Damya Hanna Collection

  • Home
  • Damya Hanna Collection

Damya Hanna Collection Koleksi Tudung by Damya Hanna
Damya Hijabs Exclusiv

🥀JADILAH WANITA YANG MAHAL🥀Wanita mahal adalah wanita yang menjaga auratnya dari mata-mata liar lelaki,wanita yang mampu...
21/02/2022

🥀JADILAH WANITA YANG MAHAL🥀

Wanita mahal adalah wanita yang menjaga auratnya dari mata-mata liar lelaki,wanita yang mampu membuat lelaki malu menatapnya secara liar.

Hal ini demikian kerana, barang yang berkelas itu bukanlah barang yang dilihat banyak orang dengan sesedapnya atau sesuka hati. Barang yang berkelas adalah barang yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang mampu, iaitu lelaki - lelaki yang mampu meminang engkau.

Jadilah wanita mahal dan berkelas. Wanita mahal dan berkelas tidak rela walaupun sejengkal dari tubuhnya disentuh,bahkan dipeluk atau dicumbu lelaki yang tidak ada ikatan dengannya.

Jadilah wanita berkelas. Kalau awak tidak mampu jadi mahal, setidaknya jangan jadi murahan.

Jadilah wanita muslimah sejati
Lebih mengutamakan syariat dari pada perasaannya demi menjaga Izzah dan iffahnya semata mata karena Allah

Semoga bermanfaat🤲🏻🤲🏻

Zikir Hari AhadLA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN(Dibaca 1000 kali atau lebih)Fadhilat / Kelebihan – Barang siapa ...
19/02/2022

Zikir Hari Ahad

LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)


Zikir Hari Jumaat - Ya Allah Marilah sama-sama kita buat amalan yang mudah ini sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-G...
18/02/2022

Zikir Hari Jumaat - Ya Allah

Marilah sama-sama kita buat amalan yang mudah ini sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali, tak ada had masa dan tak perlu tempat istimwewa. Cukup dengan hati yang ikhlas dan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Berkuasa.

يا الله
Ya Allah

Bacalah 1,000 kali sehari.

Marilah sama-sama kita buat amalan yang mudah ini sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali, tak ada had masa dan ...
17/02/2022

Marilah sama-sama kita buat amalan yang mudah ini sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali, tak ada had masa dan tak perlu tempat istimwewa. Cukup dengan hati yang ikhlas dan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Berkuasa.

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Subhanallahil 'adziimi wa bihamdihi

Maksudnya : Maha Suci Allah yang Maha Besar dan segala puji-pujian bagiNya
Bacalah 1,000 kali sehari

ZIKIR HARI RABUاَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْمَAstaghfirullahal ‘adzim ( 1000 kali)Aku memohon Keampunan kepada Allah, tu...
16/02/2022

ZIKIR HARI RABU
اَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْمَ

Astaghfirullahal ‘adzim ( 1000 kali)

Aku memohon Keampunan kepada Allah, tuhan yang maha agung

FADHILAT MEMBACA ZIKIR INI

Setiap kali membaca zikir ini, Allah swt akan menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan ke atas hamba-Nya

Zikir Hari SelasaAllahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim(Allah bersel...
15/02/2022

Zikir Hari Selasa

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim

(Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad nabimu yang Ummi, dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka)

Fadhilatnya:

Anda akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad ﷺ di akhirat kelak.

 Pernah atau tidak anda rasa hari-hari anda rasa tidak tenang? Rasa seperti ada saja yang tidak kena, rasa tidak selesa,...
14/02/2022



Pernah atau tidak anda rasa hari-hari anda rasa tidak tenang? Rasa seperti ada saja yang tidak kena, rasa tidak selesa, rasa gelisah dan tidak bahagia. Apa yang dilakukan semua berasa hambar dan tawar.

Semua orang pasti inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidupnya. Namun dalam perjalanan hidup ini, ada ketikanya kita rasa tidak bahagia dan tidak tenang.

Cara Hidup Bahagia Dan Tenang 🎁🎁🎁

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain

Kunci kebahagiaan dan ketenangan itu adalah jangan sesekali kita bandingkan hidup kita dengan orang lain. Mungkin kita tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang hidup mereka.

Dia ada rezeki dia, kita ada rezeki kita. Dia bahagia dengan cara dia, kita bahagia dengan cara kita. Istilah bahagia tidak sama bagi setiap orang.

Rezeki itu pasti datang bezanya antara cepat atau lambat saja. Tuhan tahu apa yang terbaik buat kita. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang ini. Dengan rasa syukur akan membuatkan hati seseorang jadi tenang dan bahagia.

2. Jangan bersedih berlebihan

Jangan pernah bersedih secara berlebihan, meskipun masalah itu datang tanpa henti. Dalam hidup ini kita memang sentiasa ada masalah. Tapi, syukurlah kita mempunyai sahabat-sahabat dan keluarga yang dapat menguatkan hati kita ini. Sokongan dari mereka juga membuatkan hati yang bersedih ini mampu tersenyum.

Tidak perlu kita bersedih yang berlebihan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahya. Percayalah! Pasti ada suatu yang lebih baik yang akan digantikan. Jangan bersedih lagi.

3. Berbuat baik dengan semua orang

Kadang hati jadi tidak tenang kerana kita terlalu sukar untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita. Maafkanlah walaupun tidak dapat mengubah apa yang sudah terjadi, tapi sekurang-kurangnya dapat melatih hati menjadi lembut dan baik. Oleh itu, berdamailah dengan semua orang, pasti hadir ketenangan dan kebahagian dalam diri.

4. Jangan iri hati dengan kesenangan orang lain

Untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup, jangan sesekali ada perasaan iri hati dengan kesenangan orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang ini.

Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya oleh Allah dan rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, bukan hanya dalam bentuk wang dan harta sahaja. Kesihatan, kedamaian, ketenangan, sahabat baik itu juga merupakan rezeki. Jadi bersyukurlah.

5. Move on dari masa lalu

Jangan terlalu memikirkan masa lampau yang pernah membuatkan kita rasa kecewa dan sedih suatu ketika dahulu. Kadang kala dengan rasa sedih itu, kita akan terbawa-bawa ke hari berikutnya dan ianya juga akan menghancurkan kegembiraan kita pada masa depan. Untuk dapatkan ketenangan dan kebahagian, kita harus melangkah ke depan tanpa memikirkan perkara yang menyakitkan. Kita harus move on dari masa lampau dan terus maju ke depan.

Zikir Hari Isnin.Fadhilatnya:Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan...
14/02/2022

Zikir Hari Isnin.

Fadhilatnya:

Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.


Misi 2022...Semoga dipermudahkan apa yang dirancang...
21/01/2022

Misi 2022...Semoga dipermudahkan apa yang dirancang...



D'Hanna Exclusive by Damya Hanna Collections...Untuk Order Boleh Whatsapp @ call : 01155042797
15/11/2021

D'Hanna Exclusive by Damya Hanna Collections...

Untuk Order Boleh Whatsapp @ call : 01155042797

16/01/2021

Address


81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Damya Hanna Collection posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Damya Hanna Collection:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Shop?

Share