One Publication E-Book

One Publication E-Book E-Book One Publication

🌹*TRIO PILIHAN, TIGA GENRE TIGA PENULIS!*🌹Jom baca sinopsis dulu.🐊SUMPAHAN SI BUAYA DARAT karya Bo Mojo🐊Hisyam, si jejak...
16/04/2026

🌹*TRIO PILIHAN, TIGA GENRE TIGA PENULIS!*🌹

Jom baca sinopsis dulu.

🐊SUMPAHAN SI BUAYA DARAT karya Bo Mojo🐊

Hisyam, si jejaka paling kacak di Kampung Seberang… dan juga buaya darat nombor satu.

Ayat manis dia? Bahaya.
Senyuman dia? Senjata makan tuan.
Hati gadis kampung? Habis jadi mangsa.

Sampailah satu hari… dia tersalah “mengayat” orang yang tak sepatutnya.
Satu sumpahan dilepaskan.

Dan BOOM! Hisyam bukan lagi sekadar buaya darat… tapi bertukar jadi buaya sebenar. Siap pakej montel, pendek, dan langsung tak menakutkan.

Dari lelaki idaman kampung… jadi bahan ketawa satu kampung.

Budak kecil panjat belakang dia.
Mak sendiri kejar pakai penyapu.
Orang kampung? Tak takut… malah siap gelar dia “Abang Buaya Comel.”
Pedih. Sangat pedih.

Tapi sumpahan itu ada syarat.
Kalau Hisyam nak kembali jadi manusia, dia perlu buat sesuatu yang dia paling tak pandai, iaitu mencintai seseorang dengan hati yang tulus.

Tanpa ayat manis.
Tanpa helah.
Tanpa jadi “buaya”.

Masalahnya?
Semua hati yang pernah dia sakiti… masih menyimpan luka.
Dan tiada siapa yang sudi mencintai seekor buaya.

Sehinggalah muncul seorang gadis… yang bukan saja tak pernah cair dengan pesonanya dulu, malah satu-satunya yang mampu melihat dirinya… bukan sebagai buaya.
Tapi sebagai manusia.

Dan buat pertama kali dalam hidupnya…
Hisyam tak tahu nak bergurau.
Tak tahu nak mengayat.
Dan paling teruk sekali, dia mungkin benar-benar… jatuh cinta.

💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞

⭐KEMBARA RASA karya Fiona FJ⭐
Karya ini mengisahkan perjuangan Enendy, ketua pertubuhan Eyes of Deep World (EODW) yang mendapati kehilangan setiausahanya, Jalena Gomez, membawanya ke pengembaraan pelbagai kisah.

Dapatkah Jalena ditemuinya dan diselamatkan Enendy dengan pertolongan temannya?

Cabaran Enendy dalam mendapatkan Jalena, mencetuskan pergolakan dalam hal mistik dan rahsia kapal karam di lautan terbentang luas.

Dapatkah Enendy menyelesaikan misi tanpa diduga itu?

💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞

❣️KASIH YANG SEMPURNA karya Rachel The Writer❣️

Samantha dan Faustina—dua sahabat yang dipertemukan sejak usia muda—membesar bersama, berkongsi impian, rahsia, dan harapan tentang masa depan yang indah. Mereka percaya bahawa hidup akan sentiasa berpihak kepada mereka. Namun, takdir mempunyai caranya sendiri untuk menguji kekuatan hati dan erti sebenar kasih dalam kehidupan mereka.

Samantha, yang memilih untuk berkahwin awal dengan cinta hatinya, Brandon, pada mulanya Merasakan dirinya wanita paling bertuah. Rumah tangga mereka dibina atas dasar cinta yang tulus, penuh dengan janji manis dan impian untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Di awal tahun perkahwinan mereka dihiasi dengan kebahagiaan yang sederhana namun bermakna. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama. Segalanya berubah apabila Brandon mula mengenali seorang wanita lain. Sedikit demi sedikit, sikapnya berubah—dari seorang suami yang penyayang menjadi dingin, jauh, dan akhirnya kasar.

Samantha yang dahulu dipuja kini dipinggirkan. Kata-kata cinta bertukar menjadi herdikan, dan sentuhan penuh kasih bertukar menjadi pukulan yang menyakitkan. Dia terperangkap dalam perkahwinan yang penuh penderitaan—bukan sahaja luka pada tubuh, tetapi juga luka yang dalam pada jiwa. Dalam diam, Samantha menanggung semuanya. Dia memilih untuk bertahan, berharap lelaki yang dicintainya akan kembali seperti dahulu.

Namun, setiap hari yang berlalu hanya menambahkan luka dan menghakis sedikit demi sedikit harga dirinya sebagai seorang wanita.
Dalam masa yang sama, Faustina p**a menjalani kehidupan yang kelihatan sempurna di mata orang lain.

Dia seorang wanita berkerjaya, berdikari, dan dihormati dalam bidangnya. Namun, di sebalik kejayaan itu, dia menyimpan kekosongan yang sukar diungkapkan.

Perkahwinannya diuji apabila dia masih belum dikurniakan anak walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Tekanan daripada keluarga, pandangan masyarakat, dan bisikan halus yang mempertikaikan kesempurnaannya sebagai seorang wanita mula meresap ke dalam hatinya.

Faustina sering tersenyum di luar, tetapi di dalam hatinya, dia bergelut dengan rasa tidak cukup—tidak cukup sebagai isteri, tidak cukup sebagai wanita.

Dia mula mempersoalkan dirinya sendiri, seolah-olah nilai dirinya diukur hanya melalui kemampuan untuk menjadi seorang ibu walaupun suaminya masih setia di sisi, luka dalaman itu tetap membesar, menjadikan dirinya semakin rapuh.

Dalam dunia yang semakin menekan, Samantha dan Faustina kembali kepada satu-satunya tempat yang tidak pernah berubah—persahabatan mereka. Mereka menjadi tempat untuk saling bersandar, berkongsi air mata, dan mencari kekuatan yang hampir hilang.

Dalam setiap perbualan dan pelukan, mereka belajar bahawa mereka tidak keseorangan.

Mereka belajar bahawa luka tidak perlu disembunyikan, dan kelemahan bukanlah sesuatu yang memalukan.

Perjalanan mereka bukan mudah.

Samantha akhirnya berhadapan dengan pilihan paling sukar dalam hidupnya—untuk terus bertahan dalam perkahwinan yang memusnahkan dirinya, atau melangkah pergi demi menyelamatkan sisa harga diri yang masih ada.

Faustina p**a perlu belajar menerima bahawa nilai dirinya tidak ditentukan oleh pandangan orang lain atau status keibuannya, tetapi oleh kekuatan hatinya sendiri.

"Kasih Yang Sempurna” menyelami perjalanan dua wanita yang diuji dari sudut yang berbeza, namun berkongsi kesakitan yang sama—kehilangan makna diri dalam dunia yang penuh tuntutan.

Ini adalah kisah tentang keberanian untuk bangkit, tentang persahabatan yang menjadi penyelamat, dan tentang memahami bahawa kasih yang sempurna bukanlah tentang hidup tanpa kekurangan, tetapi tentang menerima diri seadanya, memaafkan masa lalu, dan terus melangkah dengan penuh harapan.

Dalam setiap luka, ada kekuatan yang tersembunyi. Dan dalam setiap kehilangan, ada ruang untuk menemukan kembali erti kasih yang sebenar.

"Ini adalah kisah nyata yang diterjemahkan dalam bahasa manusia. Andai ini adalah kisah hidupku, maka jadikan ia kisah yang sempurna."
-Faustina

Para rasul berdiri di hadapan Mahkamah Agama dan berkata dengan tegas:"Kita harus lebih taat kepada Allah dari pada kepa...
15/04/2026

Para rasul berdiri di hadapan Mahkamah Agama dan berkata dengan tegas:
"Kita harus lebih taat kepada Allah dari pada kepada manusia." (TB Kis 5:29)

Ketaatan kepada Tuhan bukan berarti memberontak terhadap semua aturan — ini berarti memiliki pedoman yang lebih tinggi dari sekadar kepentingan manusia.

Yesus adalah Dia yang datang dari atas dan bersaksi tentang apa yang Ia lihat dan dengar dari Bapa.

Barangsiapa menerima kesaksian-Nya, ia mengakui bahwa Allah adalah benar.

Hari ini, ketika kamu dihadapkan pada pilihan yang sulit, tanyakan: apa yang Tuhan minta dariku?

SINOPSIS🌸 Abellah tunang kesayangan Rain- ATHENA BIANNE🌸Rain dan Abellah, sepasang tunang yang saling mencintai, diuji t...
15/04/2026

SINOPSIS

🌸 Abellah tunang kesayangan Rain- ATHENA BIANNE🌸

Rain dan Abellah, sepasang tunang yang saling mencintai, diuji takdir apabila Rain terpaksa merantau ke bandar demi mengumpul wang hantaran perkahwinan. Ketiadaan Rain menjadi detik permulaan musibah; Abellah, gadis kampung yang cantik jelita, tiba-tiba hilang selepas diganggu oleh lelaki tidak bertanggungjawab.

Kep**angan Rain disambut dengan berita kehilangan tunangannya, serta fitnah daripada Kawan baik Abellah sendiri yang menaruh hati pada Rain.
Dalam usahanya membongkar misteri kehilangan Abellah dan membersihkan namanya, Rain harus berdepan dengan pelbagai pengkhianatan dan cabaran yang menghalang cintanya. Malah, rahsia gelap yang tersembunyi turut menguak kembali kisah silam gadis lain, Arunah, tunang kepada Peter—kawan baik Rain sendiri—yang juga hilang secara misteri.

Mampukah Rain menyelamatkan Abellah, merungkai segala rahsia dan fitnah, serta mempertahankan cintanya daripada badai dugaan?

Ikuti kisah penuh perjuangan, pengorbanan, dan cinta sejati dalam "Abellah tunang kesayangan Rain."

🌸 Cinta Dua Dunia🌸
Hannah Anna

Alice sering terjaga di tengah malam dengan satu perasaan yang sukar dijelaskan seolah-olah dia baru sahaja meninggalkan seseorang yang sangat penting dalam hidupnya. Dalam mimpinya, dia bertemu seorang lelaki bernama Daniel. Bukan sekali, tetapi berulang kali. Setiap pertemuan terasa terlalu nyata… terlalu dekat… seolah-olah mereka pernah berkongsi sesuatu sebelum ini.
Dari satu mimpi ke mimpi yang lain, hubungan mereka semakin rapat. Perbualan menjadi lebih mendalam, perasaan semakin jelas. Tanpa sedar, Alice mula jatuh cinta walaupun dia tahu, semua itu hanya berlaku dalam mimpi.
Namun, segalanya mula berubah apabila Alice menemui satu kebenaran yang tidak masuk akal. Daniel bukan sekadar watak dalam mimpinya. Dia benar-benar wujud.. tetapi sedang koma akibat satu kemalangan yang penuh misteri.
Dan mimpi yang selama ini dianggap sekadar khayalan itu rupa-rupanya adalah satu ruang yang tidak sepatutnya disentuh. Satu tempat di antara hidup dan mati.
Sejak itu, gangguan demi gangguan mula menghantui Alice. Suara yang tidak dikenali. Bayangan yang muncul tanpa sebab. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhati… dan tidak mahu Daniel kembali.
Namun, sejauh mana Alice sanggup pergi demi seseorang yang hanya dikenalinya dalam mimpi?
Dan jika Daniel benar-benar kembali… adakah segalanya akan kekal seperti yang dia harapkan?
Atau ada sesuatu yang akan ikut kembali bersama Daniel?

✈️ SINOPSIS ✈️*Abang Pilot, Please Marry Me! by Bella Hastel*Hana Qistina sepatutnya menaiki pesawat ke Itali untuk berk...
15/04/2026

✈️ SINOPSIS ✈️
*Abang Pilot, Please Marry Me! by Bella Hastel*
Hana Qistina sepatutnya menaiki pesawat ke Itali untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintainya sepenuh hati.

Namun, di atas langit yang luas, segalanya hancur berkecai dalam sekelip mata.

Satu mesej ringkas menjadi titik akhir kepada segala impian yang pernah dia bina. Tunangnya ternyata memilih wanita lain. Perempuan itu bukan sahaja hadir dalam diam, tetapi kini sedang mengandungkan anaknya. Tanpa penjelasan, tanpa peluang untuk mempertahankan cinta yang pernah dijanjikan, Hana ditinggalkan begitu sahaja. Padahal, segala persiapan kahwin di Italy sudah diatur cantik. Semua ahli keluarga juga akan turut hadir.

Di saat hatinya hancur dan dunia terasa kejam, Hana hampir membuat keputusan untuk menamatkan hidupnya di dalam tandas kapal terbang yang dinaikinya.

Namun, takdir menemukan dia dengan seseorang yang langsung tidak pernah dia jangka.

Kapten Firas A***n, seorang juruterbang yang hidupnya normal dan jauh dari kekalutan emosi, tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan seorang wanita asing yang sedang berada di ambang kehancuran. Saat semua kata-kata gagal memujuk Hana, Firas memilih untuk cuba membantu.

Dan dalam satu detik yang tidak masuk akal, dia membuat keputusan yang mengubah segalanya. Firas setuju menjadi pengantin lelaki gantian.

Demi menyelamatkan nyawa dan maruah seorang wanita yang hampir kehilangan segalanya, Firas bersetuju untuk mengahwini Hana. Orang asing yang baru dikenalinya beberapa jam sebelumnya.

Namun, perkahwinan yang bermula sebagai satu penyelamatan… perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang sukar untuk dinafikan.

Di bumi Itali yang sepatutnya menjadi saksi kepada kegagalan cinta Hana, mereka mula membina kenangan yang tidak dirancang. Dari perbualan yang kekok, kepada tawa yang semakin jujur… dari jarak yang sengaja dicipta, kepada kehadiran yang semakin dirindui.

Firas, yang selama ini menganggap cinta hanya akan merumitkan hidupnya, mula goyah dengan kehadiran Hana yang lembut tetapi kuat dalam diam.

Manakala Hana, yang pernah dihancurkan oleh kepercayaan, mula belajar untuk membuka hatinya semula walaupun perasaan takut itu masih menghantui.

Namun masa lalu tidak pernah benar-benar pergi apabila lelaki yang pernah menghancurkan hidup Hana kini kembali, membawa penyesalan dan menuntut peluang kedua. Hana p**a terpaksa membuat pilihan yang paling sukar antara cinta lama yang pernah dia perjuangkan sepenuh hati, atau lelaki asing yang tanpa sedar telah menjadi tempat dia pulih kembali.

Dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, mampukah dua hati yang belajar untuk mencintai ini benar-benar menemukan bahagia atau semuanya hanya sekadar persinggahan yang tidak kekal?

Ketahui semuanya di dalam naskah ini.

CINTA BERSULAM DUSTA by IZA IMAN.  BLURB:  Erin Qaisara, seorang wanita yang membuka bisnes kedai bunga dan Adam Hanif, ...
14/04/2026

CINTA BERSULAM DUSTA by IZA IMAN.

BLURB:

Erin Qaisara, seorang wanita yang membuka bisnes kedai bunga dan Adam Hanif, seorang business man telah dijodohkan oleh keluarga. Cinta yang pada mulanya tidak berbunga, berputik secara perlahan-lahan. Erin Qaisara cuba belajar untuk mencintai dan hatinya mula terikat dengan ketulusan cinta Adam Hanif.

Kebahagiaan mereka mula tergugat dengan kehadiran Adriana, bekas kekasih Adam Hanif dari luar negara. Dalam masa yang sama, Adriana juga berkawan baik dengan Erin Qaisara.

Pelbagai cara Adriana lakukan untuk memisahkan Adam Hanif dan Erin Qaisara hingga pada akhirnya Adriana berjaya memasukkan ubat tidur ke dalam minuman Adam Hanif. Adriana mencipta helah sehingga Adam Hanif dan Erin Qaisara bercerai.

Saya sayangkan awak dunia akhirat.” – ADAM HANIF.

“Saya hargai kasih sayang awak. Awak dah isi hari-hari indah saya dengan cahaya cinta. Saya janji, saya akan cuba jadi isteri yang baik pada awak, Hans. – ERIN QAISARA.

“Tidak! Ini bukan pengakhiran untuk aku. Adam hanya milik aku seorang. Maafkan aku, Erin. Aku rela berkongsi dengan kau.” – ADRIANA.

Dapatkah cinta yang sudah berkecai bersatu kembali? Mampukah Adriana menakluki jiwa Adam Hanif sepenuhnya? Atau mungkinkah ada cinta baru yang akan mengubati luka di hati Erin Qaisara?

BLURB: WHEN THE WORLD REOPENEDTahun 2020 datang tanpa amaran, membawa bersama sunyi yang tak pernah kita kenal sebelum i...
13/04/2026

BLURB: WHEN THE WORLD REOPENED

Tahun 2020 datang tanpa amaran, membawa bersama sunyi yang tak pernah kita kenal sebelum ini, jalan lengang, pintu tertutup, dan skrin telefon menjadi satu-satunya jendela kepada dunia luar.

Dalam diam, kita mula belajar bahawa rindu boleh wujud tanpa sentuhan, dan kasih boleh tumbuh hanya melalui kata-kata yang tertunda.
Namun di sebalik semua jarak itu, satu persoalan perlahan-lahan muncul, adakah cinta masih sama nilainya, jika kehadiran hanya sekadar nama yang muncul di notifikasi?

Dalam skrin yang tak pernah bertemu, dalam mesej yang jadi tempat p**ang, Francesca dan Benedict belajar untuk saling memahami tanpa pernah benar-benar melihat satu sama lain.

Dalam sunyi yang sama, mereka jadi segalanya.
Sampai dunia kembali terbuka.
Dan mereka sedar, hati manusia tak pernah menunggu dalam satu tempat sahaja.

Francesca temui ketenangan pada Wesley, seseorang yang sentiasa ada ketika dia hampir runtuh.
Benedict p**a belajar hidup semula dengan Mabel, yang perlahan-lahan menghidupkan kembali bahagiannya yang hilang.
Tiada siapa curang. Tapi perasaan… tetap berubah.

Dan bila mereka akhirnya bertemu, realiti tak seindah yang pernah mereka bayangkan.
Mereka bukan lagi dua orang yang sama. Mereka sudah menjadi orang yang pernah diselamatkan oleh orang lain.

“Awak still pilih saya?”
“Saya tak pernah berhenti.”

Ini bukan kisah tentang cinta yang menyelamatkan.

Ini kisah tentang dua orang yang belajar, cinta sebenar bukan tentang siapa yang hadir ketika kita jatuh, tetapi siapa yang tetap kita pilih, walaupun kita sudah mampu berdiri sendiri.

Kerana pada akhirnya, cinta bukan kebetulan. Cinta adalah pilihan.

03/10/2023
💐
22/09/2023

💐

Happy Mother's Day 🌹🌹🌹🌹🌹
14/05/2023

Happy Mother's Day 🌹🌹🌹🌹🌹

Apa masalah kulit anda?Cari serum yang merawat kulit anda dengan betul jika anda mempunyai jerawat, parut gelap dan bert...
23/04/2023

Apa masalah kulit anda?

Cari serum yang merawat kulit anda dengan betul jika anda mempunyai jerawat, parut gelap dan bertekstur, kulit kusam atau kulit kering. OLUMES Botanic Bio Placenta Serum mendakwa bahawa ia boleh melembapkan kulit, merawat jerawat, mengurangkan parut selepas jeragat, dan mengurangkan penampilan parut. Serum ini berfungsi dengan baik untuk kulit kombinasi dan berminyak kerana ia ringan dan mudah diserap ke dalam kulit.

Rawat kulit anda hari ini.

Address

Keningau

Telephone

+60128215847

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when One Publication E-Book posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to One Publication E-Book:

Share

Category