07/02/2023
5 KHASIAT MAHKOTA DEWA PADA KESIHATAN
========================================
1. Menurunkan gula dalam darah
Ekstrak buah mahkota dewa mempunyai bahan yang boleh menurunkan paras gula dalam darah selepas makan (post-prandial). Buah ini akan menghalang enzim pancreatic α-amylase dan enzim yang terlibat dalam pencernaan makanan karbohidrat.
Herba ini bertindak mengurangkan pencernaan karbohidrat serta mengurangkan pemecahan karbohidrat kepada molekul kecil seperti glukosa, fruktosa dan laktosa. Oleh itu, ia akan melambatkan penyerapan glukosa dalam darah. Seterusnya, untuk jangka masa pendek, ia akan merendahkan bacaan gula selepas makan (post-prandial) dan untuk jangka masa panjang, mengurangkan bacaan darah HbA1c (Glycosylated hemoglobin). HbA1c ialah purata bacaan gula untuk tempoh 3 bulan yang lepas.
2. Melawan radang dan jangkitan bakteria
Radang adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Ia berperanan dalam penyembuhan luka. Ekstrak dari mahkota dewa iaitu 20.26% phalerin merupakan agen untuk melawan radang. Ia akan menghalang penghasilan penanda keradangan dalam badan.
Justeru itu, pelbagai penyakit yang berlaku disebabkan radang boleh dielak dan dikawal seperti gastrik, edema, buasir dan sakit sendi. Sifat anti-radang daripada herba ini dapat mengurangkan sakit disebabkan haid seperti kekejangan perut dan ketidakselesaan pada uterus.
Mahkota dewa akan mengganggu proses penghasilan hormon prostaglandin. Hormon ini akan memberi tindak balas apabila terdapat jangkitan atau kerosakkan tisu seperti sakit, demam dan keradangan (merah, bengkak) yang akan merangsang proses penyembuhan.
Selain itu, herba ini mempunyai flavanoids, saponins, polyphenols dan tannins yang boleh menghalang pertumbuhan dan jangkitan bakteria seperti Enterobacter aerogenes, Eschericia coli, Klebsiella pneumonia, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa, Staphylococcus aureus.
3. Melawan kanser
Herba ini mempunyai kompound untuk melawan sel kanser. Daun dan buah mahkota dewa boleh dicampur dengan ubat kemoterapi melawan kanser iaitu adriamycin cyclophosphamide. Ini menghasilkan kesan sinergis yang boleh mengurangkan pertumbuhan tidak normal pada sel payudara. Campuran ini akan mendorong proses apoptosis iaitu mematikan atau membuang sel yang tidak normal sebelum ia menjadi kanser.
Herba ini juga melindungi daripada kerosakkan hati dan ginjal disebabkan kemoterapi kanser. Ekstrak methanol akan menghalang sel daripada bercambah, menghalang sel kanser daripada menghasilkan saluran daran sendiri dan pendorong proses apoptosis.
Selain itu, daun mahkota dewa mempunyai bahan menyembuhkan penyakit seperti penyakit berkaitan darah, allergik, kencing manis dan ketumbuhan pada tisu dan organ dalam badan.
4. Mengandungi antioksidan
Mahkota dewa mengandungi antioksidan yang bertanggungjawab melindungi diri daripada kerosakan sel. Hal ini berlaku disebabkan radikal bebas yang tidak efektif dalam badan. Radikal bebas ini penting untuk badan tetapi kuantiti yang berlebihan akan menyebabkannya menyerang sel-sel dalam badan.
Selain itu, mahkota dewa mempunyai kompound terpenoids, saponins, tannins, flavanoids and phenols sebagai antioksidan. Ia penting untuk melawan penuaan. Ia akan melindungi kulit daripada serangan radikal bebas yang akan menyebabkan kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Herba ini juga dipercayai boleh menyembuhkan penyakit kulit.
5. Melawan hyperlipidemia
Mahkota dewa bersifat anti-hyperlipidemia iaitu melawan pengumpulan lebihan lemak dalam saluran darah. Hyperlipidemia dikenali sebagai lebihan trigliserida dan kolesterol dalam darah. Ia boleh disebabkan badan menyimpan lebihan kalori yang tidak diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.
Herba ini terbukti membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan mengawal LDL kolesterol (kolesterol jahat). Apabila kolesterol berkurangan, ia dapat mengelakkan daripada penyakit jantung.