68 Fresh Mart

68 Fresh Mart Menjual sayur-sayuran, ikan, ayam dan barangan beku, menjual barangan runcit

27/10/2022

Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan:
2 kg mee kuning
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
4 batang sawi (dipotong)
1 mangkuk kecil taugeh
1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil)
2 biji telur
1 biji tomato (dipotong kecil)
60 gm isi udang dan isi ayam
1 cawan cili boh
2 sudu sos tomato
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
Cili merah (dihiris)
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
Limau kasturi
Cara Membuat:
1. Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak.
3. Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi.
4. Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak.
5. Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.

27/10/2022

Just nak share je resepi ni..senang sangat.😀

Bahan2
Roti keping
Cheese slice
Sosej
Telur
Breadcrumb

➡Canaikan dulu roti nipis supaya roti tak serap minyak.
➡Lapiskan cheese slice atas roti, letak sosej, terus gulung dan mampatkan supaya kemas tak terbuka.
➡Sosej rebus dulu sekejap bagi masak
➡Celup gulungan sosej dalam telur dan breadcrumb.
➡Kalau s**a boleh letak dalam peti sekejap, terus goreng sampai warna keemasan.
➡Siap😋😋😋

📸 Pic dan air tangan: Noor Baini Bakar
Selamat Mencuba!!!

20/10/2022

Resepi Apam Balik

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika s**a
Blenderkan sebati
Perap 1 jam.

Inti

Kacang tanah kisar
Jagung tin
Mentega
Gula
Coklat rice

Caranya

Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..s**ati la inti nk taruk apa.

Apam balik yang dh siap sapu mentega.

LIMITED STOCK IKAN RIBUT KUAT!Kunjungi 68 Fresh Mart untuk mendapatkan ikan, ayam dan barangan frozen di hujung minggu i...
19/10/2022

LIMITED STOCK IKAN RIBUT KUAT!

Kunjungi 68 Fresh Mart untuk mendapatkan ikan, ayam dan barangan frozen di hujung minggu ini.

Lokasi kami:
- 68 FRESH MART APIN-APIN, KENINGAU
(BERSEBELAHAN DENGAN 99 SPEEDMART)

Bah, apa tunggu lagi, datang ke 68 FRESH MART sementara stock masi ada!

Ingat produk segar, ingat 68 Fresh Mart!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan:
Apin-Apin: 0105328780




19/10/2022

RESEPI KUAH SOTO 😋
1. Blend halia, lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar & bawah putih
2. Panaskan minyak, tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga..bila dah naik bau, masukkan bahan blend tadi. Goreng hingga naik minyak & bau semerbak😀
3. Masukkan air, sekeping asam keping, sebatang serai dititik. Kemudian masukkan rempah mak siti (masukkan air kacau dahulu so that dia tak berketul kemudian baru masukkan dalam bahan tadi)
4. Masukkan dada ayam dan ayam di rebus sampai masak. Setelah masak keluarkan dan tos. Sup ni di tambah air ikut s**a banyak mana kemudian masukkan garam gula secukupnya
5. Ayam yang direbus tadi kemudian di goreng dan diricih2kan

RESEPI BEGEDIL
1. Kentang di buang kulit dan dihiris2 kemudian digoreng
2. Bila dah masak, kentang di tumbuk lumat dan gaulkan dengan mince meat
3. Masukkan sedikit telur (kalau sebijik telor di pecah dan kacau, masukkan separuh) * kalau terlembik masukkan sedikit tepung kalau 'ok'..tepung tidak perlu
4. Potong daun sup & bawang , gaulkan sekali dengan bahan tadi (option). Jangan lupa garam gula dan perasa
5. Kemudian di bulat2kan. Panaskan minyak..celup telur dan goreng dengan api sederhana

RESEPI CILI KICAP
1. Blend cili (sebanyak dan mengikut kepedasan masing2)
2. Seulas dua bawang putih (depends banyak mana cili)
3. Kicap dan garam sedikit
4. Blend kesemua, last sekali perah limau sedikit
Semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua😉

29/09/2022

Resepi Ayam Sambal..
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - potong kecil dan dibuang kulit
20 tangkai cili kering - dikisar
7 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
sedikit halia kisar
sedikit lengkuas kisar
5 batang serai kisar - ambil bahagian yang putih sahaja
1 cawan santan pekat
sos tomato secukupnya
serbuk kunyit
garam
sedikit asam jawa
gula apong
Cara-caranya:
1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan santan dan kacau lagi.
3. Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
6. Kacau sekali sekali dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidangkan.

25/09/2022

RESIPI NASI KAK WOOK BERPUAKA

Model utama:
Nasi putih tanak letak daun pandan simpul.

Gulai Ayam:
~bawang bombay - 4 labu
~bawang putih - 5 ulas
~halia - 1 inci setengah
~lengkuas - 1 inci setengah
rempah kari daging - 3 sudu
~rempah kerutub - 1 sudu
~Kacang panjang - potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan

Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

Ayam Goreng Harum:
~1 ekor Ayam - potong kecik2
~Garam- 2 sudu kecik
~kunyit hidup - 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit - 1 sudu kecik
~serbuk cili - 1 sudu kecik
~*Daun kari 3 tangkai

daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak s**a bau ni. Wallllahhhh!

Cara2nya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.

Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering - direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa

Cara2nya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.

25/09/2022

Resepi Sambal Ayam Cilipadi Tomyam
Bahan-bahan:
Ayam 8 ketul(bersihkan n akk potong kecik'n goreng garam kunyit)
*30 tangkai cilipadi hijau + merah
*1 biji bwng besar
* 3 ulas bwng putih
1 sudu mkn pes tomyam
1 btng serai
5@6helai daun limau purut
Setengah biji tomato-hiris nipis
Garam n perasa
1 biji bwng besar-hiris bulat
Cara-cara:
Kisar bahan bertanda *
Tumis bahan hingga naik bau..
Masukkan serai dan daun limau purut
Masukkan pes tomyam
Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing(tomato hiris tu biarkan hancur dlm sambal)
Masukkan garam n perasa
Akhir skali masukkan ayam dan bawang hiris..
Siap!!!
Sumber : Mazliza Ahmad

25/09/2022

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SERAI RANGUP😍*

*Bahan Kisar*
10 tangkai Cili kering | belah dua, rebus. tos
1 biji bwg besar | saiz sderhana
2 biji bwg putih
Kisar smua bhan di atas dengan sedikit air. Anggaran air, letak paras separuh bahan. Ketepikan. Ambil 2 sudu besar untuk campur ke dalam perapan ayam nanti.

*Bahan Perapan Ayam Berempah*
2 sudu besar bahan kisar
1 sb sos tiram
1 sb gula
secubit garam
sedikit jintan manis & ketumbar | ditumbuk
2sb tepung beras
5-6 ketul ayam
8 batang serai
kisar kering sampai hancur
Campurkn ke smua bahan kecuali serai.Gaul rata.
Ambil 2 sudu besar serai yang dah dikisar. Campurkn ke dlm bahan perapan
Kemudian masukkn ayam dan gaul sebati.
Perap selama 30 minit
*Bahan Hampas Serai Berempah*
Baki serai yang dikisar
2 tangkai daun kari
1 sb gula
secubit garam
2sb kari daging
2sb tepung jagung
Campurkn ke smua bahan.Kmudian basahkn dengan sdikit air.
Tak prlu trlalu bnyak. Air sekadar cukup untuk buat lekatkn bahan hampas serai tu je.

*Cara Goreng Ayam*
Selepas perap ayam, panaskn minyak dlm kuali.
Goreng ayam serta masukkn jg daun kari. Goreng hingga garing brtukar keemasan.
Kmudian angkat ayam dan tos.
Guna kuali yg sma, goreng bahan hampas serai.
Masukkn sdikit demi sedikit beserta daun kari juga.
Gaul2 dan hancur2kn hampas msa goreng supaya tk trlalu tebal melekat msa digoreng.
Goreng sehingga garing keemasan. Angkat dan tos.
Boleh hidang ayam bersama hampas serai berempah
Bau wangi serai, kari, jintan ,ketumbar mmang asyik gila.

Mkn pn non stop je ni🤭

Address

Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Telephone

+601131639160

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 68 Fresh Mart posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 68 Fresh Mart:

Share

Category