Dunia buku

Dunia buku semua tentang buku

BARU !!!Buku TOUR DE QUR’AN ini akan membawa para pembaca menjelajah 30 juzuk Al-Quran dalam 30 hari. Penceritaan kisah-...
20/07/2023

BARU !!!

Buku TOUR DE QUR’AN ini akan membawa para pembaca menjelajah 30 juzuk Al-Quran dalam 30 hari. Penceritaan kisah-kisah menarik dan penuh pengajaran yang terkandung dalam Al-quran. Mempelajari, memahami dan mentadabbur Al-quran sangat dituntut kepada umat Islam. Tadabbur adalah usaha yang perlu dilakukan untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Allah dalam setiap perkataan dan ayat dalam Al-Quran. Dengan buku Tour De Quran ini yang menceritakan dari juzuk ke juzuk sedikit sebanyak akan membantu untuk memahami dan menghayati kandungan kitab suci Al-quran. Mudah- mudahan buku ini akan menjadi salah satu asbab putiknya cinta pembaca kepada Al-Quran.

Tour De Quran ialah sebuah buku yang membawa pembaca menjelajah Gedung khazanah Al-Qur’an dari juzuk ke juzuk dengan bahasa yang santai, diselangi dengan kisah-kisah yang penuh pengajaran secara asas. 30 juzuk diceritakan dalam 30 hari.

Buku ini didatangkan bersama dengan:

1 x Buku Tour De Qur’an
1 x Buku Adab Pembawa Al-Qur’an
1 x Kad Doa Birrul Walidaini
2 x Penanda Buku
1 x Kad Khatam
1 x Kad doa Sebelum Membaca Al-Qur’an
1 x Kad doa Selepas Membaca Al-Qur’an
1 x Sijil Eksklusif
1 x Kad Adab-Adab Membaca Al-Qur’an
1 x Kalendar 2022

19/09/2022
18/09/2022
𝐅𝐀𝐒𝐎𝐁𝐑𝐔𝐍 𝐉𝐀𝐌𝐈𝐋: 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓-𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀Sabar itu indah. Sabar menghadapi kegagalan...
19/06/2022

𝐅𝐀𝐒𝐎𝐁𝐑𝐔𝐍 𝐉𝐀𝐌𝐈𝐋: 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓-𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀

Sabar itu indah. Sabar menghadapi kegagalan dalam keputusan. Sabar selepas kehilangan insan tersayang. Sabar menempuhi dugaan dalam kerjaya. Sabar apabila tidak mencapai sesuatu yang diinginkan selepas sehabis daya berusaha dan berharap. Kesemua kesabaran ini indah kerana sabar itu menjadikan kita masih kekal melangkah ke hadapan.
Sabar itu indah apabila ia menyebabkan kita tidak menyembunyikan diri, tidak lari daripada segala kenyataan hidup ini, dan menambah semangat untuk kita kembali berjuang lagi. Sakit dan lelah menghadapi ujian kehidupan tidak mematikan rasa ataupun menjadikan kita berputus asa apabila sebuah sabar mekar dalam jiwa. Semuanya dengan keyakinan dan sangka baik kepada Allah.

Buku ini bukan penyelesaian yang pasti untuk semua masalah tetapi percayalah orang yang sabar pasti menang kerana ganjaran sebuah kesabaran itu tiada batas.

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗘𝗙𝗜𝗡𝗜𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗠𝗔Kita tercari-cari bahagia yang sepatutnya kita miliki. Kita tercari...
11/05/2022

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗘𝗙𝗜𝗡𝗜𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗠𝗔

Kita tercari-cari bahagia yang sepatutnya kita miliki. Kita tercari cari di mana bahagia yang selama ini kita nantikan setiap hari.

Buku terbitan Rimbunan Publishing House ini menampilkan tip-tip mencapai kebahagiaan dalam hidup, yang ditampilkan dalam gaya bahasa yang cukup santai dan mudah difahami oleh setiap lapisan umur pembaca.

Tip-tip yang dikongsikan mencakupi pelbagai aspek kehidupan, dan mudah diaplikasi oleh kita semua dalam menjalani kehidupan seharian.

𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗼𝗽𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵:

• Soal menjaga hubungan dengan Pencipta dan manusia,
• Mencapai ketenangan hidup tanpa overthinking

Hakikatnya, bahagia itu ada dalam diri kita. Bahagia dengan cara kita tanpa perlu membanding-bandingkan dengan sesiapa.

Iqra' dan muqaddam untuk yang baru nak mula belajar membaca Al-Quran.
04/04/2022

Iqra' dan muqaddam untuk yang baru nak mula belajar membaca Al-Quran.

Jom tambah ilmu sebagai persediaan untuk Ramadhan yang bakal tiba.
20/03/2022

Jom tambah ilmu sebagai persediaan untuk Ramadhan yang bakal tiba.

Koleksi Ana Muslim
12/03/2022

Koleksi Ana Muslim

Sejarah Umat Islam Edisi terbaru dengan hardcover.
05/03/2022

Sejarah Umat Islam Edisi terbaru dengan hardcover.

Address

Guchil
Kota Bharu
15200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dunia buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dunia buku:

Share

Category