N-gler

N-gler Pomen Reel

14/01/2024

























12/01/2024
Episod 3 : Jenis spool  Mengapa kita perlu mengetahui jenis spool pada reel kita. Jenis spool ini sangat mempengaruhi je...
24/05/2022

Episod 3 : Jenis spool

Mengapa kita perlu mengetahui jenis spool pada reel kita. Jenis spool ini sangat mempengaruhi jenis permainan pemancingan kita. Anda perlu mengetahui berapa panjang tali yang boleh dimuatkan dalam spool dan berapa kekuatan tali yang sesuai untuk spool anda.
Antara masalah masalan berkaitan dengan spool yang sering terjadi kepada pemancing adalah tali mudah tersimpul(bihun) yang disebabkan oleh terlebih masukan tali pada spool(overspool).
Ada juga masalah spool kemek (selalu berlaku kepada spool cetek). Ia disebabkan terlebih beban dan kekuatan tali tidak sesuai.
Masalah yang paling kerap berlaku adalah line slip. Ia selalunya berlaku kepada spool dalam dimana kaedah yang salah digunakan untuk memasukan tali. Tali akan longgar dan backlash akan lebih mudah terjadi disebabkan ini.

Sekian dahulu coretan pada kali ini, semoga bermanfaat.

Nota : Jika bermanfaat anda boleh like ,follow dan jangan lupa untuk on notification untuk perkongsian mengenai dunia hanyir.

Episod 2 : Saiz reel   Saiz sesebuah reel perlulah disesuaikan dengan permainan dan keselesaan pemancing. Untuk permaina...
22/05/2022

Episod 2 : Saiz reel

Saiz sesebuah reel perlulah disesuaikan dengan permainan dan keselesaan pemancing. Untuk permainan casting saiz yg sesuai antara 500 ke 2500 kerana selalunya lebih kecil dan ringan. Ianya memudahkan pemancing melakukan lontaran tanpa membesarkan lengan😝😝😝.Namun, pemilihan saiz reel ini juga bergantung kepada keselesaan pemancing memegang reel itu sendiri.

Saiz reel juga kebiasaannya dikaitkan dengan saiz spool dan kekuatan drag. Untuk episod seterusnya insyaallah perkongsian tentang spool dan drag.

Semoga bermanfaat

Nota kecil : Boleh like dan on notification untuk page ini untuk mendapatkan lebih infomasi mengenai peralatan memancing, Insyaallah.

Episod 1 : Kenali Reel Anda  Apakah yang perlu anda ketahui mengenai reel anda? Mungkin ada sesetengah daripada pemancin...
20/05/2022

Episod 1 : Kenali Reel Anda

Apakah yang perlu anda ketahui mengenai reel anda? Mungkin ada sesetengah daripada pemancing yang masih belum mengenali reel sendiri. Ini boleh menyebabkan pemancing tidak dapat memanfaatkan reel dengan maksima. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan mengenai reel.

1. Saiz reel - Ianya bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan pemancing.
2. Jenis spool - Amat penting untuk anda mengetahui jenis spool pada reel anda kerana jenis spool ini boleh mempengaruhi jenis permainan anda terutama untuk kaki casting.
3. Gear ratio - gear ratio ini merupakan nisbah pusingan handle dengan spool. Grear ratio ini akan mempengaruhi jenis² gewang yang dimainkan.
4. Kekuatan drag - Kekuatan drag pada reel anda perlu diseimbangkan dengan peralatan lain seperti rod dan tali. Apabila peralatan seimbang , prestasi dan keselamatan peralatan memancing berada dalam keadaan maksimum.

Setakat ini dulu perkongsian , jika ada penambahan boleh ditinggalkan diruangan komen. Insyaalah untuk perkongsian seterusnya kita akan bercerita lebih mendalam mengenai reel ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Coretan seorang nubis😁😁😁

Address

Kampong Bakai
09700

Telephone

+60175132093

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when N-gler posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to N-gler:

Share

Category