23/02/2024
Bekerja dan berbisnes, mana lagi lumayan?
Setiap orang ada perspektif masing masing terhadap dua kerjaya ini. Semuanya bergantung di atas minat dan pilihan individu.
Bagi Quilin yang pernah bekerja sebagai assistant accountant, bekerja itu memang memberi rasa kestabilan dalam hidupnya namun gaji yang ada cukup untuk diri sendiri sahaja.
Sebagai seorang anak dan adik yang bertanggungjawab dan penyayang, Quilin mahukan sesuatu yang lebih baik lagi dalam hidupnya untuk mengukir lebih banyak senyuman kebahagiaan di wajah insan tersayang.
Pada tahun 2020, Quilin mengambil keputusan yang nekad untuk berhenti bekerja dan fokus berbisnes sepenuh masa. Syukur keputusan itu tidak sia sia. Banyak pencapaian kecil dan besar telah dicapai selama bersama berbisnes dengan Faith Fleur.
Selain berjaya memiliki kereta Hilux baru, Quilin juga pernah membuka sebuah outlet di Kota Kinabalu, Sabah dan mempunyai beberapa orang staff untuk membantunya mengendalikan bisnes. Setiap bulan dia mampu memberikan duit belanje pada ahli keluarga yang memerlukan dan Quilin juga pernah dijemput bersiaran di Astro Awani menceritakan kisah kejayaannya selain telah banyak menerima anugerah dan hadiah sebagai Top 3 Leaders dalam Faith Fleur.
Sepanjang 5 tahun bersama HQ Faith Fleur, Quilin berjaya mencapai jualan sebanyak RM7,661,525.10 sebagai leader di negeri Sabah dengan team yang aktif lebih daripada 200-500 orang.
Mari kita buat sedikit perbandingan, sewaktu bekerja gaji bersih anggaran dalam RM2500.
Setahun, RM2500 x 12 = RM30,000.00
5 tahun, RM30,000 x 5 = RM150,000.00
Jika dibandingkan, 5 tahun bekerja dan 5 tahun berbisnes sudah tentu berbisnes lebih lumayan. Namun ingin mami mary ingatkan disini ya, berbisnes ni tiada kestabilan tanpa usaha lebih. Tiada kesenangan tanpa matlamat yang jelas. Tiada proses tanpa ujian dan cabaran untuk ke tahap lebih tinggi.
Sakit memang sakit, tapi hasilnya LUMAYAN.
Tak stabil memang tak stabil, tapi hasilnya boleh membantu lebih ramai orang bahagia.
Tak tetap memang tak tetap, tapi hasilnya unlimited ikot usaha dan pengorbanan yang diserahkan.
Penat memang penat, tapi hasilnya bisa menenangkan.
Tahniah sumandak Sabah! Anda bukti sumandak Sabah semua lawa lawa pandai masak nasi, pandai cari duit sendiri! 💪🔥