01/01/2023
Selamat Tahun Baru 2023!
Semoga Tahun Baru 2023 menjadi lebih baik berbanding dari tahun sebelumnya. Semoga di tahun 2023 ini kita diberikan kebahagiaan, kedamaian, dan kemakmuran. Semoga kita dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.
Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah juga semakin bertambah. Insha Allahβ¦