28/10/2022
Restoran ini betul-betul terletak di tepi pantai & menu popular di sini adalah lemping nyor ( Lempeng Kelapa) cicah gulai & juga aneka lauk pauk orang tempatan untuk makan tengahari seperti ketupat sotong, singgang, masak lemak, budu & sebagainya.
Sekiranya anda dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai, apa kata singgah dahulu di Restoran Lempeng yang terletak berdekatan dengan Kampung Rusila, Marang.
Memang best makan di sini kerana suasananya tepi pantai. angin pantainya kuat & kedainya yang terbuka membuatkan hati tidak rimas & panas.