Taman Ilmu kluang

Taman Ilmu kluang Assalamualaikum
Keperluan perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan untuk mendapatkan produk yang boleh memudahkan urusan kehidupan

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚Alhamdulillah , telah selesai Program Ibadah Korban yang diuruskan o...
30/05/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠
𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚

Alhamdulillah , telah selesai Program Ibadah Korban yang diuruskan oleh Pusat Pengajian Taman Ilmu Kluang pada 29 Mei 2026 bersamaan hari ketiga Aidiladha 1447H . Program ini merupakan penganjuran kali keenam sejak ia mula dilaksanakan .

Sebanyak 9 ekor lembu telah berjaya dikorbankan . Proses penyembelihan dilaksanakan di Pusat Penyembelihan Kluang Beef, Lorong Md. Dikon , Kampung Tengah, Kluang ( En. Borhan ). Proses melapah , pemotongan serta pembungkusan daging korban turut dijalankan di lokasi yang sama .

Penyembelihan 9 ekor lembu korban telah dilaksanakan oleh Ustaz Mohd Syafiee Musni , Ustaz Musa Musni dan Imam Muda Muhammad Rusdi bin Rahmat Teo . Daging korban kemudiannya diagihkan kepada para peserta korban , fakir miskin , asnaf serta masyarakat setempat di sekitar Kluang .

Allah SWT berfirman :

لَن يَنَالَ الله لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ

Maksudnya : “ Daging dan darah binatang korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah , tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu .” ( Surah al-Hajj : 37 )

Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan , bahkan ia merupakan manifestasi ketaatan , pengorbanan dan keikhlasan seorang hamba kepada Allah SWT . Melaluinya , seorang mukmin dididik agar melakukan amal soleh semata-mata kerana Allah , bukan kerana pujian atau perhatian manusia .

Semoga Allah SWT menerima ibadah korban yang telah dilaksanakan , mengurniakan keikhlasan kepada para peserta serta menjadikannya sebagai amalan yang mendekatkan diri kepada-Nya .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat Team Ibadah Korban Taman Ilmu Kluang iaitu Ustaz Musa bin Musni , Ustaz Abdul Basit bin Musni , Ustaz Abdul Hadi bin Musni , Ustaz Hanis Ibrahim bin Shafie , Imam Muda Muhammad Rusdi bin Rahmat Teo, Akhi Rosyam bin Abdullah , Akhi Muhammad Izwan Affandi bin Iasahak dan Akhi Khairil Hafiq bin Shaari yang telah membantu sebelum , semasa dan sehingga selesai program ini dilaksanakan . Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan .

Penghargaan setinggi-tingginya juga dirakamkan kepada semua peserta ibadah korban atas kepercayaan yang diberikan kepada Pusat Pengajian Taman Ilmu Kluang untuk menguruskan ibadah korban pada tahun ini .

Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh kita dan mempertemukan kita kembali dengan Ibadah Korban pada tahun hadapan dalam keadaan sihat, beriman dan diberkati-Nya .

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اللهم آمين

𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗚𝗜𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔...
30/05/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗚𝗜𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗗𝗔𝗡 𝗡𝗚𝗢 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗙𝗔𝗞𝗜𝗥 𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗚𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡

𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗶

𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗶𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲𝗣𝗮𝗴𝗲 ...
30/05/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗶

𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗶𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙...
30/05/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗶

𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

سلام عيدالأضحى ١٤٤٧هـتقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ ، وَكُلَّ عَامٍ وَأَنْتُمْ إِلَى اللهِ أَقْرَ...
27/05/2026

سلام عيدالأضحى ١٤٤٧هـ

تقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ ، وَكُلَّ عَامٍ وَأَنْتُمْ إِلَى اللهِ أَقْرَبُ

مقصودڽ : " سموݢ الله منريما عملن صالح درڤد كامي دان كامو ، دان سموݢ ستياڤ تاهون كامو لبيه دكت كڤد الله ."

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗜 : 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡𝗧𝗔𝗥...
26/05/2026

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚

𝗛𝗔𝗥𝗜 : 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡
𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 : 𝟮𝟱 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗠𝗔𝗦𝗔 : 𝟵.𝟯𝟬 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠
𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 : 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚

Semoga segala urusan dipermudahkan dan amal ibadah korban kita diterima Allah

Mari kita berdoa :

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Maksudnya : Ya Allah , tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan dan Engkau perkara yang Engkau mudahkan dan Engkau perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya : " Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami ( amal kami ) ; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar , lagi Maha mengetahui .”
.. آمين

𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛Hari Arafah mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang diriwayatkan dalam banyak hadith . Antarany...
26/05/2026

𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛

Hari Arafah mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang diriwayatkan dalam banyak hadith . Antaranya ialah :

𝟭. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗶 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮

Rasulullah ﷺ bersabda :

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيْهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُوْ ، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ ، فَيَقُوْلُ : مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ ؟

Maksudnya : " Tidak ada hari yang Allah membebaskan ramai hamba-Nya daripada api neraka lebih ramai daripada hari Arafah . Allah hampir dengan hamba-Nya dan berbangga-bangga dengan mereka kepada malaikat dengan berfirman , ' Apa yang mereka mahu ? "

𝟮. 𝗟𝗶𝗺𝗽𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗼𝘀𝗮

Rasulullah bersabda ﷺ :

وَأَمَّا وُقُوْفُكَ عَشِيَّةَ عَرَفَةَ ، فَإِنَّ اللهَ يَهْبِطُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيُبَاهِي بِكُمُ الْمَلَائِكَةَ . يَقُوْلُ : عِبَادِي جَاءُوْنِي شَعْثًا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ يَرْجُوْنَ جَنَّتِي ، فَلَوْ كَانَتْ ذُنُوْبُكُمْ كَعَدَدِ الرَّمْلِ ، أَوْ كَقَطْرِ الْمَطَرِ ، أَوْ كَزَبَدِ الْبَحْرِ لَغَفَرْتُهَا ، أَفِيْضُوا عِبَادِي مَغْفُوْرًا لَكُمْ ، وَلِمَنْ شَفَعْتُمْ لَهُ .

Maksudnya : " Wuquf yang kamu lakukan pada hari Arafah , sesungguhnya
Allah turun ke langit dunia ( paling bawah ) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firman-Nya , ' Hamba-hamba-Ku datang dari segenap pelusuk yang jauh , dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka , semata-mata mengharapkan syurga-Ku . Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir , titisan hujan atau buih di lautan nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya . Allah berfirman , ' Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka .

Rasulullah ﷺ bersabda :

مَا رُؤِيَ الشَّيْطَانُ يَوْمًا هُوَ فِيْهِ أَصْغَرُ ، وَلَا أَدْحَرُ ، وَلَا أَحْقَرُ ، وَلَا أَغْيَظُ مِنْهُ فِي يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَمَا ذَاكَ إِلَّا لِمَا يَرَى مِنْ تَنَزُّلِ الرَّحْمَةِ ، وَتَجَاوُزِ اللهِ عَنِ الذُّنُوبِ العِظَامِ

Maksudnya : Syaitan tidak pernah kelihatan lebih kecil , lebih lemah dan kalah dan lebih marah selain daripada hari Arafah kerana ia melihat rahmat diturunkan dan Allah mengampunkan dosa-dosa besar .

𝟯. 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗿𝗮𝗳𝗮𝗵

Antara kelebihan hari Arafah , sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut ( bagi mereka yang tidak mengerjakan haji ) dosanya akan dihapuskan untuk tahun yang sebelum dan selepasnya .

Rasulullah ﷺ bersabda :

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya : “ Puasa pada hari Arafah , aku berharap agar Allah menghapuskan dosa tahu yang sebelum dan setahun yang akan selepasnya .”

𝟰. 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸-𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗼𝗮 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗼𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗿𝗮𝗳𝗮𝗵

Rasulullah ﷺ bersabda :

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى

Maksudnya : " Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah , dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : Tiada yang berhak disembah selain Allah yang satu , tiada sekutu bagi-Nya , milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu

𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗔𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗕 𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗤𝗨𝗟𝗨𝗕 [ 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗔𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗜𝗟𝗔𝗛𝗜 ]𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟱 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟵.𝟬𝟬 ...
25/05/2026

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗔𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗕 𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗤𝗨𝗟𝗨𝗕 [ 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗔𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗜𝗟𝗔𝗛𝗜 ]

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟱 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻
𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟵.𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶
𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿 : 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗗𝗿 𝗦𝘆𝗮𝗳𝗶𝗾 𝗕𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗶𝗺𝗶
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗶

𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗢𝗞𝗔𝗛 :𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟮 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟵.𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶𝗧𝗲...
23/05/2026

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗢𝗞𝗔𝗛 :
𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟮 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁
𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟵.𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶
𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿 : 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗱 𝗡𝘂𝗿 𝗔𝘀𝘆𝗿𝗮𝗳 𝗕𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗝𝗮𝗺𝗮𝗹
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗶

𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗢𝗞𝗔𝗛 :𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗦  ( 𝗧𝗔𝗗𝗔𝗕𝗕𝗨𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗞𝗔𝗨𝗧𝗛𝗔𝗥 )𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟮 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗝...
23/05/2026

𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗔𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗢𝗞𝗔𝗛 :
𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗦 ( 𝗧𝗔𝗗𝗔𝗕𝗕𝗨𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗞𝗔𝗨𝗧𝗛𝗔𝗥 )

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟮 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁
𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟴.𝟭𝟱 𝗣𝗮𝗴𝗶 - 𝟵.𝟭𝟱 𝗣𝗮𝗴𝗶
𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿 : 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗲𝗲
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗶

𝗟𝗶𝗸𝗲 | 𝗞𝗼𝗺𝗲𝗻 | 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 | 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲
𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴

Address

No 18 , Persiaran Idaman , Taman Idaman Kluang
Kluang
86000

Telephone

+60137821755

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Ilmu kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Taman Ilmu kluang:

Share