07/07/2021
ᗪᗴᐯOTIOᑎ : religious worship or observance.
Patuh dan taat pada perintahNya .
Sedikit lembar sejarah, Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar
Siti Hajar ialah isteri kedua Nabi Ibrahim A.S, yang digambarkan sebagai seorang wanita, isteri dan ibu yang sabar, bijaksana, cantik, taat kepada perintah Allah dan suami serta tabah menghadapi ujian yang diturunkan.
Manakala Nabi Ibrahim p**a merupakan seorang suami dan ayah yang amat taat kepada perintah Allah, redha dan tabah melakukan pengorbanan meskipun terpaksa mengorbankan orang yang disayanginya.
Kisah pengorbanan kedua-dua pasangan suami isteri ini amat besar impaknya sehingga ia menjadi titik tolak kepada ibadah haji dan korban yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.
Diriwayatkan kisah Nabi Ibrahim A.S. yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk meninggalkan Siti Hajar dan anak mereka yang masih kecil, Ismail (Nabi Ismail) di sebuah kawasan lembah yang tandus, gersang dan tiada seorang pun manusia.
Sebagai seorang nabi dan hamba Allah yang taat, Nabi Ibrahim lantas melaksanakan perintah tersebut meskipun di hatinya amat sedih kerana dia perlu meninggalkan dua orang yang amat dikasihinya.
Betapa sayunya hati seorang isteri apabila mendapati dirinya akan ditinggalkan oleh sang suami di kawasan yang tiada berpenghuni tanpa sebarang sebab.
Namun, disebabkan ketaatan hatinya kepada Allah, ketika Nabi Ibrahim berpaling hendak meninggalkannya, Siti Hajar bertanya kepada suaminya: “Adakah Allah yang memerintahkan kamu melakukannya?”
Lantas Nabi Ibrahim hanya menjawab “Benar.”
Dengan kekuatan dan keyakinan hatinya, Siti Hajar menjawab, “Jika begitu, Allah tidak akan mensia-siakan kami.”