Taufiq Ummah By NP

Call Directions Website Contact the business

Taufiq Ummah By NP Kami menjalankan program wakaf Jual & Beli Al-Quran Al-Ghufran, Al-Quran ini sangat sesuai buat para

3 DOA AGAR DIPERMUDAHKAN URUSAN.Berikut merupakan antara pilihan doa yang boleh digunakan untuk meminta kepada Allah SWT...
20/12/2021

3 DOA AGAR DIPERMUDAHKAN URUSAN.

Berikut merupakan antara pilihan doa yang boleh digunakan untuk meminta kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan.

1) Surah Al-Kahfi , Ayat 10 ( Doa Ashabul Kahfi )
Maksudnya -
“Ya Allah berikanlah kami rahmat dari sisimu, dan sempurnakanlah dari kami petunjuk yang lurus bagi urusan kami ini.

2) Hadis Riwayat Ibnu Hibban
Maksudnya
Dari Anas Bin Malik Nabi SAW bersada:
“Ya Allah ttidak ada kemudahan kecuali engkau yang memudahkan, dan engkau menjadikan kesedihan(kesulitan), jika kehendaki pasti akan jadi mudah”

3) Surah Taha Ayat 25-28 ( Doa Nabi Musa )
Maksudnya
"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku.Dan Mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuanku dari lidahku, agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku."

APAKAH TANDA PUNCAK IMAN SESEORANG??Tanda seseorang itu telah mencapai puncak iman ialah seseorang itu sentiasa mengamal...
17/12/2021

APAKAH TANDA PUNCAK IMAN SESEORANG??
Tanda seseorang itu telah mencapai puncak iman ialah seseorang itu sentiasa mengamalkan dan menerapkan sifat “Tawadhu” yakni merendah hati dan diri.
Kita banyak lihat sifat mulia kepada para-para alim ulamak, mereka banyak ilmu namun semakin tunduk kerana takut akan Allah SWT.
Seperti Firman Allah SWT dalam Quran : "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama." (QS Fathir: 28).
Namun ada sahaja orang orang biasa yang mendapatkan puncak iman, menjadi wali Allah tanpa pengetahuan kita. Namun untuk mendapatkan seseorang yang seperti itu bukanlah mudah terlebih lagi di akhr zaman ini.
Semoga kita menjadi salah satu insan yang diredhai Allah SWT dan sentiasa tawadhu dan istiqomah.

MASA ITU IBARAT EMAS, DIMANFAATKAN DENGAN BAIKKAH OLEH KITA?Di era moden sekarang, banyak perkara yang boleh buatkan kit...
17/12/2021

MASA ITU IBARAT EMAS, DIMANFAATKAN DENGAN BAIKKAH OLEH KITA?
Di era moden sekarang, banyak perkara yang boleh buatkan kita lalai dan leka.
Jika difikirkan dan diaamati, apakah tugas manusia yang ada di dunia ini? Sebagai hamba kepada Allah SWT dan untuk mengabdikan diri kepada yang Maha Esa.
Maka masa yang ada ini, berapa peratus kah kita habis untuk Allah SWT dan berapa peratus kah yang kita habiskan untuk dunia? Majoriti ramai yang habiskan masa dengan dunia, sibuk kerja, urusan keluarga, hiburan dan sebagainya. Masa dengan Allah hanyalah sewaktu solat.
Itu pun ramai lagi yang tidak menunaikan solat. Tahukah anda bahawa kajian mengatakan seramai 80% rakyat malaysia yang islam tidak menunaikan solat.
Maka, sedarlah kita semua tentang apakah tujuan sebenar kita di dunia ini? Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kita dapat sesuatu.

KEBAIKAN DAN SENAMAN YANG ADA DALAM SOLAT.Tahukah anda bahawa kajian mengatakan bahawa solat merupakan satu gerakan sena...
16/12/2021

KEBAIKAN DAN SENAMAN YANG ADA DALAM SOLAT.
Tahukah anda bahawa kajian mengatakan bahawa solat merupakan satu gerakan senaman yang boleh mebaikkan postur badan, melegakan sakit belakang dan banyak lagi.
Sungguh benar lah apa yang Allah SWT perintahkan yakni solat bukanlah perkara yang suka-suka dan tiada manfaat malah mendatangkan kesan yang baik untuk kesihatan tubuh seseorang.
Indahnya islam, bukan agama semata-mata, malah dalam agama islam diterapkan kesihatan, manfaat yang baik untuk seseorang. Jika kita teliti dengan betul pasti kita lebih tunduk dan bersyukur menjadi seorang muslim.

ALLAH SANGAT S**A HAMBANYA YANG MELAKUKAN DOSA NAMUN SUJUD MEMOHON AMPUN DARI ALLAH SWT.Manusia ini tidak ada apa, penuh...
16/12/2021

ALLAH SANGAT S**A HAMBANYA YANG MELAKUKAN DOSA NAMUN SUJUD MEMOHON AMPUN DARI ALLAH SWT.
Manusia ini tidak ada apa, penuh dosa, penuh khilaf dalam diri masing-masing.
Allah SWT sangat menyayangi makhluk yang bernama manusia, berdosa lah kita macam mana pun, salah lah macam mana pun, selagi kita sujud meminta ampun dan redha Allah SWT selagi itu Allah SWT menerima taubat kita.
Pintu taubat tidak akan tertutup selagi mana matahari tidak terbit ke arah barat.
“Dosa yang membuatmu sedih dan menyesal lebih disukai Allah SWT dari perbuatan baikmu yang membuatmu sombong.”- Ali Bin Abi Talib RA.

Address

No 7-1 LightGrey, Jalan Hospital Kusta Kampung Jaya Industrial Area
Kampong Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taufiq Ummah By NP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Taufiq Ummah By NP:

Shortcuts

Share