08/09/2024
❤Assalamualaikum & Selamat Pagi❤
🌸Pesan guru kami. Ada 7 amalan yang boleh murahkan rezeki seseorang👇
1. Istighfar/bertaubat. Ramai tidak perasan bahawa istighfar adalah pembuka kepada semua jalan rezeki. Ini berdasar hadith Nabi,
🌷"Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
(Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i)
2. Menjaga solat 5 waktunya. Firman Allah SWT dalam Hadith Qudsi,
🌷"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu."
(Hadith Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah,
3. Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapanya. Ingatlah penyambung rezeki seseorang adalah bila dia tidak pernah lupa memberi kepada kedua ibu bapanya.
4. Membantu mereka yang lemah. Ada yang perlukan bantuan hulurkan walau sekecil pertolongan. Mereka itu sumber terbukanya rezeki berdasarkan Sabda Nabi SAW,
🌷"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Hadith Riwayat: Bukhari)
5. Memudahkan urusan orang. Jika kita murahkan urusan orang, Allah juga pasti tidak menyulitkan urusan kita.
🌷"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…"
(Hadith Riwayat: Muslim)
6. Memuliakan tetamu yang hadir. Apa sahaja status orang yang bertandang ke rumah kita, mereka wajib dimuliakan. Itulah isyarat Tuhan sedang mengirimkan rezeki.
7. . Setelah semua hal ini telah diusahakan dengan baik. Jangan lupa untuk tawakal kepada Tuhan. FirmanNya,
🌷"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)."
(Surah At-Thalaq ayat 3)
🍁Dan antara pesanan yang paling kami ingati adalah kita harus berpegang. Rezeki itu bukanlah segala-galanya dari wang Ringgit semata-mata.
🍁Tetapi juga dari kesihatan, ketenangan, kelapangan, keluarga dan anak-anak yang baik.
🍁Semoga Allah mengurniakan rezeki yang baik-baik buat kita semua.
🍀Sharing from Arif Sukri