Alfateeh KIDS STORE

Alfateeh KIDS STORE MEMBEKALKAN ALAT PERMAINAN BERPENDIDIKAN ANAK2

Sebarang kemusykilan, pertanyaan, tempahan, boleh hubungi kami:

Fadhil 012-9575575
Fatanah 013-6075518

Kepakaran kami ialah membekalkan alat permainan untuk anak2 yang berunsurkan pendidikan kreatif dan membina minda.. juga membekalkan alat2 keperluan untuk ibubapa hebat menjadi lebih hebat dan baik in sha allah

23/11/2017
12/09/2017

Terdapat banyak perbezaan antara cuka teen dan cuka epal

07/07/2017

Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Hari terlebih rajin... Dari pukul 2.00 tadi sampai pukul 5 baru selesai masak... Lega... alhamdulillah.

Kepada yg bertanyakan resepi pes masakan sy petang tadi, inilah resepinya seperti yg dijanjikan :

PES IKAN BAKAR
1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

PES SAMBAL TUMIS
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

PES GULAI IKAN
1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya

KUAH BLACK PEPPER
1. Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll)

PES NASI GRG IKAN BILIS
1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.

PES ASAM PEDAS TUMIS
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan. 2. Tumis dlm minyak panas. 3.Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)

SELAMAT MENCUBA.

credit : Sapina Shahabudin‎

Resepi popia
09/06/2017

Resepi popia

RESEPI POPIA PENKEK RANGGUP

Cara buat ada pada setiap gambar

KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^

Sumber : FB Anita Daniel's kitchen
Versi blog : http://goo.gl/TtM52y
Jum Like : Aneka Resepi Masakan

21/05/2017
12/05/2017

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
10 PICK UP LINE SUPER MENUSUK KALBU buat anak
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
1. Mama 's**a' kamu
Ini berbeza dengan maksud ayat " Mama sayang kamu".
Impak perasaannya juga berbeza. Lebih detail lebih best. Gabungkan penggunaan 2 ayat ini selalu.
2. Kamu belajar dengan cepat. Bagus!
Sering gunakan ayat ini untuk anak supaya program mindanya percaya bahawa dia seorang manusia yang cepat dan mudah belajar.
Program minda ini sangat membantu bila anak perlu menghadapi situasi atau silibus yang agak payah.
Percaya sebelum berjaya ;) kan?
3. Terima kasih. Jazakallah khair.
Ah. Nampak mudah. Tetapi memang perlukan praktikal yang konsisten supaya anak akan amalkan juga dan menjadi habit yang bagus bagi skil sosial anak. Tidak kira di mana pada siapa atau apa jenis mood sekalipun.
4. Apa kata kita sama-sama..
Ini bantu anak naikkan rasa percaya diri anak dan rasa dihargai. Ibu ayah yang mengamalkan ayat ini insya allah bantu anak terbiasa untuk besar hati dalam mengamalkan habit kerjasama dan persetujuan bersama.
5. Mama nak dengar lagi..
Ini adalah permintaan yang membutkan anak berbunga hati. Ia sangat membantu lebih lagi buat anak yang kurang percaya diri dalam berkongsi pendapat, cerita dan apa yang terpendam di hatinya.
Ia tak secara langsung juga akan meningkatkan bonding antara ibu ayah dan anak dan tingkatkan kemahiran mendengar secara empatik ibu ayah terhadap apa yang anak sedang perkatakan.
6. Mari kita baca!
Ya. kita ajak. Kita yang bacakan. Kita yang bercerita. (ehm ehm mesti ada cara dan gaya tau.)
Anak-anak pasti akan tunggu detik ini!
7. Kita semua pernah dan akan buat salah.
Oh. Ini berat untuk disebut. Tetapi percayalah. Ia membuatkan kita lebih berlapang dada lebih bijaksana untuk bantu anak atasi dan adjust kesilapan yang telah dilakukan
Ia juga mengajar anak bahawa WE HAVE TO TAKE RESPONSIBILITY, MOVE ON, jangan salahkan orang lain dan cerdas cergas untuk BE BETTER

8. Mama minta maaf.
Ya. Semudah itu. Mama minta maaf.
Ada waktu memang kita tidak tahu. Jangan malu untuk kata tak tahu. Tunjukkan anak suasana s**a belajar benda baru kalau tak tahu.
Dan pada kebanyakan waktu juga, jika kita tersilap beri respon, termarah termelenting, terbebel terstress tiba-tiba, dan sebenarnya tiada salah 'projek' yang anak sedang buat tu.
Cuma kadang-kadang kita terguna kaca mata penat resah lelah...buat kita melatah..
Sebutlah Mama minta maaf
9. Apa pendapat kamu?
Cubalah sesekali dengar pendapat anak. Mungkin apa yang genius sudah tersembunyi terkubur lama. Ayat ini bantu trigger akal anak.
10. Ya. Boleh.
Biasanya dalam keluarga banyak NO daripada YES kan?
Cubalah cakap YES dulu. Beri alternatif.
Teknik YES ini saya s**a lihat al Fadhil Ustaz Azhar Idrus dalam penyampaiannya.
Wallahu A'lam
Luv
Ummi Nisa
Abounur Kids
Ps/ Pendaftaran Abounur Kids untuk kemas**an Januari 2018 telah dibuka. Watsapp kami di 0147747369 supaya kami dapat bantu BOOST SELF ESTEEM anak anda.
Lokasi Pilihan: Setia Tropika/ Taman Nusantara, Johor Bahru.

07/05/2017
05/05/2017
29/04/2017

26 Kaedah Penggunaan CUKA dalam pembersihan seharian yang sangat berkesan! :D

1. Cara menanggalkan tanda harga atau label pada bekas

➵ Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.

2. Cuci Microwave oven

➵ Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.

3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai

➵ Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.

4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah

➵ Tuangkan sehingga rata ½ cawan serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.

5. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula

➵ Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais

➵ Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.

7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais

➵ Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.

8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak

➵ Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.

9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar

➵ Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.

10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan

➵ Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk penaik.

11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik

➵ Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.

12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan

➵ Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.

13. Menghilangkan daki daripada ‘Coffee Maker’

➵ Isikan tangki air ‘coffe maker’ tersebut dengan 1 cawan atau lebih cairan cuka putih dan buka suis pemanas. Biarkannya beroperasi selama sehingga selesai. Ulangi proses menggunakan air biasa untuk membalas.

14. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain

➵ Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.

15. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk

➵ Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.

16. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur

➵ Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar garam dan 1 sudu kecil cuka.

17. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin

➵ Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.

18. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven

➵ Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.

19. Untuk menyegarkan bilik air

➵ Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.

20. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet

➵ Campurkan 2 sudu kecil cuka, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.

(Nota: Sentiasa lakukan percubaan pada bahagian karpet yang terselindung dahulu sebelum menggunakan bahan campuran ini pada bahagian lain).

21. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.)

➵ Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

22. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam

➵ Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.

23. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar

➵ Campurkan garam dan cuka dengan s**atan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.

24. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium

➵ Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.

25. Menghindarkan semut

➵ Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.

26. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan

➵ Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.

Selamat Mencuba! 😊

29/04/2017

Address

Besut N Dungun
Kampung Kuala Besut
22200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alfateeh KIDS STORE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alfateeh KIDS STORE:

Share