E-books Novel Famous

E-books Novel Famous -yang minat baca ebook dan novel dialu-alukan
-random konten

Musim durian kan sekarang?? Tahun ni beli berapa sekilo???
20/06/2026

Musim durian kan sekarang??
Tahun ni beli berapa sekilo???

22/04/2026

Zikir pagi...

Gudnite..
21/02/2026

Gudnite..

Thank you yg dh follow..Esok kita tabur bunga2 untuk followers baru..
03/01/2026

Thank you yg dh follow..
Esok kita tabur bunga2 untuk followers baru..

Hello everyone!!!
02/01/2026

Hello everyone!!!

Sayang nak duit,Kan baru 2 hari lepas ibagi dekat you, kan?” Iqbal dahmula bengang. Hari-hari minta duit.Macamlah dia me...
09/11/2024

Sayang nak duit,
Kan baru 2 hari lepas i
bagi dekat you, kan?” Iqbal dah
mula bengang. Hari-hari minta duit.
Macamlah dia mesin ATM.
“Dah habis. Alaa.. setakat
RM200, boleh beli apa je zaman
sekarang?”Gaji you mana?”
“Gaji I.. I bayar kereta. Bayar
rumah sewa. Bagi dekat family dekat
kampung.”
“Rumah sewa you, I yang
bayarkan.”
Amara mencebik. Tilik kuku.
Tiup kuku. Rambut dia selit ke tepi
telinga.Langsung tak gerun
walaupun Iqbal tayang muka garang.
“I nak sikit je. RM100 je. Nak
beli skincare. Dah habis.”
“Skincare apa sampai RM100?”
“You ingat skincare I RM10
hinggit je ke? Euuw! Tolonglah. Nak
cantik macam ni, kena pakai
skincare mahal. Money is beauty,
kan? Kenalah berkorban sikit.” Ujar
dia dengan gaya gedik.
“Tas dulu tak pakai skincare
mahal pun. Elok je kejadian.”
“What? You ulang balik!”
Nyaring suara Amara.
Iqbal terkedu. Tak sedar bibir
mula membandingkan dan dia sebut
nama Tasnim.
“You ulang balik!” Amara dah
bingkas bangun. Menjerit macam
orang gila. Pantang betul dia kalau
nama Tasnim meniti di bibir.
Sedut nafas, Iqbal hela. Dia
capai wallet, bagi RM100 dekat
Amara. Malangnya, si gadis menepis
tangan.“I tak nak duit you!”
“Tadi you minta kan?”
“You masih tak lupakan janda
you ke?”
Tutup laptop. Iqbal membalas
renungan tajam Amara. Bibir
mengeluh lagi. Tangan meraup
wajah.
“Look, Amara.. I tak nak
bergaduh. Don’t start it.”
“You yang start dulu! You yang
sebut nama betina tu!” Jerit. Turun
naik dada menahan amarah.
“Watch your language, Amara.”
Sekali lagi, dia buat Amara marah.
Ternganga. Mulut melopong.
Amara ketawa sinis.Sekarang dah tak boleh
panggil dia betina? Dulu boleh je?
Kenapa? You dah gila talak ke?”
“Shut-up, Amara. I ada banyak
kerja nak kena siapkan. Esok I kena
hantar report ni. I tak nak bergaduh
dengan you. So, please. Drop this
subject.” Separa merayu.
Namun,Amara semakin
menggila. Dia masuk bilik Iqbal. Dia
keluar dengan frame gambar lalu dia
hempas ke lantai. Berderai bunyi
kaca pecah.
“What are you doing, Amara?!”
tinggi julat suara Iqbal. Mencerlung
tajam mata memandang Amara.
Suhu badan naik mendadak.Ni buktinya yang you masih
tak lupakan betina tu!” Jari
ditunding ke arah gambar
perkahwinan Iqbal dan Tasnim.
Amara pijak-pijak sekuat hati.
“Don’t do that.” Satu persatu dia sebut.Tanda amaran.
Malangnya, si gadis terus memijak.
Hilang sabar, Iqbal menolak tubuh
Amara.Dia tarik gambar
perkahwinan mereka dan peluk erat.
Tergamam Amara.Terasa
sengal seluruh tubuh bila berlaga
dengan dinding. Kelopak mata
bergenang. Perlahan bebola mata
memandang Iqbal.
“You tolak I, Iqbal?”“Sorry. I tak sengaja.” Kesal.
Tapi, dia tak berganjak untuk
memujuk macam selalu.
“You tolak I sebab gambar
betina tu?” Nyaring suara Amara.
Panjang keluhan Iqbal. Buntu bila
asyik bergaduh.
“You balik dulu. Please..”
Semakin sakit hati. Dada terasa
senak. Amara ketap bibir. Dia
menjerit sekuat hati. Tangan capai
pasu kecil, dia baling ke arah Iqbal.Bagai dirasuk hantu,Amara
mengamuk teruk. Habis semua
barang dia baling. Kaca berterabur.

Jom baca ebook
www.wasap.my/60182450997dudagilatalak

PENCURI HATI TENGKU AMEER ZAHRINSINOPSIS Kerana merasakan yang usianya masih muda, Tengku Ameer Zahrin malas bekerja dan...
16/10/2024

PENCURI HATI TENGKU AMEER ZAHRIN

SINOPSIS

Kerana merasakan yang usianya masih muda, Tengku Ameer Zahrin malas bekerja dan hanya mahu berseronok
sahaja. Kerjanya menghabiskan duit kedua orang tua.
Ketika baru p**ang berhibur dari kelab malam bersama dengan kekasih hatinya, Afrina, lelaki itu mengalami
kemalangan yang mengakibatkan seorang gelandangan cedera parah. Kejadian yang berlaku menimbulkan
kemarahan bapanya, Tengku Zahin.
Sebagai hukuman, Ameer dihantar ke kampung dan tinggal bersama nenek saudaranya, Tengku Maryam. Ameer
terpaksa akur. Di sana, dia bertemu dengan seorang gadis nakal dan bermulut lancang yang bernama Hafizah.
"Kau memang s**a panjat pokok kan. Aku syak kau ni memang ada keturunan monyet." -Ameer
"Kau tu anak terbiar yang dibuang keluarga! Tiba-tiba je menyemak dekat rumah ni.- Hafizah
Mereka selalu bergaduh mulut. Tapi kadang-kadang Ameer layan sahaja perangai gila Hafizah.
Selepas hampir empat bulan tinggal di situ, keluarganya datang untuk menjemput dia p**ang. Itupun selepas dipujuk
Puan Alina yang rindukan anak bongsunya. Ameer kembali menjalani kehidupannya seperti biasa.
Dek kerana merasa bersalah kerana telah memisahkan si anak dengan gadis pujaan hati, Tengku Zahin menyuruh
Ameer berkahwin dengan Afrina.
Saat Ameer mahu berjabat tangan dengan tok kadi sebagai tanda akad, lelaki itu sanggup buat kerja gila. Dia tegar
meninggalkan majlis dan p**ang ke kampung Tengku Maryam.
Kenapa dengan kau? Dah serupa pengantin lari dari majlis je. - Hafizah
Fiza, jom kita kahwin- Ameer
Hafizah ingat Ameer cuma bergurau. Tak sangka p**a lelaki itu betul-betul serius nak melamar dia sebagai isteri.
Gadis itu teragak-agak untuk menerima memandangkan dia tahu yang Ameer sudah berpunya.
Siapa sangka yang mereka berjaya disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah walaupun ada halangan.
Mampukah Fiza hidup bahagia dengan Ameer? Bagaimana p**a dengan Afrina? Semuanya akan terjawab di dalam
naskah digital ini.

Jom baca ebook-www.wasap.my/60182450997/P.H.T.A.Zaurora

"Tak boleh. Agak-agaklah bro. Farah ni bekas isteri aku k*t. Takkan kau nak kahwin dengan bekas isteri sepupu sendiri?" ...
16/10/2024

"Tak boleh. Agak-agaklah bro. Farah ni bekas isteri aku k*t. Takkan kau nak kahwin dengan bekas isteri sepupu sendiri?" Badli melampias amarahnya namun kali ini nadanya sedikit terkawal berbanding tadi.

"Hai Qard... Datang dengan sapa tu?" Bekas ibu mentuaku menegur.

"Hai mak su, sihat? Qard datang dengan Farah?"

"Farah mana? Farah janda Abang Badli ke?" Shima menyampuk lalu memanjangkan leher. Aku yang berada di belakang Qard pegun di situ.

Dari tempat aku berdiri, terlihat air muka Shima yang berubah saat pandangan mata kami saling berlaga.

"Oh betullah, janda abang long kami. Tapi kan, sejak bila kenal rapat ni?"
Qard tenang melayan pertanyaan Shima. "Dah lama kenal, sebelum kahwin lagi. Tapi, masa Farah masih jadi isteri orang, memang aku dengan dia tak pernah rapat."

"I see... " bibir Shima sudah terjuih.

"Shima, Mak Su, Qard minta izin ya. Berkeroncong perut ni, nanti kita borak-borak lagi."

Qard berganjak memberi sedikit ruang kepadaku untuk mengucap sepatah dua kata.

"Ibu, ayah sihat?"
Dengan rasa janggal keduanya mengangguk bersama senyuman tawar.

“Sihat!”

"Alhamdulillah. Oh ya, Farah minta diri dulu." Aku tundukkan sedikit kepala lalu bergerak pergi. Qard p**a k*tinggalkan di belakang, kaki terus kuayun namun sayangnya langkah nan jitu mulai perlahan saat layar mata menangkap kelibat Badli yang berada di hadapan.

"Farah...”

"Ya?"

"Abang rindukan isteri abang..."

Aku senyum hambar. Hari ini je, sudah dua kali Badli luah perasaan dan setiap kali itu aku pura-pura tidak memahaminya. "Erm, kenapa beritahu Farah ek? Beritahulah isteri abang."

"Maksud abang, erm… Sebenarnya abang rindukan Farah."

"Pembetulan! Farah ni bukan isteri abang. Farah ni janda abang, bekas isteri."

Qard semakin mendekati dan Badli sudah berkerut melihat kedatangan lelaki itu.

"Qard... Kau buat apa dekat sini?"

"Minum petang," sahut Qard sewaktu dia sudah berdiri di sisi kananku.

"Sorang?"

"Eh, taklah. Aku datang dengan Farah."

"Errr korang berdua..." Badli tidak meneruskan bicara, tergantung ayatnya.

"Tak lama lagi aku dengan Farah nak kahwin. Nanti aku bagi kad."

Reaksi Badli benar-benar diluar jangka.

"Mana boleh!" Dia menempelak hingga membuatkan kedua ibu bapanya dan juga Shima menoleh ke arah kami yang membelakangi mereka semua.

"Farah bukan isteri kau, Badli. Dia bukan milik sesiapa, jadi tak timbul isu kalau aku nak kahwin dengan dia." Tegas Qard menambah kemarahan Badli.

"Tak boleh. Agak-agaklah bro. Farah ni bekas isteri aku k*t. Takkan kau nak kahwin dengan bekas isteri sepupu sendiri?" Badli melampias amarahnya namun kali ini nadanya sedikit terkawal berbanding tadi.

www.wassap.my/60182450997/ratumutaksempurna


AMNA HANYA DAMBAKAN BAHAGIA KERETA DIPANDU masuk ke dalam pagar rumah. Mata Ziyad dipaku pada kereta Amna. Kereta ada, t...
16/10/2024

AMNA HANYA DAMBAKAN BAHAGIA

KERETA DIPANDU masuk ke dalam pagar rumah. Mata Ziyad dipaku pada kereta Amna. Kereta ada, takkan Amna tak pergi kerja. Kalau cuti, kenapa suruh dia ambil anak-anak dari sekolah? Amna tak sihat?
Ziyad pelik. Sejurus kereta berhenti, meluru Affan dan Zalfa meloloskan diri dari perut kereta.

“Papa, pintu kunci,” Laung Affan dari depan pintu rumah. Pintu berkunci? Ziyad lagi tambah pelik.

“Sekejap.”

Nasib baik Ziyad sentiasa bawa kunci pendua yang dia miliki. Tangan membuka pintu dan ditolak ke dalam. Suasana suram dan sepi menyapa pandangan mata. Membawa maksud rumah kosong tak berpenghuni. Ziyad lagi pelik.

“Mama, mama!” Dua beradik itu saling bersahut memanggil mama mereka. Senyap sunyi. Tiada suara yang menyambut sahutan mereka. Lalu wajah papa dicari.

“Papa, mama mana?”

“Err… dekat bilik k*t.” Ziyad garu kepala yang tak gatal. Kereta ada, tuannya tak ada. Laju dua beradik memanjat tangga ke tingkat atas, bilik tidur Amna mereka tuju. Ziyad turut
mengik*t dari belakang. Tolak pintu, suasana sama seperti di bawah. Suram dan sepi.

“Mama…” Zalfa sudah berair matanya.

“Syy… mama pergi work k*t.” Tubuh kecil itu dibawa ke dalam dakapan. Ziyad memujuk anak dara manjanya itu. Zalfa memang anak manja Amna. Sikit-sikit mama. Itu mama, ini mama.

“Abang, adik. Pergi masuk bilik, mandi. Boleh?” Perlahan dua beradik itu mengangguk. Hilang saja dua ketul itu dari pandangan mata, Ziyad keluarkan telefon dari poket seluar. Nombor telefon Amna didail.

“The number you have dialled is not…”
Cepat-cepat Ziyad matikan talian.

“Kau pergi mana Amna?” Bibir menyoal perlahan.
Toleh ke belakang, mata melingas ke sekitar bilik. Bola mata terhenti pada sesuatu yang menarik perhatiannya. Bangun dari hujung katil, kaki bergerak membawa tubuh ke meja solek.
Nah! Betul seperti sangkaan dia. Ada sekeping kertas dan sekeping sampul surat bersaiz A4 di atas meja itu. Kertas berlipat itu dia capai dan dibuka lipatan.

*_Assalamualaikum…
Terlebih dahulu saya nak minta maaf berbanyak-banyak. Mungkin dengan kehadiran surat ini akan mengganggu ketenangan awak. Tapi saya terpaksa. Sepanjang 6 tahun ini, hati saya sangat terluka. Sebelum ini saya asyik fikirkan perasaan orang hingga saya ketepikan perasaan sendiri. Untuk kali ini, saya mohon, saya ik*t apa hati saya kata.
Di dalam sampul surat ini ada borang cerai. Saya dah isi bahagian saya, tinggal awak kena isi bahagian awak p**a. Dah selesai semua nanti, awak hubungi saya.
Tolong jangan cari saya. Saya pergi untuk mencari ketenangan.
Amna._*

Lalu tangan membuka sampul surat berwarna coklat itu. Kepingan kertas A4 putih ditarik keluar. Diperhati dan dibelek kertas itu. Dia terduduk di atas kerusi meja solek.

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN CERAI/PEMBATALAN PERKAHWINAN

“Amna.”
Kertas di tangan direnyuk.

www.wasap.my/60182450997/amna

Address

Kampar
Kampar
31900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when E-books Novel Famous posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category