seawal pagi, suasana di Arked MARA Kajang mula dipenuhi dengan gelak tawa dan semangat gotong-royong. Ada yang sibuk memotong bawang, menyediakan bahan masakan, mengacau gulai dan menyusun juadah, semuanya dilakukan bersama-sama tanpa mengira latar belakang perniagaan masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli Persatuan Arked MARA Kajang (ARKEDIA), para usahawan, peniaga, warga MARA serta jemputan yang hadir bagi memeriahkan program ini.

Terima kasih khusus kepada Ketua Rewang, Puan Nani, Kak Halina, Puan Wan dan seluruh team yang bertungkus-lumus menjayakan penyediaan juadah serta memastikan perjalanan program berjalan lancar dari awal hingga akhir.

Program ini bukan sekadar aktiviti memasak, malah menjadi medium untuk mengeratkan ukhuwah, membina kerjasama dan memperkukuhkan hubungan silaturahim sesama warga Arked MARA Kajang.

Semoga segala usaha, tenaga, masa dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Kami juga berdoa agar seluruh warga Arked MARA Kajang sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan serta dijauhkan daripada sebarang perkara yang tidak baik, perselisihan dan fitnah yang boleh merosakkan hubungan sesama kita.

Insya-Allah, semoga lebih banyak program kemasyarakatan, kebajikan dan pembangunan komuniti dapat dilaksanakan bersama pada masa akan datang demi memperkukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dalam kalangan warga Arked MARA Kajang.

Terima kasih kepada semua yang hadir, menyumbang dan membantu menjayakan program ini.

🀝 Muafakat Membawa Berkat
❀️ Ukhuwah Mengeratkan Silaturahim






πŸ“£ JOM SERTAI SENAMSIHAT ARKED MARA KAJANG! πŸ’ͺ✨Ingin kekal cergas, sihat dan ceria? Ayuh sertai program Senamsihat Arked M...
10/06/2026

πŸ“£ JOM SERTAI SENAMSIHAT ARKED MARA KAJANG! πŸ’ͺ✨

Ingin kekal cergas, sihat dan ceria? Ayuh sertai program Senamsihat Arked MARA Kajang bersama komuniti setempat!

πŸ—“ Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.45 malam – 10.00 malam
πŸ“ Lokasi: Arked MARA Kajang

🌟 Aktiviti menarik:
βœ… Senaman berkumpulan yang menyeronokkan
βœ… Meningkatkan kecergasan dan kesihatan
βœ… Merapatkan hubungan komuniti
βœ… Sesuai untuk semua peringkat umur

Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

Jom turun beramai-ramai! Sihat Bersama, Ceria Bersama!

KLINIK USAHAWAN Sesi Diagnosis Perniagaan & Peluang Pembiayaan Usahawan…..peluang khas untuk anda!Kalau anda sedang fiki...
05/02/2026

KLINIK USAHAWAN

Sesi Diagnosis Perniagaan & Peluang Pembiayaan

Usahawan…..peluang khas untuk anda!

Kalau anda sedang fikir…

βœ… Nak kembangkan bisnes tapi tak pasti jalan
βœ… Nak mohon pembiayaan tapi tak tahu dokumen apa perlu
βœ… Nak semak tahap kewangan & potensi bisnes dengan lebih jelas
βœ… Nak dapat networking dan perkongsian ilmu yang terus praktikal

Jom hadir ke Klinik Usahawan

Dalam sesi ini, anda akan dapat:
🀝 Networking dengan usahawan lain
πŸ’Ό Pendedahan peluang pembiayaan
πŸ“š Perkongsian ilmu bisnes yang boleh terus guna

πŸ“‘ Dokumen yang perlu dibawa:
1. SSM
2. Penyata Bank (6 bulan)
3. Laporan CTOS/Experian/CBM
4. Akaun tahunan terkini 2024 & 2025 (jika ada)

Yuran penyertaan hanya RM20 sahaja

πŸ“ Tempat: Bilik Training ONEIP
πŸ“… Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi – 2.00 petang

πŸ“² Tempat adalah TERHAD!
Daftar segera sebelum penuh.

www.wasap.my/60122242728

HARI TERBUKA ARKEDIA 2025 –JOM MERIAHKAN!Sihat, Ceria & Komuniti Bersatu di Arked MARA Kajang!Saya mewakili Persatuan Ar...
28/11/2025

HARI TERBUKA ARKEDIA 2025 –JOM MERIAHKAN!

Sihat, Ceria & Komuniti Bersatu di Arked MARA Kajang!

Saya mewakili Persatuan Arked MARA Kajang menjemput semua warga Kajang & kawasan sekitar untuk sama-sama memeriahkan Hari Terbuka Arkedia 2025.

Banyak aktiviti menarik untuk seisi keluarga dari aerobik, mewarna, pertandingan roti jala dan pemeriksaan kesihatan percuma!

πŸ“… Tarikh:30 November 2025 (Ahad)
⏰ Masa:9.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Ruang Legar Arked MARA Kajang

Jom bawa keluarga, bawa kawan-kawan dan meriahkan Hari Terbuka Arkedia 2025 bersama.

Kita raikan komuniti Kajang dalam suasana sihat, ceria & penuh semangat.

Kiosk Baru Dibuka di Arked MARA Kajang! – KAYTE CoffeeBerita gembira untuk warga Kajang & pelanggan Arked MARA KAYTE Cof...
07/11/2025

Kiosk Baru Dibuka di Arked MARA Kajang! – KAYTE Coffee

Berita gembira untuk warga Kajang & pelanggan Arked MARA

KAYTE Coffee kini dibuka!

Terletak di tingkat bawah Arked MARA Kajang, kiosk ni dibuka oleh anak muda tempatan yang juga pemilik Nakhoda Travel Sdn. Bhd. (ya, betul β€” kiosk ni betul-betul bawah ofis dia)

Di sini semuanya dibuat sendiri β€” dari membancuh kopi, layan pelanggan, ambil order sampai cuci gelas pun barista ni buat sendiri.

πŸ•› Waktu operasi (buat masa ni):
Isnin – Jumaat
⏰ 12.00 tengah hari – 8.00 malam

Jadi kalau anda:
βœ… Nak rasa kopi hasil tangan sendiri peniaga tempatan
βœ… Nak lepak santai sambil sembang
βœ… Nak sokong usahawan baru di Arked MARA

Jom singgah KAYTE Coffee, Arked MARA Kajang hari ini!

Mari kita support peniaga baru yang berani mula dari bawah.

πŸ“ Lokasi: Arked MARA Kajang
(Search β€œNakhoda Travel Sdn. Bhd.” di Maps – kiosk betul-betul bawah ofis tu)

Address

Arked Mara Kajang
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+601137256456

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arked Mara Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Arked Mara Kajang:

Shortcuts

Share