14/08/2026
BIZ TALK@APBMBG 2026
13 Ogos 2026 | Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah, Perak
EMAC Politeknik Sultan Azlan Shah telah menghantar wakil pelajar untuk menyertai Biz Talk@APBMBG 2026, sebuah program yang memberikan pendedahan dan motivasi kepada pelajar IPT dalam memahami konsep asas keusahawanan serta peluang menceburi bidang perniagaan.
Program dimulakan dengan Bicara Keusahawanan yang disampaikan oleh Encik Abdul Ghafur bin Mohd Ismail daripada AA Growth Hub Team, yang turut berkongsi pengalaman beliau sebagai usahawan muda.
Turut menarik perhatian ialah segmen “Success Story Bersama Ikon Usahawan” bersama Encik Nazirul Naim Che Hashim, pemilik Twenty One Cafe, Meru. Beliau berkongsi perjalanan membina kerjaya dalam bidang keusahawanan selepas menamatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak Perak, selain pernah mewakili Harimau Muda A & B serta pasukan Malaysia.
Penyertaan wakil pelajar PSAS ini turut diiringi oleh Ketua Pusat Pengurusan Keusahawanan, Hj. Salehan bin Marsim.
Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh menjadi inspirasi kepada pelajar PSAS untuk terus berani meneroka peluang, mencipta nilai dan membina laluan keusahawanan masing-masing.