10/12/2025
PERKONGSIAN PERCUMA 🌹
Sempena Khadijah Summit 2025
Ada satu detik dalam hidup setiap wanita,
ketika dia bertanya,
"Bagaimana aku boleh menjadi wanita sekuat Khadijah dalam dunia yang serba laju, bising dan penuh tekanan hari ini?"
Dulu, Khadijah hidup dalam suasana sederhana, namun hatinya luar biasa besar. Beliau menyokong dakwah dengan seluruh jiwa, tanpa perlu menunjukkan diri kepada dunia.
Hari ini, kita wanita hidup dalam era digital. Scrolling tanpa henti, dibanjiri perbandingan, sibuk membuktikan diri kepada manusia, hingga kadang lupa untuk membuktikan kepada Allah.
Ada wanita yang penat menjadi “sempurna” di media sosial. Ada yang rasa dirinya kecil, tidak cukup, tidak berharga. Ada yang cuba menjaga rumah tangga, anak-anak, kerjaya. Tetapi jiwanya sendiri tidak terjaga.
Dan di sinilah kita ingin kembali belajar. Bagaimana menjadi Khadijah moden. Bukan pada zaman beliau, tetapi pada zaman kita hari ini.
LIVE STREAMING 🩷
Menjadi Khadijah Dalam Era Digital
bersama Puan Suhaili Ikhsan (ABS)
📅ɓ Rabu, 10 Disember 2025
🕘 9.00–10.30 PM
📍 Link zoom di Group Whatsapp Khadijah Circle & Peserta Khadijah Summit
📺 Tonton LIVE di FB Khadijah Summit
📺 Tonton LIVE di FB Page ABS
Jika hati sedang mencari arah, sedang penat mengikuti dunia, hadirlah sebentar dalam majlis ini.
Semoga Allah menunjukkan kita bahawa menjadi wanita kuat bukan tentang dunia yang melihat, tetapi tentang hati yang kembali kepada-Nya seperti Khadijah. 💜
Ayuh ajak ramai lagi mendaftar di Khadijah Summit sekarang! 👇🏻
https://arafeeqlearningresources.onpay.my/order/form/khadijahsummit