02/08/2026
Perhatian kepada semua pelanggan yang dihargai. ❤️
Kami ingin memohon sedikit kerjasama daripada semua.
Sejak kebelakangan ini, tester (sampel) sabun yang kami sediakan di mesin vending sabun TAMAN SERI IMPIAN, KLUANG JOHOR. Fasa 1 & 8 sering hilang. Tester ini disediakan khas supaya pelanggan boleh mencuba bau dan membuat pilihan sebelum membeli.
Sebenarnya, kehilangan tester ini bukanlah satu kerugian besar buat kami dari segi nilai. Apa yang lebih kami hargai ialah nilai kejujuran dan rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kemudahan yang disediakan untuk semua pelanggan.
Untuk makluman, kesemua kawasan mesin kami dipantau oleh CCTV 24 jam. Namun, kami memilih untuk tidak mendedahkan rakaman secara jelas kerana kami percaya setiap orang berhak diberi peluang dan kami lebih mengutamakan sikap bertolak ansur.
Jika ada yang benar-benar memerlukan sabun tetapi menghadapi kesukaran, jangan malu untuk menghubungi kami. Insya-Allah, kami akan cuba membantu dan memberikan sabun secara percuma mengikut kemampuan kami.
Kami hanya memohon agar tester yang disediakan tidak dibawa pulang kerana ia adalah kemudahan untuk semua pelanggan yang ingin mencuba bau produk sebelum membuat pembelian.
Terima kasih atas kejujuran, kerjasama dan sokongan anda. Semoga segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan rezeki yang melimpah. Aamminn..